Rabu, 30 Januari 2013

Listen..Listen..Listen


Jadi pelik bila timbul isu listen..listen..listen ni..peliknya ialah:
1.Soalan budak sekolah je pun tanya pasal pendidikan percuma
takkan tak boleh jawab..intro sentuh sikit Dasar Pendidikan
Kebangsaan melalui Penyata Razak dan disemak semula
Laporan Rahman Talib..maka beberapa strategi telah digubal
bagi mencapai..bla..bla...ha pastu gorengla sampai rentung..haha

2. Bila soalan diserta emosi jawapan tak perlu emosi.
Soalan pun copy paste..so tanya semula kepada penanya untuk
test kefahamannya.."Bila pendidikan percuma dilaksana apa
kesan jangka pendek dan jangka panjang serta permasalahan
yang akan timbul kelak dari segi sosio budaya serta ekonomi?"
...sementara si penanya nak cari jawapan so cari lagi soalan-soalan
yang memang tak boleh jawab...then bila penanya bagi jawapan
carila point untuk turning.atau just appreciate her idea and give her
free applause...settle..

3. Bagi penonton diluar samada pembangkang atau pro-kerajaan
eloklah lebih rasional. Fokus kepada isu bukan menyalahkan
satu pihak dan menyanjung sebelah pihak. Pendidikan percuma
amatlah bagus tetapi bukan penyelesaian kepada masalah
keciciran bumiputera dalam pelajaran.



Selasa, 29 Januari 2013

Luaskan kuasamu Harimau Selatan

Sebelum sepak mula Liga Super 2013 sehinggalah
sekarang banyak kontroversi yang membabitkan
pasukan Harimau Selatan. Dari urusan pepindahan
pemain, nama pasukan, lagu negaraku, komando,
tukar venue dan apalagi lepas ni taktahula.

Sudut Positifnya dari apa yang berlaku ialah:
1. banyak peraturan yang perlu dilihat atau dikaji semula
2. menyemak semula gaji pemain.
3. menyedia pasukan lawan yang kuat dari dibelasah.
4. menyelia keselamatan stadium.
5. meningkatkan mutu pengadilan
6. meningkatkan fasiliti stadium
7. menyiasat integriti pemain dan pengadil
8. rating siaran perlawan bola sepak meningkat
9. tempat duduk stadium penuh
10. tumpuan media meningkat
dan macam-macam lagi perkara positif
yang telah dibawa oleh Johor Darul Takzim
untuk meningkatkan mutu bola sepak
di Malaysia. Syabas dan Luaskan kuasamu !


Khamis, 24 Januari 2013

Guiza - Harimau Selatan

Penyerang sensasi termahal Liga Super 2013, Guiza
pernah score 2 biji masa Euro 2008 semasa
menentang Afrika Selatan. Berbaloi pun mahal, sebab
pernah sebaris dengan bintang Spain seperti
Torres, Xabi, Iniesta, Xavi..dll.

Nampak ada semula kerancakan dalam liga bola
sepak tempatan bila setiap pasukan dah diperkuat
bagi takut diasak dan dibaham Harimau Selatan.

Bagi peminat pula berbaloi datang stadium tengok
All Star yang nilai setiap pemain melebihi sejuta ringgit
dan diperkuat bintang import bukan calang-calang
seperti Guiza.


Gol 1



Gol 2


Ahad, 20 Januari 2013

Jelajah Port Pancing Sungai Perak

Dengan 'Ego'nya jelajah kali ini hanya untuk
meninjau lokasi port memancing sepanjang
Sungai Perak untuk aktiviti acara terjah yang
akan datang.
Sambil itu sempat juga pungut buah sawit
lerai yang berterabur ditepi jalan untuk
diperam buat umpan.


Tenang suasana..hilang seketika pasal kerja, pesbuk, trafik jam,
bola, TV, Internet, Barcelona, JDT...hanya yang ada desiran
angin..sesekali kedengaran kocakan dan anak ikan berkejaran,
awan-awan berserakan dan kehijaun pokok-pokok yang
mendamaikan...Subhanallah..



Jumaat, 18 Januari 2013

Melayu Johor paling miskin?

Tak payah nak tunggu menteri besar jawab soalan dalam Harakah
yang mendakwa orang melayu Johor paling miskin. Tak kisahlah nak
kata miskin pun tapi yang yang penting orang Johor
kaya budi bahasa..bandinglah dari segi itu?

Okeylah kita banding dari segi kekayaan plak..
Harakah ni tak boleh ke tapis dulu berita tu..janganla mengkhinzir buta
ambil statement..tak syokle syok sendiri beb..Biasala nak dekat
pilihanraya ni banyak statement dari planet Pluto yang keluar. Meh sini tengok..

Kutipan zakat di negeri Johor pada 2010 adalah 122 Juta..itu hanyalah 2.5%
yang dikeluarkan sebagai zakat. Jadinya kalau nak banding
silalah banding negeri masing-masing dan korang tahu
Melayu mana yang paling miskin.....at least Johor keluarkan
statistik Zakat..negeri melayu paling kaya pun takde nak
pun statistik zakat ni...

P/s: Zakat itu wajib, marilah sama-sama kita bayar zakat,
jangan meletakkan diri kita tergolong dalam orang yang
'miskin'.


Jumaat, 11 Januari 2013

Saham Felda Global Venture

Kawan ni orang felda, bukan pandai sangat
pasal saham menyaham ni..tapi kawan terlintas
pulak malam-malam ni nak tengok apa cerita
saham Felda sekarang ni...maklumlah orang
kampung kawan dan sedara mare kena beli saham ni.

Bergolek-golek durian runtuh katanya masa
mula-mula nak pungut duit buat modal untuk
terbitkan saham.

Dalam masa 6 bulan harga saham dah turun
seringgit..tunggu 6bulan lagi tak tahula tinggal
berapa sen..



Rabu, 9 Januari 2013

Solat Isyak selepas tidur

Bagi sesiapa yang suka solat Isyak diawal pagi selepas
bangun tidur berisiko tinggi untuk terus lena sampai pagi..
Sebabnya mimpi-mimpi yang meleret-leret akan hinggap
dan melekakan dari untuk bangun..
Contoh mimpi meleret seperti nak amik exam baru sibuk nak study,
tunggu pesanan minuman tak sampai-sampai..dan macam gaya
pesen mimpi yang datang..

Memang kerja syaitan untuk melekakan dan menyesatkan manusia
tapi bantuan syaitan manusia juga membantu dalam watak atau
suasana mimpi itu. Filem, lagu, khayalan mungkin boleh terbawa-bawa
dalam mimpi.
Kesimpulannya silalah solat Isyak sebelum tidur dan
baca doa tidur dan ayat Kursi.

Ahad, 6 Januari 2013

Tiada Jihad di Palestin?

Jangan gaduh-gaduh tentang ada ke tidak Jihad
di Palestin..Mari kita selusuri sejarah pahlawan
Islam dan kecintaan mereka kepada Jihad bagi
membebaskan rakyat daripada penindasan.

"Di belakang itu lautan, di depan kita musuh. Kita harus
memilih kemenangan ataupun syahid. Kita tidak akan
pulang sebelum mencapai tujuan itu!"

Itu adalah ucapan Tariq Bin Ziyad kepada para perajuritnya
yang seramai 12 ribu orang bagi menentang tentera kafir
yang seramai 100 ribu orang.
Akhirnya Islam menakluk Andalusia (Sepanyol) dan
membebaskan rakyat daripada belenggu pemerintah
yang zalim..
Kemenangan Islam dalam peperangan bukan diatas
faktor bilangan tentera dan senjata tapi atas kekuatan
iman dan mencintai Jihad untuk mendapatkan syahid.

Golongan yang meremeh-remeh dan mengelak untuk
berjihad itulah golongan munafik. Wallahualam.

Link: Pahlawan Islam Terbilang


Khamis, 3 Januari 2013

Kedai Kain Jackass

Kedai kain Jackass memang terbaik
untuk dilewati sahaja. Lawat usahlah
apatah lagi nak beli.
Ke'Jackass'an seperti berikut:

1.Bangunan 3 tingkat, kaunter hanya
satu ditingkat bawah.
2. Kaunter satu, cashier satu.
3. Kain-kain yang dijual sangat
ekslusif kononnya..tudungnya sahaja
ratus-ratus harganya.
4. Harap maaf kad kredit tak diterima
line down..(tapi kad debit boleh pakai.
.logik ke line down..line down kepala
lututlah..)
5. Buatla 'settlement' barula boleh
proceed dengan bayaran lain. Itu pun
aku nak kena ajar je...
6. Dahla benda senang tak boleh buat
pastu 'tendang' customer macam bola.
7. Cashier: "Jah! (panggil cashier kedai tudung),
kau tolong jap customer ni..kad kredit problem.."
8. Cashier satu lagi bawala kad kredit
aku ntah kemana..dalam 10minit datang
balik cakap still tak boleh.
9. Lebih setengah jam tak dipedulikan
aku pun memberi nasihat:
"Kalau dah tau kad kredit tak diterima
letakla notis bagitau ada masalah"
10. Biasala..cashier bodoh sombong
memang tak nak terima..nak juga lawan,
seboleh-boleh dia cakap biasanya boleh.
11. Bengang..aku bayar cash 200 lebih..
sakit hati sebab hilang 200 point.
12. Tetiba satu cashier yang tiba-tiba
ada menyampuk percakapan aku dengan
cahier satu lagi..hah kena ayat power aku..
"kau diam..! customer always right!"..
Hambek kau senyap...haha.
13. Kalau ada silling, memang aku tabur
atas kepala dia.
14. Begitulah pengalaman ngeri membeli kain
di kedai kain Jackass..