Selasa, 21 September 2010

Kill Ants Bait (Umpan bunuh semut)


Pening juga dibuatnya kalau rumah ada semut.
Paling tensen siap dok attack kat peti sejuk pulak.
Kalau tahu mana sarangnya senangla nak dikerjakan.
Ini tak tahu mana datangnya. Pantang lambat sikit
angkat gelas atas meja dah datang dah...


Dipendekkan cerita permasalahan telah dibentangkan
di Dewan ahli undangan majlis mesyuarat tingkap
dan dicadangkan oleh Cik Kiah untuk menggunakan
"Ubat Semut".

"Ko guna je ubat semut..umah aku dulu pun banyak
semut tapi lepas guna, semut dah takde lagi.." ujar Cik Kiah.

Puasla aku nak imagine rupa ubat semut tu..

sambung Cik Kiah.."Ubat tu ada dijual kat pasar malam ko cari je.."

Tak pernah aku dengar ubat semut inila first time..
Setakat ubat nyamuk pernahla tengok.

Setakat itulah ceritanya sehinggalah semasa membeli-belah tingkap
(Window Shopping) masa bercuti di kampung aku ternampak paket bertulis
"Kill Ants Bait" di sebuah kedai serbaneka.

"Soheh! inilah ubat semut yang Cik Kiah ceritakan dulu.." kataku dalam hati..

Ubat semut itu rupanya berbentuk serbuk berbau wangi sebiji macam horlick..taburla
sikit-sikit kat tempat-tempat strategik yang mana dipercayai tempat
laluan semut.

Tapi sebelum aku tabur ubat semut tu..aku dah perasan tak nampak
semut pun kat umah aku. Hasil survey selepas 2-3 hari selepas itu
didapati ubat semut tak terusik dan semut langsung takde..

Alamak macam misteri le pulak....huhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan