Ahad, 22 April 2012

Pahlawan Islam Terbilang

Siri Pahlawan Islam: Alhamdulillah telah lengkap dan selesai sudah
membaca novel sejarah Pahlawan Islam yang namanya dikenang
sepanjang zaman.

Avenger: Filem super hero yang bakal ditayang akhir bulan ini
seperti biasa akan membuatkan kita rasa hebat sangat super hero
yang kita sedar bukan realiti dan anak-anak kita akan membesar
tanpa mengenali super hero sebenar dialam yang nyata.

Sejarah: Bacalah dan kaji sejarah pahlawan-pahlawan Islam
ini dan kita akan mengetahui musuh-musuh yang ada diluar
sana..Patut anda tahu, kejatuhan Empayar Abbasiyah di Baghdad akibat diserang
tentera Monggol yang dibiayai Eropah berjumlah 200,000 dengan berlawan tentera
Islam yang seramai 10,000 sahaja kerana tentera Islam yang asal seramai 200,000
 telah diberhentikan oleh menteri syiah yang berpaling tadah.
Hulagu Khan pun ketaq lutut sebenarnya nak lawan tentera Islam dan masih teringat
bagaimana atuknya Genghis Khan pun tak berjaya nak menakluk
Parsi.
Koleksi: Setiap satu berharga rm14-15..InsyaAllah akan menambahkan
keyakinan kita kepada Allah dan terus berpegang kepada akidah Ahlil Sunnah wal Jamaah.

Ahad, 15 April 2012

Kisah Banduan Lari Dari Penjara Shawshank

Shawshank Redemption (1994): Antara filem terbaik yang pernah
aku tonton masa zaman sekolah dulu dan kini dah keluar dalam
format HD. Tentunya tak bosan melihat lakonan mantap Freeman (Red)
sebagai pencerita tentang rakan sepenjaranya (Andy Dufresne) iaitu hero dalam filem
ini yang dipenjara akibat kesalahan membunuh isteri bersama kekasih gelap isterinya.

Era: Filem berlatar era 40an ini akhirnya membuktikan bahawa
Andy tidak bersalah setelah ada banduan baru yang masuk
menceritakan semula kisah kawannya yang telah membunuh
isteri Andy. Ceh..baru teringat cerita 'Juvana' lakonan botak
tiru jalan cerita filem ni...hampeh..


Happy Ending: Kesudahan cerita ini hero berjaya melepaskan
diri  setelah 20 tahun dalam penjara dengan membuat terowong
rahsia melalui dinding sel serta keluar dengan mencilok duit warden
yang jahat. Red dibebas setelah merengkok 40 tahun dalam penjara
dan bertemu Andy di Zihuatanejo.



Aididmuaddib in memory

3M: Blog AididMuaddib telah melebihi 3juta hits sehinggalah
ia telah di'removed'.

Pepatah sekarang: 'Berkata benarlah walaupun blog
kena removed...'

Firman: Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta;
dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).
(Al-Baqarah 2:18)



Rabu, 11 April 2012

Daulat Tuanku

Menjunjung kasih: Alhamdulillah dibawah pemerintahan raja-raja
melayu, Malaysia aman damai dan dirahmatiNya. InsyaAllah.

Cuti Umum: Lega betul dapat cuti time keje tengah banyak
yang datang dari kiri,kanan,atas, bawah. Apa maknanya tu..?
Maksudnya masa makin pantas berlalu dan cuti umum ini
sangatlah bermakna bagi pekerja yang bekerja office hours.

Kenangan: Bila terkenang masa kat Shangri-La dulu time
orang cuti kita le sibuk kena kerja..job banyakla time
orang lain cuti. Paling tak lupa masa masa mesyuarat
raja-raja kat istana negara KL..aku kena serve dinner
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang kini menjadi
Agong ke-14 Malaysia di sebelah kanan dan permaisuri
Perak duduk di sebelah kiri.

Ketaq: Nak dicerita cawan ngan saucer kat istana memangla kaca
tapi ringan macam plastik. Ntah macamana boleh te'ketaq'
masa nak serve coffee tea, kuat pulak bunyi cawan ikut ter'ketaq'..
aduhai awatla buat perangai time-time macamni..masa serve 'main course'
mungkin tak ketara sebab plate berat.
Alhamdulillah, selepas tu semuanya berjalan dengan lancar..
Begitulah kenangan saya bersama tuanku. Ampun Tuanku!



Rabu, 4 April 2012

Resepi Rahsia

Asyik: Sedang asyik memakan dessert setelah selesai
membaham nasik tiba-tiba member menunjukkan
piring kertasnya dengan nasi yang hampir habis sambil
menyuruh untuk melihat.
"Tak nampak apa pon..?" jawabku setelah melihat 2-3 imbas
tak nampak apa.

Binatang: Korang nampak tak..tu ha dalam bulatan..Anak lipas rupanya.
Aduhai..failed betul..baru tadi aku puji nasi ngan lauk sedap..jangan sakit
perut sudah...
"Resepi Rahsia...syyyyy"




Ahad, 1 April 2012

Ranking Bolasepak Malaysia 1993-2012

FIFA: Ranking terkini sehingga Mar-12, Malaysia menduduki tangga ke 152.
Prestasi 'Payung Terjun' skuad harimau Malaya ini dari 1993 sehingga
sekarang nampaknya macam merosot. Graf nampak macam dulu Malaysia
bagus sekarang kurang bagusnya?

Rasa: Bagi aku prestasi skuad Malaysia dari dulu pun memang tak sebagus mana
cuma kejatuhan ranking adalah disebabkan negara-negara lain dah mendahului
Malaysia. Kita ni masih dok tang tu jer..lawan Vietnam pun separuh mati nak
menang..tengok Ranking negara-negara dibawah ni..Malaysia lagi maju kot tapi
main bola takde kemajuan.


Reverse: Tapi elok juga prestasi Bola Sepak Malaysia merosot sebabnya
bila stadium asyik penuh, ramai plak yang tertinggal solat, besesak-sesak
lelaki dan perempuan, bergaduh, mencarut,ponteng keje malam, tinggal
anak isteri kat rumah, balik lewat malam, lambat bangun pagi...dan lain-lain..
Sebagai penyokong pasukan Malaysia..pasrah je la...haha