Isnin, 22 Ogos 2011

Cerita Geng Photographer

Kevin Carter: Forget the long lens, Bro
Stuff only looks good up close.
Begitulah kata-kata semangat Kevin Carter
kepada Greg Marinovic yang masa tu
fresh lagi dalam photographer. Walaupun
Kevin Carter senior tapi Greg dapat dulu
Pulitzer Prizes iaitu anugerah penghormatan
atas kecemerlangan journalist seluruh dunia
pada tahun 1991. Pada tahun 1994 giliran
Kevin Carter pulak dapat anugerah yang sama.

Halatuju: Di negara kita, photographer
paling hebat pun just ambik gambar orang
kawin je..pastu make-up, edit pakai adobe
pastu claim dialah yang terhebat..cheh..
Setakat itu jelah taraf photographer kita..

Impak: Foto diatas biasa pernah dilihat sebelum ini.
Krisis kebuluran di Sudan, anak perempuan
kecil yang sedang menunggu saat kematian
diintai oleh burung pembangkai..cukup
menginsafkan bagi kita yang makannya tak
hengat untuk dibazir-bazir akhirnya dalam
lubang jamban...inilah foto pemenang
Hadiah Pulitzer 1994-Kevin Carter yang
memberi impak kepada seluruh dunia.
Foto ini juga memberi tekanan kepada
Kevin hingga beliau mengambil keputusan
menghabiskan sendiri nyawanya pada
umur 33 tahun.

Bang Bang Club: Saksikan DVD
"The Bang Bang Club" untuk
mengetahui kisah sekumpulan
photographer yang digelar Bang Bang
ini berdasarkan kisah benar yang
terjadi semasa krisis di Afrika pada
awal 90'an. Macam biasa cerita
orang putih ada sikit selit-selit adegan
beromen..bagi yang ada 'alahan' elokla
jangan tengok..haha

Ahad, 7 Ogos 2011

Jongkang - Jongket dalam Pesbuk

Selamat menjalani ibadah puasa..Semoga dibulan
yang mulia ini sama-samalah kita memperbanyakkan
amal ibadah.

Kisahnya: Terasa nak bercerita pasal Jongkang-Jongket..
Praktikalnya Jongkang-Jongket ni kalau nak main mesti
kena berdua,  kalau tak mana maunya..
Sama macam sesetengah orang yang menge'post'
kat Pesbook.. wah ayatnya mesti nak UP diri
sendiri..tak pun men'DOWN' kan orang lain..serupa
Jongkang-Jongket..haha..

Lapang Sasar: Dah jadi trend sekarang bila emosi
je terus 'shoot' dalam Pesbook..kononnya orang lain
tak tahulah sapa yang dah terlentang kena tembak tu..
Kalau main Jongkang-Jongket dah tentulah orang lain
tahu dengan sapa kita bermain iye tak???..tapi kalau
nak carut kat dinding Pesbuk pasal keeper Singapore
aritu yang main macam %&#@$' dipersilakan..haha

 Playsafe: Dok diam-diam sudah..haha