Pohon buluh banyak didapati di paya-paya atau kebun di kawasan kampung.
Semasa zaman kanak-kanak dulu pokok ini kegunaannya untuk buat
batang joran, meriam buluh, batang jerat sembat, senapang terung pipit
dan lain-lain. Kegunaan lain di kampung untuk buat galah jolok kelapa,
batang lemang, lantai pondok dan banyak lagi.
Pohon multi-kegunaan ini terkenal dengan peribahasa yang dikaitkan
dengannya seperti "Kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya".
Bukanla bermaksud rebung tu boleh dilentur, kalau rebung yang dilentur
patahla jawabnya. Semasa pohon buluh sebesar ibu jari masa tu
pohon buluh ini senang untuk dilentur, kalau dah besar batang lemang
masatu nak lentur dah tak boleh kecuali ditebang sahaja.
Peribahasa melayu ini mengajar kita dalam mendidik anak hendaklah
dari kecil lagi. Perkara pokok adalah solat. Jika dari kecil diajar dan
dilatih untuk bersolat insyaAllah bila besar anak-anak itu akan terus
mengamalkannya. Wallahualam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan