Khamis, 2 Jun 2011

Telur Pindang - Resepi rahsia Cik Da

  
Resepi: Bagi 1st timer tengok atau rasa Telur Pindang
tentu persepsinya berbeza-beza. Ada suka ada yang
tak suka. Nih aku tunjukkan makcik aku punya
resepi..terbaik dari Felda Tenang.


Kaedah: Telur yang nak dimasak di alas dengan daun-daun
pelbagai jenis bagi menghasilkan aroma dan warna Telur
Pindang. Bahan-bahan lain seperti serbuk kari, jintan dan
lain-lain juga turut diletak bersama.

Masak: Setelah siap telur disusun, maka air diisi
penuh dan direbus selama 3 hari dengan api yang
kecil.

Terbaik: Air dalam periuk sekali-sekala dijenguk untuk memastikan
air tidak kering.
Proses perebusan diteruskan lagi sehingga hari yang ketiga.
Dah tengok cara Telur Pindang dihasilkan
lepas ni jangan takut-takut nak makan Telur Pindang..rasanya
memang terbaik.. :-)

2 ulasan:

  1. Salam...
    Boleh saya dapatkan senarai bahan2 yang dicampur?dan daun2 apa tu?

    TQ.

    BalasPadam
  2. Daun Manggis dan Pandan..bahan-bahan bergantung besarnya periuk dan jumlah telur.

    BalasPadam