Khamis, 26 Mei 2011

Ayat Seribu Dinar


Dinar: Semua orang nak kaya, sebut kaya terbayangla
duit banyak, kereta bersusun, rumah besor dan macam-macam
lagi tafsirannya.

Kaya: Orang kata, anak ramai pun kaya juga..kaya anak!
Suka tolong orang..kaya budi!..kaya Idea..kaya raya..dan
macam-macam lagi kaya.

Amal: Nak kaya semua..amalkanlah Ayat Seribu Dinar
InsyaAllah diberi kelapangan dalam semua hal.

 At-Talaq [2] ……dan barang siapa yang bertakwa 
kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan 
meninggalkan laranganNya), niscaya Allah akan mengadakan 
baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

At-Talaq [3] Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas
di hatinya dan (Ingatlah), barang siapa berserah diri bulat-bulat 
kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya 
(untuk menolong dan menyelamatkannya). 
Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang 
dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan 
masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Nota:
1 dinar = 4,25 gram = RM 657
1000 dinar = 4,25 kg = RM 657,000
*banyak juga kalau seribu dinar ditukar
dalam bentuk duit..tapi nilai Ayat Seribu
Dinar tak boleh ditukar dengan apa-apa
sekalipun..Maha Kaya dan Maha Pemurah
Allah menjadikan alam ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan