Ahad, 25 Mac 2012

Metafora Lagenda Rock Jiwang

Muzik: Sekitar tahun 90an dulu, aku terjumpa kaset lama yang
takde covernya cuma tertulis kumpulan Metafora.
Zaman muzik pada masa itu balada, nusantara dan
sedang beralih kepada muzik Rap dimana 4U2C
gantung CD kat leher dan KRU pakai tracksuit ngan
sweater nyanyi lagu wawasan 2020..(gelak sikit..haha).

Kaset: Sekali dengar aku dah rasa best lagu-lagu yang ada
dalam album ni walaupun tak pernah tahu ada kumpulan
nama Metafora di Malaya pada waktu itu.

Layan: Lagu-lagu seperti Wasangka Cintaku, Bukan Impian Semusim dan
Sampaikan masih sedap lagi bila didengar. Vokal dalam lagu Bukan Impian Semusim
memang terbaik...

Wasangka Cinta
 Rindu menjadi resah
 Purnama kian rebah
 Pudarlah seri wajah indah
 Lagu jadi sepi

 Ingin aku fahami
 Mendamai omak resah
 Kerana gelora hati
 ku menangis tak sudah

 (korus)
 Ingin ku tanya pada mu
 Andai cinta kita
 Kau persiakan
 Kau tinggalkan

 Kini resah menjadi nyata
 Disaat kau memadu cinta
 Bersamanya yang kau puja
 Bersama ku yang merana
 Mengapa

 Kerana masih rindu
 Aku tetap menunggu
 Damaikanlah hati ku ini
 Wasangka cintaku...

Jumaat, 23 Mac 2012

Kuda Perang

"i might hate you more,but i'll never love you less..."

Ungkapan benci tapi sayang Albert punya mak kepada suaminya
yang selalu bertindak tanpa berbincang..marah pun mak Albert
tetap setia bersama suaminya..

Filem: Memang terbaek dari ladang filem War Horse ni..
Kisahnya pasal seekor kuda je tapi sarat dengan penceritaan.
Jika dibanding cerita melayu..kisahnya pun pasal sekor budak rempit
langsung takde story..zero..[emosi aku terus tak stabil bila
teringat review filem melayu sebelum ni..]

Kasih Sayang:  Elemen kasih sayang dalam cerita ni :-

1. MANUSIA dan HAIWAN

2. DATUK dan CUCU

3. TENTERA dan NEGARA

4. KAWAN dan LAWAN

 5. ADIK dan ABANG

 6. ANAK dan IBUBAPA

 7. HAIWAN dan HAIWAN
 Tanpa adegan romen-romen sedikit pun, sesuai ditonton
seisi keluarga..serius best... :-)


Isnin, 19 Mac 2012

Cermin gelap dan nescafe shake

Rumah Hijau: Isu pemanasan global sangatlah dirasa jika
kereta tidak digelapkan cermin seadanya. Cahaya terus
ke dalam kereta memaksa aircond bekerja keras menurunkan
suhu dalam kereta sekaligus menurunkan kuasa kereta dan
menambahkan penggunaan petrol.
Promosi: Disebabkan tak sure berapa kos nak menggelapkan
cermin maka hasrat murni itu lamalah di'KIV' sehinggalah
terlalu disebatang jalan di Teluk Intan di mana ternampak
banner promosi cermin gelap.


Kira-Kira: Setelah dipersetujui maka cermin yang akan digelapkan
ialah cermin tepi dan hadapan sahaja.
Kos 4 cermin pintu tepi RM45.00
Kos 1 cermin hadapan RM 80.00
Jumlah RM125.00..kalau nak gelapkan
cermin belakang kena tambah RM40.


Nyaman: Sambil nak menunggu tinted dipasang, dibarisan kedai
yang sama ada satu restoran Little Kitchen namanya. walaupun
nama ala London tapi kedai melayu ala restoran Santai. Menariknya
ada Free Wifi & mini perpustakaan..time cuaca panas kena
Pau Kacang dengan Nescafe Shake memang best...
Sekian..



Sabtu, 10 Mac 2012

Filem Segera 2 minit

Realiti: Lambakan filem melayu di pawagam pada masa kini
mungkin menjadi salah satu faktor penyebab kurangnya kualiti dari
sudut jalan cerita, isu, watak, lokasi dan sebagainya...bagi aku le..

Maya: Lambakan filem luar negara juga menjadikan jurangnya terlalu
jauh dari segi kualiti dan kreativiti. Apataknya  filem melayu tarafnya
bajet drama tapi untung berjuta-juta. Modal sebiji motor je..siap
sekuel giteww...

Filem Segera: Ntahla cerita apa kat bawah ni..aku skip-skip je
tak sampai 2 minit pun..walaupun aku dah bazirkan 2 minit tu
untuk review citer ni tapi syukur sebab dah save duit tengok wayang
atau buang masa sejam lebih layan cerita ni. Serius merapu giler..





Isnin, 5 Mac 2012

HuGo Story

Hugo: i have no words about this film..from starting to the ending i still
did not know the truth..is it animation or real actors inside. There is a more
touching part and really enjoy to watched it. 
Here is the snapshot from this movie...


Sure..we are really love books :-)
The end..