Sabtu, 26 Februari 2011

Post Mortem Enjin Exora

Exora yang tak bersalah ini telah dibedah siasat untuk tontonan umum..hihihi





Interlok : Abdullah Hussain

Rasa terpanggil untuk membaca buat kali kedua naskah Sasterawan Negara ini yang
mana akhir-akhir ini diketahui timbul isu sensitiviti didalamnya.
Bagi yang membacanya akan rasa kagum dengan gaya pembawaan cerita yang
sangat menarik dan tak bosan nak menunggu sampai page terakhir m/s:503.
Bagi yang tak baca lepastu tak faham apa-apa dengar cakap orang mulalah meroyan rentan tak
sedar diri kecik-kecik taknak M@#7u5 komplen pasal buku ini.
Cetakan pertama buku ini adalah pada tahun 1971..meh sini aku nak tanya kenapa
dulu-dulu tak komplen..??..takut ISA??

Inilah gambar hiasan kulit berjudul Ayah dan angkasawan buah tangan Dato' Ibrahim Hussein.
Sesuai benar 2 tokoh ini ditemukan dalam naskah ini.
Diharapkan segala ntahahapa isu yang sengaja ditimbul ini selesai dengan cara kita menghormati
karya Sasterawan Negara ini sebagai khazanah negara yang tak ternilai.
Ending novel ini sebagai Interlok antara 3 kaum terbesar di tanah melayu ini ialah
nikmat kebebasan dari penjajahan dan semua kaum hidup bersatu aman dan makmur.

Jumaat, 4 Februari 2011

Futsal di kampungku

Wah beruntung orang kampung dapat padang futsal sponsor.
Main free je, berbanding jika di bandar yang dikenakan kadar sejam rm70-150 sejam
bergantung pada tempat dan masa.
So kemudahan yang ada tu jagalah baik-baik dan bersyukurlah sentiasa.
Sebelum main seelok-eloknya 'WarmUp' 10-15minit bagi mencegah
kejang atau kecederaan otot akibat bebanan terlampau keatas otot.
Untuk pertama kali main ikut kemampuan diri, contohnya mula bermain untuk tempoh 15minit,
jika ok teruskan ke 30minit dan begitulah seterusnya.
Jika dah lama tak main dan tiba-tiba je all-out maka akan berlakulah kejadian yang
tak diingini.

Sukan yang bagus bagi aku tetap badminton.
Badminton satu jam lagi puas sebab peluh dari atas sampai bawah keluar
berbanding futsal yang main sejam pun hanya dapat sakit-sakit badan tapi peluh tak keluar.
So kasut futsal pun dah buang dalam tong (koyak)..lagipun dah tak laratle umur dah meningkat.
Apapun kalau badminton orait..gagah lagi le..hehe

Rabu, 2 Februari 2011

Aktiviti selepas banjir

Apabila matahari mula memancar, hujan telah berhenti dan air banjir sudah surut
maka aktiviti seterusnya ialah membersihkan rumah yang dilanda banjir.
Part yang paling penat rasanya. Lokasi di Kg Tenang, kawasan yang teruk dilanda banjir.
Kelihatan sepasang Crocs selesa bermain lumpur..Seeloknya semasa kerja
pembersihan dijalankan dinasihatkan untuk memakai pelindung kaki yang sesuai.
Manala tahu dalam lumpur tu ada kaca, paku atau binatang berbisa tak ke naye..
Tengokla betapa tebalnya lumpur ni..bila melangkah bunyinya.."Clup..clup"...


Lumpur yang dikumpul akan dibuang dan selepas itu barula kawasan tadi dibasuh
menggunakan air. Lepak der tengok lumpur banyak-banyak ni..tengok pun dah lepak..
apatah lagi bahu yang memikul..

Selasa, 1 Februari 2011

Banjir Pilihanraya Tenang

Alkisah pada hari pengundian bagi Pilihanraya kecil DUN Tenang,
hujan mencurah lebat istiqamah tanpa henti bermula dari pagi sehinggalah
post ini dipublish. Kawasan Felda Tenang iaitu 100 meter dari aras laut
juga dinaiki air khasnya dikawasan yang rendah.

Apa petanda semua ni???..renung-renungkanlah ye maksud tersirat disebalik semua
bencana ini. Bagi calon yang telah memenangi pilihanraya sila tunaikan tanggungjawab
dan amanah yang telah diberikan rakyat. Semoga Tenang sentiasa tenang.