Jumaat, 2 November 2012

Hubungan Abuya Ashaari dan Anwar Ibrahim

Media massa pada hari ini melaporkan terdapat usaha-usaha
menghidupkan Al-Arqam.
Bagi aku jasa Al-Arqam di Tanah Melayu dalam usaha dakwah
sangatlah besar dan tidak boleh dipertikai.
Dihukum 'sesat' sebab faktor politik bukannya sesuatu pelik
di Tanah Melayu ini. Banyak lagi gerakan sesat yang 'halal' di
Tanah Melayu ini tapi disebabkan 'pemikiran sealiran' maka
nampak murni je depa ni.

Apa hubungan Abuya dan Anwar Ibrahim?
Jawapannya dibawah, baca dan kaitkan.

1. Metamorfosa Abuya
2. Al-Fatihah buat Abuya




5 ulasan:

  1. Dengar cerita Orang Rufaqa kata abuya berhubung dengan semua orang kecuali 2 orang. ..Anwar dan Al Mansur. Anwar selepas dia dapat salam abuya 3 kali bahawa dia tak akan jadi PM... mungkin lepas kena pecat hubungan ini diputuskan. Lepas anwar dibebaskan abuya tak mau terima untuk jumpa dia. Untuk pengetahuan masa anwar lawan Tun Baba ,orang arqam tak sokong anwar tapi pilih Tun Baba. Tun Baba letak jawatan lepas jumpa abuya kat Bangkok.. Mengapa anwar ? kata sumber ini abuya kata anwar adalah musuh Islam.... semua orang Rufaqa tau... cuba tanya mereka... siap ada sajak abuya untuk anwar oleh abuya... Hairanya zaman Tun M arqam haram tapi abuya masih boleh berhubung dengannya melalui wakil... tapi anwar tak boleh.. Mengapa yeeeeee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nyaris dah nak jadi PM tapi tak jadi...betul kata Abuya... Semoga Allah melimpahi rahmat keatas Abuya.

      Padam
  2. Menilai semula – Kita pejuang atau perosak agama
    ---------------------------------------------------------------------------
    Kita hendak berjuang?
    Bagus kalau itulah yang kita mahu
    Berjuang sasarannya adalah manusia
    Kita mesti kenal manusia sebelum kita mengenal diri kita sendiri

    Sudahkah kita mengenal diri kita sendiri?
    Sejauh mana kita kenal perjalanan fikiran kita sendiri ?
    Apakah fikiran kita sudah Islam?
    Sudahkah kita kenal nafsu kita?
    Fahamkah kita kehendak kehendak nafsu kita?
    Ke mana dia hendak membawa kita?

    Apakah kehendak Islam dengan kehendak nafsu kita selari?
    Lebih lebih lagi sudahkah kita faham jiwa kita?
    Jiwa ada perasaannya
    Perasaannya ada yang positif dan ada yang negatif
    Yang positif hendak di lepaskan
    Yang negatif hendak di tahan

    Melepaskan yang positif dan menahan yang negatif
    Adalah satu perjuangan
    Ia lebih besar daripada perjuangan yang lahir ini
    Bahkan yang lahir ini ditentukan oleh yang batin,
    ia itu jiwa

    Kalau kita berjuang tidak faham ini semua
    Ertinya kita laksana masuk hutan belantara yang tidak mempunyai pedoman
    Tidak ada kompas, tidak kenal kedudukan hutan
    Jangan jangan kita akan tersesat nanti
    Marabahaya hutan akan membinasakan kita
    Bahkan harimau pun boleh membaham kita

    Kawan, perkataan berjuang mudah di sebut
    Tapi tidak mudah difahami
    Berjuang mudah diperkatakan
    Tapi tidak mudah dikotakan

    Ia memerlukan ilmu yang cukup
    Tidak sekadar semangat yang cukup
    Ia memerlukan pemimpin yang tepat
    Yang boleh memimpin dan di taati

    Kalau belum sampai taraf ini
    Tidak berjuang lebih selamat daripada berjuang

    Kalau kita berjuang juga
    Ingatlah kerosakan yang akan kita lakukan
    lebih banyak, tanpa di sedari
    Sekali pun niat kita suci.

    (Ustaz Ashaari Muhammad)

    BalasPadam
  3. Wahai Anwar Ibrahim
    --------------------------------

    Engkau menagih keadilan dengan orang lain tetapi tidak diperolehi,

    Engkau meratus dan membebel merata negara,

    Isytihar kepada manusia memohon simpati,

    Apakah engkau pernah memberi keadilan kepada orang lain? Jawablah sendiri,

    Engkau ingin dikasihi, Rasa tidak senang orang yang membenci,

    Tidak pernah engkau mengasihi orang lain,

    Apakah engkau orang yang pengasih, Jawablah lagi sekali sahaja,

    Orang yang tidak adil dengan engkau, Engkau sudah tidak tahan, Meraung ke sana menjerit ke sini,

    Tapi pernahkah engkau tahu,

    Ada orang sepanjang hidupnya tidak pernah mendapat keadilan,

    Sepanjang hayatnya tidak pernah mendapat kasih sayang?

    Mereka tidak menjerit di merata negeri,

    Kerana mereka tahu suara mereka tidak akan didengar,

    Mereka tahu tidak siapa yang simpati,

    Penderitaannya mereka tanggung sendiri,

    Patutnya seorang wira ‘Gentleman’ dengan ujian, Tabah dengan cabaran,

    Tidak ada riuh rendah menjerit ke sana, ke mari,

    Ingin mengisytiharkan diri seorang pengecut,

    Bukan pejuang bangsa jauh sekali agama,

    Baru engkau merasa sakit apabila engkau dizalimi,

    Setelah engkau dizalimi baru engkau merasa indahnya keadilan ini,

    Engkau mula memperjuangkan keadilan itu pun mungkin bukan untuk orang,

    Tapi untuk kepentingan diri,

    Tapi engkau seret sekali orang ramai,

    Padahal sebelum ini ribuan orang yang terzalim,

    Bahkan jemaah ku engkau ikut serta musnahkan,

    Waktu itu engkau ada kuasa,

    Engkau boleh jadi pembela,

    Setelah kuasa tiada di tangan, Konon baru hendak jadi pembela,

    Berapa lama engkau hendak berlakon di atas pentas dunia ini,

    Berlagak seperti pembela, Hakikatnya engkau penipu,

    Kerana itulah dari dahulu lagi aku katakan pada mu,

    Engkau akan jatuh terhina,

    Mungkin engkau masih ingat kata-kata ku dulu,

    Sekarang dengan izin Allah telah menjadi kenyataan,

    Sedar dan insaflah,

    Bertaubatlah banyak-banyak dari sekarang,

    Akuilah kesalahan sendiri,

    Tegakkanlah keadilan di atas diri mu dahulu,

    Sebelum memperjuangkannya kepada orang lain,

    Jangan berlakon lagi, Janganlah berpura-pura dalam kehidupan ini,

    Engkau melolong ke sana- ke sini,

    Meraung ke sana meraung ke sini,

    Sakit hati dengan orang menzalimi mu,

    Engkau lahir rasa kemarahan,

    Engkau nyatakan kebencian merata negeri,

    Engkau ajak orang menyokong mu,

    Di mana kesabaran mu? Lebih-lebih lagi di mana keredhaan mu?

    Bukankah hakikatnya ujian itu dari Tuhan mu?

    Ertinya engkau marah dengan Tuhan,

    Engkau isytihar kepada orang aku tenang,

    Tapi sikap mu menyatakan ke tidak tenangan jiwa mu,

    Engkau isytihar diri mu pejuang,

    Pejuang yang sejati sabar dengan ujian, redha dengan ketentuan,

    Pejuang yang hakiki lebih suka baiki diri, Daripada menyalahkan orang,

    Pejuang sebenar lebih memandang kesalahan sendiri daripada kesalahan orang lain,

    Engkau tidak belajar dari sejarah,

    Bagaimana para Rasul diuji lebih dahsyat yang mereka terima daripada kamu,

    Tetapi memohon ampun dari Tuhan,

    Mereka menyalahkan diri sendiri,

    Selepas itu mereka mendapat pembelaan dari Tuhan,

    Sekarang orang semakin kenal siapa kamu,

    Makin banyak cakap makin orang kenal diri mu,

    Tidak payah orang lain mengatakan,

    Sikap kamu sendiri mengatakan kamu, Tapi kamu tidak sedar,

    Orang lain yang berfikiran boleh menilainya,

    Engkau inginkan kasih sayang,

    Tapi engkau tidak pernah memberi kasih sayang pada orang,

    Engkau inginkan keadilan,

    Pernahkah engkau adil kepada orang?

    Engkau tidak suka dizalimi,

    Tapi engkau sedarkah,

    Engkau selalu sahaja menzalimi orang,

    Sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung,

    Sama ada disedari atau pun tidak,

    Sama ada fizikal atau mental,

    Engkau kan manusia,

    Apa yang engkau suka itulah juga disukai oleh orang lain,

    Apa yang engkau tidak suka itulah yang tidak disukai orang lain,

    Janganlah minta orang lain bertimbang rasa,

    Engkau juga perlu bertimbang rasa pada orang lain,

    Jangan tunggu orang lain mulakan, Engkaulah memulakan dahulu,

    Jangan engkau menagih dahulu, Engkau agihkanlah dahulu.

    Olih: Abu Nizam 1998

    BalasPadam