Rabu, 24 April 2013

Restu Pilihanraya 2013



First time in my life aku akan turun mengundi pada
tahun ini. Sudah begitu lama tidak mengikuti perkembangan
politik semasa mungkin juga kerana sibuk dengan kehidupan
sendiri atau sudah mual dengan senario politik pada waktu itu.

Parti atau Individu?
Pada pilihanraya kali ini kriteria sokongan aku adalah
kepada calon seperti dibawah tak kira daripada parti
mana pun.
1. Beriman
2. Sederhana dalam perbuatan
3. Cantik
4. Pandai
5. Soleh / Solehah
6. Anak isteri /suami yang baik
7. Suka senyum
8. Semangat
9. Tidak sombong
10. Tidak rasuah

Aku percaya semua diatas ada pada Nurul Izzah
harapnya adalah parti politik yang akan meletakkan
calon dikawasan tempat aku mengundi nanti
dengan kriteria seperti diatas.

Bukannya apa, cuba tengok ni bila kriteria diatas dipenuhi:

Time marah cantik...time senyum apatah lagi...hehe



Jumaat, 19 April 2013

KeranaNya Kita Bertemu



KeranaNya Kita Bertemu

Pertemuan di antara dua insan
Sering membuahkan kasih dan sayang
Ukhwah antara kita anugerah yang Esa
Menuju cinta yang abadi

Pencarian erti kasih dan sayang
Pastinya ada jiwa yang terkorban
Kerana dilanda dilema ditengah persimpangan
Cintakan Allah atau manusia

Percintaan itu fitrah manusia
Dipenuhi untuk mencari redha ilahi
Jika cinta tak berpandu ikuti hawa dan nafsu
Musnahlah bunga hiasan diri

Perpisahan sekadar menguji kita
Apakah kita tabah dengan ketentuanNya
Cintaku hanya yang satu kita pastikan bertemu
Kerana pertemuan dan perpisahan itu miliknNya sentiasa

Biar terpisah jika itu kehendakmu
Mendidik nafsuku menundukkan mazmumah
Janganlah ada walau secebis rasa
Perasaan ingin memiliki

Kerana itu hanyalah sifatmu
Menjauhkan daku dari sifat kehambaan
Pertemuan dan perpisahan bukannya milik kita
Bertemu dan berpisah hanya keranaNya
Cinta Ilahi itu yang abadi

Selasa, 9 April 2013

I will marry you!

Layankan aje...part yang best

Fine! when you ask for some candy in my house
I'm gonna say no!





Isnin, 1 April 2013

Hobi memberi kucing makan Whiskas

Cara sebelum ini dengan memberi makanan berbentuk
palet agak kurang praktikal disebabkan susah untuk
dibawa dan tahap ketahanan makanan akan berkurang
oleh kerana sudah dimasuki angin..lemau!

Lebih mudah beli makanan kucing dalam bentuk
paket. Senang dibawa dan gerenti licin..
Harga sepeket Whiskas kat speedmart rm1.40 tapi kalau
ditempat lain beli sekotak mungkin dapat lagi murah.

Umpama kit kelaparan, jika terjumpa kucing ditepi jalan
yang kelaparan..nah memang terbaik pekena Tuna paket.