Khamis, 29 September 2011

Halusinasi

Pernah merasa halusinasi?
Orang kampung cakap mamai..eleh wat tak ingat plak..
Time bercintan-cintun dulu tu bergayut sampai
tak ingat pastu cakap pun merapu-merewang
pastu the end tertidur sambil gagang atau handphone
dibahu dengan posisi kuak lentang berirama dan
si penelepon tadi bercakap seorang diri..haha..

Time praktikal dulu pernahlah jugak berhalusinasi..
Punch card 8:30 pagi kat opis, kuar gi site pastu abis keje
balik opis dulu..pastu balik rumah..mandi, maghrib,
makan, Isyak.. lepak-lepak..kul 11 malam masuk keje
(part-time) sampaila kul 7 pagi esoknya.
Sampai umah siap-siap pastu gi semula opis..
Halusinasi akan berlaku bermula 2 hingga 4 pagi..
Mata dah berat..fikiran sedar tak sedar...argghh...tahan..
pastu kitaran kehidupan itu pun berterusan sampaila
hari minggu dapatla rehat-rehat...

Masih terngiang kat telinga aku pesanan seorang
makcik yang dah berusia.."takpela dik keje apa-apa
pun takpe asalkan halal, paling penting sembahyang,
doa".. berkali-kali dia pesan..

eh..macam dah terlari tajuk plak..oh itu
dah dalam cerita lain..huhu..

Sebenornya nak share camner rupenyer bile
PC berhalusinasi... ni le gayenyer....





Khamis, 22 September 2011

Jejak Berpijak C70 di TTDI


C70 yang ku kenal..
Hidupnya sederhana tak pernah berlebih,
Kuat bekerja kurang bunyinya,
Tak pernah mengeluh kudratnya diperah,
Berusaha selagi terdaya,
Berlari sepantas termampu,
Gayanya tetap begitu walau dipuji,
Sedia berbakti walau dikeji,
Kerna dia sangat mengerti,
Jejaknya berpijak di atas bumi..

Khamis, 15 September 2011

Bahasa Melayu Pasemboq

Puas jugak aku merenung cuba nak memaham
apa yang pihak pasaraya ni nak sampaikan.
Maksud pun tak betul ejaan lagi le..macam pasemboq
jadinya..
Time sekolah ko tulis ayat macam tu
memang nak kena "Jitas" ngan Cikgu Halimah..haha

Khamis, 8 September 2011

Dia telah pergi - Hati Keluli

Muka ganas hati kama..kena penangan
Miljenko Matijevic punya 'tarik' boleh
histeria abang yang ditinggal kekasih.
Rock kapak tapi jiwang yang amat.
Bagi mereka-mereka yang konon
bercita-cita tinggi nak jadi penyanyi
boleh test karok lagu ni..agak tersangkut
pada 'harkat' yang keempat..pendam je
hasrat tu dalam tong sampah..haha

Isnin, 5 September 2011

Cabaran dalam Fotografi

3rd DSLR: Berbekal DSLR yang baru je
angkat masa kenduri kawen aritu jadi cuti raya
ni saje nak mengetest kuasa maksimumnya.
Setiap foto ada cabarannya so disini akan diterangkan
camne nak selesaikan semua problem tu..


Angin: Cabaran nak shoot Bunga Raya
ialah tiupan angin. Bunga Raya ni memang jenis
takkan diam walau disuruh kecuali le Bunga Citra
Lestari..hehe.So bila angin tak henti bertiup jadi
naikkan sikit speed shutter tu kepada 1/250 or 1/500.
Kamera yang tak boleh set shutter speed just ikut
bunga tu bergoyang pastu shoot..haha

Liar: Sukar nak shoot kucing kalau tak kena
caranya. Nak bagi kucing diam tabur je
dedak atas tanah jinakla sekejap kucing tu..keh..keh

Altitude: Nak shoot gambar bunga betik
memang susah disebabkan kedudukannya
selalunya di pucuk. Faktor ketinggian jadi
halangan. Jadi nak selesaikannya carilah
pokok betik yang rendah..huhu..

Sensitif: Tengok mata langau tu punyale besar.
So kalau datang dekat sikit dah tentunya cepat
je dia cabut lari. Untuk cabaran kali ini pilihlah
time langau tidur..dipercayai waktunya adalah
pada 2 jam pertama office hours..selepas time
tu dipercayai langau dah segar semula untuk
lunch..hehe