Ahad, 5 September 2010

BLR punya hal..

Suatu pagi yang tak berapa indah aku terima SMS dari bank
maklum payment loan sangkut. Padahal tiap-tiap
bulan aku tak delay nak bayar. Adat meminjam
kenala pulangkan..pesan orang tua kita biar miskin harta
tapi kaya dengan budi..tapi pulang mestila lebih
sekali atau 2-3 kali ganda..tak percaya korang
kiralah sendiri guna loan calculator...Okeylah itu
bab lain. .

Tengahari aku gagahkan diri ke bank yang kononnya
nampak macam islamic sangat sebab mungkin tokeynya
orang arab. Customer tak berapa ramai so cepatlah aku
dilayan setelah ambil nombor giliran.

Pegawai bank wanita looks melayu dan freehair melayan pertanyaan
aku.

"Cik boleh checkkan payment loan saya nape sangkut ek?.." tanya aku
sambil cuba tersenyum..

"Bagi IC encik.." pintanya..

"Oo..ni sebab bayarannya tak cukup jadi sistem tak boleh deduct
dari akaun.." jawabnya.

"Macamana tak cukup sebab aritu suruh bayar sekian-sekian ni kata
tak cukup pulak.." tanya aku semula.

Pegawai bank tadi pun call someone untuk confirmation agaknya..
Masa tu aku terpandangla loket rantai salib yang dipakainya..emm ingatkan
islam..confuse jugak aku seketika..

"Encik..sebabnya BLR dah naik..jadi bayaran pun ikut naik so encik
kena tambah sebanyak ini untuk membolehkan bayarannya cukup
dan barulah sistem boleh deduct dari akaun..selagi tak cukup sistem tak boleh nak deduct..."
jelasnya..

Aku pun tanya lagi.."Cik, bank tak inform apa-apa pun kat saya pasal BLR naik..
kalau saya tak datang tanya memang tak tahula..salah saya ke kalau payment
sangkut...?"

Pegawai tadi terdiam sekejap..selepas itu menjelaskan.
"Memang mcmni pun setiap kali BLR naik bank akan ikut.."

Pendekkkan cerita setelah faham dengan penerangannya dan aku pun bagi
soalan penutup...

"Cik, kat sini boleh tukar duit raya tak.." tanyaku berharap.

"Maaf encik, duit kat sini yang lama-lama je.." ujarnya.

"Emm.. takpela kalau gitu..Ang Pow ada tak?.." tanyaku lagi.
tak dapat rotan akar pun berguna..takla aku balik kosong.

"Ada..ada.." jawabnya sambil membuka drawer mengambil AngPow.

Hehe..bolehla aku berlagak kat opis nanti dapat sarung Ang Pow free..

Pesanan: Untuk korang yang ada buat loan yang bersangkut dengan BLR untuk
2010 sahaja BLR naik sampai 3 kali..so kalau dah meminjam tu tak kiralah
naik camne pun siap sedialah membayarnya yek..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan