Isnin, 25 Januari 2010

Pasukan khas siasat blog hina Almarhum Sultan Iskandar


Pertamanya agak terkejut juga bila keluar berita ada blogger
yang menghina kerabat Diraja Johor. Lebih-lebih lagi dalam tempoh
berkabung diatas kemangkatan Sultan bagi negeri dan jajahan takluk Johor.
Dari komen-komen dalam blog itu nyata mendapat bantahan dan kutukan k
eras dari pelayar blog itu terhadap penulis.
Polis pun dah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes itu.

Sepatutnya penulis mengambil kira juga perasaan anak Johor sebelum
memapar rasa ketidak puas hatinya itu.
Bait-bait lagu bangsa Johor ini dinyanyikan sepanjang zaman persekolahan
di Negeri Johor bagi anak-anak sekolah.
Apabila dewasa walau dimana saja bait-bait itu tetap utuh didalam hati..

Lagu Bangsa Johor
------------------------
Allah Selamatkan Sultan,
Nugerahkan dia segala kehormatan,
Sihat dan Ria kekal dan makmur,
Luaskan kuasa naungkan kami,
Rakyat dipimpini berzaman lagi,
Dengan merdeka bersatu hati,
Allah berkati Johor,
Allah selamatkan sultan.

Jumaat, 22 Januari 2010

Myeg..


Macam dalam iklan..MYEG..cara pantas untuk renew roadtax secara online..
Secara traditionalnya nak hidupkan roadtax kena bawa geran ngan insuran
kenderaan pegi pejabat pos atau kaunter JPJ. Ambil nombor giliran, tunggu lagi.
Tapi sekarang ni teknologi dah membantu..bayar je secara online siap hantar sampai
rumah atau ofis..macam-macam servis lagi ditawarkan dalam web ni..bolehla cuba.!

Selasa, 19 Januari 2010

BBQ Cuti Sekolah

Takde angin takde ribut nak dijadikan cerita abang aku memberi
cadangan nak buat BBQ.."Daging korban aritu ada lagi dalam peti ais tu
bolehla buat BBQ.." Aku mengiyakan ajela..Dah terbayang seksa nak
menghidupkan bara nanti...Tibalah masa nak prepare untuk
perap..rupanya tinggal hati ngan limpa je dalam peti ais tu..
Perap dulu 2ekor ayam..berkejarlah ke Giant cari daging...
Pendekkan cerita dengan kerahan tenaga askar-askar kat rumah yang
tengah cuti sem dan cuti sekolah masatu maka siaplah BBQ untuk
dimakan..haha..
p/s: Serius mmg sedap..bukan mcm perap yang selalu aku jumpa..
kira ni 'Secret Receipe' yang telah diperturunkan......

Hik..eeei roket...!


Masa zaman budak-budak dulu bila nampak macam asap kat langit
tu dengan rasa terujanya..."Hik..eeei roket...!".
Tapi itu dulu-dulu. Kenangan tu terimbas kembali bila terbaca satu
nota kat gambar sebuah akhbar.
Sekejap tu agak confius jugakla..ingat roket manala nak buat lintas-hormat
kat Malaysia nih...hihihi..

Isnin, 18 Januari 2010

Tiada Tuhan melainkan Allah..

Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata:“Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam) katakanlah (wahai Muhammad): “(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?” Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.[Al-Maidah-18]

Note: Allah tuhan sekalian alam..janganlah disekutukan dengan apapun atau kita beramai-ramai akan mendapat malapetaka...Sebelum jadi apa-apa marilah banyak-banyakkan beramal..Sesungguhnya janji Allah itu benar....

Jumaat, 1 Januari 2010

Perginya 2009 dan datangnya 2010

Cabaran baru bermula untuk 2010..yang pastinya kerja bertambah-tambah..
dan usaha perlu berterusan..alah bisa tegal biasa....

Selamat Tahun Baru 2010

Tepat jam 12malam..The Curve dan Bandar Utama mengisytiharkan bermulanya
tahun baru dengan sambutan bunga api..Pemenangnya Bandar Utama dengan
masa 10minit dan The Curve abis awal dengan catatan 5minit..