Jumaat, 17 September 2010

Molly Norris dan publisiti murahannya...


Molly Norris seorang kartunis wanita yang mencadangkan di laman facebooknya 20 Mei sebagai "Hari semua orang lukis Muhammad" akhirnya menyembunyikan diri selepas dinasihatkan FBI (Biro Penyiasat Persekutuan) dan laman webnya juga telah ditutup. Dalam kenyataan yang lain dia memohon maaf dan meminta 'hari' itu dibatalkan.

Sejak dari zaman nabi dulu pun puak-puak kafir telah menyebarkan fitnah
terhadap nabi.

Firman Allah didalam Surah Al-Kauthar:

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). [1]
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). [2]
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). [3]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan