Isnin, 4 Ogos 2008

Hari ini kita berpisah



*Haiku ni untuk kawan-kawan masa hari-hari terakhir form 5 dulu. so sesuai ditujukan kepada Pu3, Maz, dan
Noraliza kawan baik yang telah berpisah (serentak pulak tu...haha)

Hari ini kita berpisah

Sampai bila-bila pun tidak berubah
Kita sebagai kawan
Hari esok kita menyaksikan
Jalan ke arah cita-cita

Seperti burung yang berterbangan
Kita hidup bebas di langit
Hari ini kita berpisah
Sehingga hari kita berjumpa lagi

Kegembiraan yang kita percayai
Jagalah baik-baik
Hari ini kita berpisah
Sehingga hari kita berjumpa lagi

Ahad, 3 Ogos 2008

Tilawah Al Quran TM Pulau Pinang


Pagi sabtu yang agak suam2 aku dikejutkan dgn panggilan telefon.."Shahrul, hang kat mana?.."
Adegan seterusnya tak perlula diberitahu..haha (terlajak plak..). Gambar sekitar Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat TM P.Pinang. Sampai sana adjust camera, pastu sarapan, pastu shoot mana yg patut. Foto diatas tu kalau real takde glass Sirim tu..dan aku masih lagi mengasah bakat memanipulasi foto dan surrounding.

Proud to be Malaysian!

Bulan Merdeka datang lagi..masa study dulu ada jugakla turun Dataran Merdeka atau KLCC..zaman
keje ni rasanya dah xde masa untuk semua tu. Teringat juga sajak kartunis Ujang tentang Hari Merdeka memang tak boleh lupa..

ATUK MERDEKA

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,

Aku ingin menjadi kayu.

Jika kau menjadi kayu,
Jadilah kayu golf,
Disebut kayu tetapi besi,
Diulit Dato', tauke dan menteri.
Jangan kau menjadi tunggul.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi pagar.

Jika kau menjadi pagar,
Jadilah pagar karan,
Dipicit suis power berjalan,
Dirempuh diusik, boleh pengsan.
Jangan kau jadi pagar makan padi.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila kau besar nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi mangkuk.

Jika kau menjadi mangkuk,
Jadilah mangkuk purba zaman batu,
Buruan ahli arkeologi setiap waktu,
Membawa bukti tamadun dan ilmu.
Jangan kau menjadi mangkuk hayun.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila kau dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi bintang.
Jika kau menjadi bintang,
Jadilah bintang di langit,
Tiada boleh ditukar wang ringgit,
Tidak boleh dijolok dikait.
Jangan kau menjadi bintang tiga.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi seluar dalam.

Jika kau menjadi seluar dalam,
Jadilah seluar dalam Superman,
Sarung di luar nampak gentleman,
Tiada manusia memberi komen.
Jangan kau menjadi seluar dalam model playboy.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin merdeka.

Jika kau ingin merdeka,
Lupakan tentang perarakan di Dataran Merdeka,
Simpanlah budget kereta berhias dan pentas lintas hormat,
untuk membeli kayu,
untuk membeli pagar,
untuk membeli mangkuk,
untuk membeli bintang,
untuk membeli seluar dalam,
untuk membeli MERDEKA.


UJANG K.Lumpur 92.
(Sajak ini pernah dideklamasikan sempena Malam Merdeka di UPM).