Isnin, 4 Februari 2013

Sawit Peram Umpan Terbaik Ikan Gergasi

Lain padang lain belalang..jauh perjalanan luas
pemandangan..
Suatu masa dulu aku pernah rasa pelik bila
dengar orang pancing ikan guna umpan kelapa sawit..
Selalunya guna umpan cacing,dedak, roti..tapi bila kelapa sawit
jadi pelik bila pikir macamana ikan nak makan
sebiji macamtu..
Eksperimen pun dijalankan..maka buah sawit yang relai
dipungut dan diperam dengan tujuan untuk melembutkannya.
Beginilah rupanya buah sawit yang telah diperam.


Inilah port pancing untuk tujuan eksperimen ini.
Dengan kekuatan mesin 5000 dengan tali utama
10paun dan perambut 30paun apakah hasil dari
ujian ini?..

Strike...mesin mengaum "kreeeeeeeekkkkkkk" disebab
tak dapat tarik beban..aku boleh panik
pulak..maka pancing letak tepi jadi aku main tarik
tali dengan ikan dengan dua belah tangan menarik...
gerak sikit..aku lepas ikan pulak tarik..gayanya dah
macam nak cabut ubi kayu..4 kali tarik tiba-tiba..
"tttttusssssssss"....tali pancing putus...adoiiii......
memang besar..serius..
ikan apa yang boleh putuskan tali ~5kg?

Kesimpulanya umpan sawit peram memang mujarab
dan perambut serta mata kail perlulah sesuai  untuk menahan
impak tarikan ikan gergasi disungai ini.

Monolog: Ada orang beranggapan kenapa buang masa
nak memancing?..pergi pasar lagi senang macam-macam
ikan ada. Bagi aku ada 2 cara untuk mendapatkan ikan.
yang pertama guna duit dan yang kedua guna ilmu. Keduanya
tetap bergantung kepada rezeki yang Allah kurniakan.
Untuk dapatkan ilmu perlu belajar, belajar pula perlukan
pemerhatian dan kesabaran serta menerima pendapat dan
pandangan orang lain. Bilik darjah ditepi sungai berbumbung
langit luas serta unggas sahut menyahut, daun pokok gemersik
dibuai angin amat mendamaikan.


6 ulasan:

  1. salam. bos, sawit peram dengan apa?

    BalasPadam
  2. peram sawit 2-3 malam dengan air dalm bekas kedap..

    BalasPadam
  3. boss tunjukanlah step by step cara nak peram sawit tu...biji sawit tak perlu buang ke...?kalau tak buang mcm keras ja...senang ke utk ikan makan...

    BalasPadam
  4. 2 cara umpan sawit biasanya diguna..
    1. Sawit fresh - (potong dadu) - Sawit potong dadu :http://wehadjoy.blogspot.com/2011/06/lampam-pasir-salak.html
    2. Sawit peram - (sebiji) - Hasil sawit peram : http://wehadjoy.blogspot.com/2012/11/temoleh-dan-patin-sungai-perak.html

    Cara nak pasang umpan sawit rujuk video ranjer sungai :
    Cara pasang umpan sawit : http://youtu.be/8-qBQYUOZsg

    BalasPadam
  5. Bro kalo pkai umpan daging burger bole x...hehe

    BalasPadam
  6. Cuba try test le...tp rasanya yg makan ikan duri ngan biawak je..haha

    BalasPadam