Sabtu, 26 Mac 2011

Hobi mengumpul nombor giliran

Hobi baru mengumpul nombor giliran ni berlaku secara kebetulan sewaktu
berurusan di Kedai Tenaga TNB.
Pertama: Singgah di kedai tenaga Shah Alam tapi apabila diberitahu
kediaman di PJ maka dinasihatkan berurusan di Kedai Tenaga Petaling Jaya.
Kedua: Sampai di Kedai Tenaga PJ staf lelaki yang baik hati itu mempersilakan
duduk dan borang diisi. Setelah lengkap, diajukan pergi ke kaunter untuk tindakan
selanjutnya. Setelah petugas dikaunter melihat salinan bil lama maka dia pun
memaklumkan urusan ini sepatutnya di buat di Kepong kerana PJ ada dua
bahagian.
Ketiga: Sampai di Kedai Tenaga Kepong, borang pun disemak dan dimaklumkan
Setem duti tu kena matikan dulu..eh..kat PJ aritu takde pulak cakap kena matikan
setem..Aku pun tanya nak matikan setem dekat-dekat sini kat mana..jawapan dia
kat Lembaga Hasil Jln Duta, dalam hati aku, kalau Lembaga Hasil paling dekat
kat PJ la kot..
Keempat: Setelah mengisi borang PJS2 di LHDN PJ, setem pun dimatikan dan
sekali lagi pergi Kedai Tenaga Kepong. Urusan pun selesai akhirnya..
Cadangan: Hobi ini adalah percuma. Nombor giliran boleh didapati
 di kaunter-kaunter bank, kedai, klinik dan sebagainya. Selamat Mencuba!

Sabtu, 19 Mac 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

  Intro: Masa mula-mula dengar tajuk filem ini persepsinya mesti filem ni kategori
layan tidur..sehinggalah bila tengok 'the making' filem ni. Gandingan pelakon
tempatan dan luar, teknik CGI, adegan pertarungan dan bajet yang tinggi
tentulah ada sesuatu yang hebat didalamnya.
  Hero: Aku suka watak hero dalam filem ni dilambangkan seorang melayu yang ada sense
of humourmulti-language, gagah dan humble...kalau ditambah cukup solat lima waktu
perghh..perfect beb!..
  Beza: Memangla berbeza menonton filem bajet drama dengan kutipan 8juta dengan filem ini
yang bajet 8juta tapi kutipan belum tahu lagi. (hari pertama 500K). Isu yang dibawa ialah
menyatukan Rom dan kerajaan China di Semenanjung Emas lari dari tema filem tempatan
sekarang, hantu, merempit, merendhek dan ntahapahapa..
   Kalau: Bagusnya kalau asal usul Merong ini lebih ditekankan..keturunan Iskandar Zulkarnain gitu...tak nampak relation nyer dalam filem ini..
   Overall memang terbaek filem ini..berbaloi beli tiket apatah lagi kalau free..hehe

Ahad, 13 Mac 2011

Suara Hati : Antara Kita

Album nasyid dari kumpulan Suara Hati salah satu
nasyid yang terbaik pernah aku ada. Waktu tu masa belajar
dan ada kenangan pada nasyid didalamnya. Tapi kasetnya
dah bersimpul-simpul pitanya dimain anak sedara masa dulu
dan sekarang mulalah nak mencari semula.
Nasyid dalam album ni memang terbaik..meresap dalam jiwa..
semuanya berkisar perjuangan..puas geledah dalam
alam maya ni tapi tak jumpa lagi..
Tapi Alhamdulillah..harapan masih ada..ada sahabat
yang memiliki album ini..harap beliau dapat membantu..InsyaAllah.


Albumnya seperti berikut:

Suara Hati
----------------------
Antara Kita
Kasih Bersemi Lagi
Kerananya Kita Bertemu
Menara Gading
Moga Berbahagia
Restui Daku
Rintihan
Sahabat