Khamis, 22 Ogos 2013

Petua Pilih Buah Tembikai Merah

Tembikai atau Semangka memang sangatla sedap
dimakan lebih-lebih lagi time cuaca panas.
Makan memangla sedap tapi cabaran semasa nak
beli buah tembikai adalah seperti berikut:

1. Harga
2. Berat nak dipikul
3. Isi dalam

Harga:
Tentulah nak murah kan..meh fokus kepada
tembikai bulat merah sahaja. Harga tembikai
merah dalam lingkungan rm1 ke rm3 sekilo.
Tesco kekadang jual sekilo rm1.19 kekadang
rm1.89..kalau kedai biasa dari rm2.50 ke rm3.
Ada juga gerai tepi jalan yang jual 3 biji RM10.
Tapi yang jadi pelik kalau gerai tepi jalan jual
tembikai sekilo rm3..hamboi ko pakai baja
taik burung flaminggo ke?

Berat:
Sebiji tembikai saiz S beratnya dah sekilo lebih
kalau takde troli janganla berangan nak cibit
plastik dengan tembikai 3kilo setengah kat dalamnya.
Baru tembikai, belum minyak masak, sabun basuh
hah tertonggengla laki bini nak ngangkut naik ke rumah
tingkat 15.

Isi dalam:
Part ni yang sangat subjektif tapi tips kat
internet yang aku cuba ada juga betulnya.
Kalau nak kulit yang nipis pilih pusat yang
sekecik yang mungkin.
Logiknya macam tiup belon. Bila belon dah
habis kembang punat kat hujung makin kecik
dan kalau tak habis tiub punatnya besar.
Samala macam tembikai..punat kecik logiknya
macam dah masak dan kulitnya nipis. Contohnya
macam kat bawah ni:


Dan hasilnya adalah seperti dibawah:

Selamatlah mencuba..jangan lupa baca bismillah..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan