Dulu aku ni doktor Aircond..kira ni le bendanya untuk
check sakit demam 80 biji aircond kat ibusawat dalam
sebulan.
Sakit: Aircond sakit bila tak sejuk, serupa kipas
angin je rasanya.
Maka alat dipanggil 'Manifold gauge' ini akan
memberi bacaan tekanan rendah dan tinggi
dalam sistem aircond itu sendiri. Serupa macam
check tekanan darah gitew..
Analogi: Jika tekanan
terlalu rendah, gas tak cukup..jika tekanan
tinggi maka adala part yang tersumbat atau
heating tak dapat disalur keluar dari sistem.
Salur tengah tu untuk topup gas..jika asyik
kurang je gas walau dah topup banyak kali
maka adala part yang 'leaking'.
Jika 'compressor' atau jantung aircond ni
yang 'kong' maka kenala tukar sebijik yang
baru.
Tips: Kalau aircond kat rumah korang
tak sejuk ini dia simple trouble shoot..
1. Kipas Indoor (blower) kat dalam rumah On tapi angin yang keluar
kurang atau tak sejuk..check Penapis udara kat indoor dulu.
Kalau kotor keluarkan penapis dan basuh
dengan air sabun. Dah kering pasang semula.
Bila filter (penapis habuk) kat indoor tersumbat,
udara panas tak dapat disedut keluar oleh kipas blower
dan udara sejuk tak dapat dibawa masuk ke dalam rumah.
2. Bila kipas dalam rumah ON dan kipas kat luar (Condenser Fan) tu
tak pusing maka selalunya 'Kompressor'
pun akan ikut tak function. Sebab selalunya normal setting setelah beberapa
minit kipas luar berpusing dan selepas itu baru kompressor akan ON.
Kalau kipas berpusing cuba
rasa dengan tangan angin yang keluar tu panas ke
suam2 atau tak rasa apa..sepatutnya angin yang keluar
rasa panas sebab bila kompressor dah ON haba dari dalam
rumah dibawa keluar melalui gas aircond dalam paip dan
dibuang melalui kipas kondenser diluar.
3. Kalau Kipas kat outdoor pusing cuba
dengar samada Compressor berfungsi atau
tak..(bunyi macam peti ais)..
4. Masalah 2 dan 3 diatas untuk kenal pasti
samada kipas atau kompressor yang problem.
(Jika tak function mungkin ada 'trip' kat control
switch atau Fan problem, mungkin juga Compressor).
Jika lepas 'reset' masih tak function..berat tuh..
Jika keduanya function, Alhamdulillah. Go to the
next step.
5. Jika kipas dalam dan luar berfungsi dan
kompressor pun ON tapi rumah tak sejuk..
maka perhati kat jaring-jaring
halus belakang kipas tu..jika dah berhabuk
tak nampak sirip maka kenalah cuci dulu
sirip-sirip tu. Jika habuk tebal melekat kat sirip
udara panas yang dibawa dari dalam rumah ke luar
tak dapat disingkir keluar oleh kipas dengan
jaya.
6. Last sekali jika masih tak sejuk guna manifold gauge
untuk check samada gas kurang dan perlu ditambah.
Kesimpulan: Tips ni untuk simple troubleshoot
bagi basic normal aircond sahaja. Buatlah servis
seeloknya 6 bulan sekali bagi penggunaan kerap
dan 1 tahun sekali bagi penggunaan yang minima.
Tak pun agak-agak kalau dah lama sangat tak servis
dan aircond macam dah kurang sejuk bolehla
panggil tukang aircond servis.
Terima kasih di atas perkongsian artikel ini. Biasa berapakah caj yang dikenakan untuk servis biasa?
BalasPadamMasyaAllah sy pun dah tak pasti sekarang ratenya..
Padaminfo yg amat berguna utk aku yg tak tahu pasal ekon ni. aku nak tya ekon rumah aku kadang2 dia macam off sendiri dalam 5 minit sedangkan aku tak buat auto pun. apa masalahnya bro..
BalasPadamPossibility:
BalasPadam1.setting thermostat..kalu dah smpai tahap sejuk yang dikehendaki compressor off..
2.High Pressure..sometime aircond boleh pitam bila terdapat sekatan atau sumbatan dalam sistem. High pressure switch akan cutoff supply to compressor (Pengempar) jika berlaku arus tinggi utk selamatkan compressor dari 'kong'.
Dalam keadaan compressor ON tengok kat hujung paip tempat topup gas samaada fros,berminyak atau berair..
Berair tu normal..kalau fros dan berminyak ada masalah le tu...
,,salam saya baru menggunakan air cond jns Inverter selama 11 bukan,,dan baru2 nih ianya kadang sejuk dan kadang tidak..dah panggil pomen tapi masih timbul masaalah yang sama gak...apa nasihat serta pendapat tuan,tq
BalasPadamSalam, masalah kadang sejuk kadang tak ni susah nak cakap sebab faktor cuaca juga kena ambil kira. Bila cuaca kadang2 panas daripada biasa pun boleh jadi aircond kurang sejuk daripada biasa.. Time rasa bilik tak sejuk tu atau rasa angin yang keluar dari blower tak sejuk cuba buat langkah 2,3 dan 4 seperti diatas. Kompressor Inverter mungkin senyap sikit dari aircond biasa tapi prinsip sama... Maaf sekiranya tidak membantu.
BalasPadamSalam nak tanya..ekon saya kat bilik nie...bile on je blower?(bende bulat yg pnjang cam cilinder tu) die x berpusing pastu kat sirip2 tu ade fros..kat sirip tu sejuk sangat...dulu kalau pusing blower tu die bole gerak lagi tapi lepas tu die x berpusing langsung? ape langkah yang boleh dilakukan?? apekah masalah nye?? terima kasih
BalasPadamevaporator blower xfunction dan coil icing..bila a/c ON ape jer yg berfungsi?..maksudnya motor ON blower je xpusing?..
BalasPadambile on je..die cam senyap je..blower x pusing ..pastu rase sejuk sangat kat sirip2 tu
BalasPadamAnaloginya mcm darah tinggi..bila sampai satu tahap tekanan yg tinggi manusia akan pitam..sebab jika diteruskan akan berlaku kerosakan pada otak dan jantung....Aircond pun sama bila gas tak lancar atau tersumbat dan pressure tinggi, High-Low switch akan offkan power utk selamatkan compressor. Salah satu tandanya juga ialah icing. Kalau saya la, sy reset semula high pressure switch kat Outdoor dan check pressure pakai manifold. Kalau ok baru saya check motor blower. pusingkan pakai tangan tengok tersekat atau lancar..kalau tak sure motor yang problem, check pulak power connection point..kalu ok jugak bolehla sy kata motor blower problem. Maaf tak dapat bagi jawapan yg tepat..
BalasPadamok...terima kasih
BalasPadamsaya akan cube check ^_^
supply masuk tp tak bleh on(manual&remote).... ape masalah sebenarnya??
BalasPadamcheck supply point pakai test pen rujuk skematik..mula dari d.o.l, in/out timer, high/low swith..
BalasPadamsalam bang..
BalasPadamaircond saya dia tak sejuk..saya rasa pasai Kipas kat outdoor pusing tapi tak dengar ompressor berfungsi yang bunyi macam peti ais tu...dia bunyi sekerat..pastu diam...pastu dia macam nak start tapi tak jadi...
angin saja yang keluar dari indoor unit...
nak buat lagu mana tu...
Salam... aircond bilik ni dah 4 bulan tak on.. sbb takde orang.. sekarang bila on je fanas je.. kipas kat luar tak pusing (kadang2 pusing) leh reset ke?
BalasPadammungkin ada tersumbat mana-mana dlm piping.Pressure high dan compressor Off bila. Set suhu 16 pastu running aircond tgk indoor dan outdoor..tanda compressor On selain bunyi ada kuar air (normal) atau icing (problem) kat hujung paip outdoor. kalu berminyak..masalah besar tu..kalau thermometer problem pun boleh bikin compressor tak On..byk kemungkinan..
BalasPadamBro klu compressor panas sagat knape ek?? Aku da barai outdoor. Bile aku pggang compressor panas. Ekon niy boleh on klu compressor niy sejuk sket.
BalasPadamSy bukan pandai sgt tapi drpd pengalaman sifu2 dulu diorang
BalasPadamberitahu sy kompressor bila dah panas sgt adalh tanda2 ajalnya sudah hampir..mgkin boleh consider perkara2 dibawah.
1.Kompressor yang terlampau panas boleh off sendiri reset terma. Dalam kes ini apabila motor menyejuk secara automatik boleh reset sendiri dan memulakan sekali lagi untuk sementara waktu je.
2. Lokasi outdoor yg sgt panas juga boleh sebab overheating dan litar trip.
3.Perhati kipas kondenser tu. Time kompressor jalan dia pusing tak? Kekadang setengah jalan kipas off tak tau sebab dan gas dalam gelung jd panas.
4.Perhati sikit kat gegelung..ada bengkok,kotor atau rosak..
5.Check pressure dan pastikan gas cukup.
Bro nak tanye sikit, aircond kat rumah outdoor unit ok check blower fan dgn compressor jalan cantik, piping pun sejuk tapi indoor punya angin kurang sejuk..apa punca dia..terima kasih
BalasPadaminstallation lama atau baru?..kalu baru kena check BTU,samada HP sepadan dengan saiz ruang..kalu lama, check gas dan kena konsider juga faktor cuaca..
BalasPadamnak tanya berapa tekanan gas yang standard utk comp 1hp..dan adakah tekanan gas berbeza mengikut hp..
BalasPadambiasanya antara 65-70..bergantung juga pada ambient..
BalasPadamsalam bro..ac compressor saya x jalan. kipas jln..camna nak confirmkan comp ni kong..bila off dlm 1jam. bley jln plak..pastu dlm 3jam mati balik..capasitor tu ada sangkut paut tak ngan comp neh..tq
BalasPadamSangka buruk: Compressor kalau dah kong xjalan terus..bila compr running check pressure high & low..
BalasPadamSangka baik: dah running 3 jam bilik dah sejuk so thermostat pun cut off bila suhu dah cukup sejuk seperti di set.
Salam bro..kalau kipas luar tak pusing sebb apa ya?aircond pun dh x sejuk...kalau repair agak2 dalam berapa ratus?tq
BalasPadamJika supply kat condenser fan ada dan compressor running macam biasa suspek utama Kipas yang problem..
BalasPadamJika kipas dibantu gerak dan baru berpusing kena check kapasitor..
salam bro nk tanye la..aircond rmh sy bila set suhu sampai 16°c x lama kemudian tiba2 trip la kuar lampu merah kelip2 kt timer ape sbb ye aircond jenis inverter??
BalasPadamSalam..masalah saya sama dengan bro sham ni...lampu timer berkelip2 la,pastu tak lama aircond Automatik mati sendiri..kipas outdoor kejap jalan kejap stop..kenapa ye?
BalasPadamCheck error code kat remote pastu refer aircond manual..
BalasPadam.
BalasPadamsalam bro..nak tanya,bila sy on aircond, compressor kat luar jalan,tp dlm 3 minit dia padam sendiri.mungkin panas kot sebab kipas xpusing.sy try bukak n try pusing guna tangan.kipas ketat bila pusing.so nk tanya masalah pe eh..sbb sebelum rosak kipas de keluar bunyi sikit..tq
BalasPadamMungkin masalah kat drive shaft atau bearing..yes betul sebab haba xdapat disingkir dari sistem dan high/low pressure akan cut-off.
BalasPadamapa itu kapasity?air cond rumah xsejuk,compressor ok,bila tanya pomen,dia cakap kapasity dah lemah..kat outdoor aircond ade tulis kapasity 9045-9xxx xingat la.ape tu ek?
BalasPadamCooling capacity - unit dlm BTU untuk menyukat keupayaan menyingkir haba bagi sebuah sistem penyejuk.
BalasPadamAlternatif kita boleh cakap, lagi besar HorsePower (HP) atau KW sesebuah aircond lagi cepat haba disingkir atau suhu cepat sejuk.
Bila sistem penyejukan tak fully function maka
kapasitinya juga akan menurun..
Saudara kena tanya pomen tu kenapa kapasitinya dah low?
bahagian mana dalam aircond yang problem?
Compressor kat luar rumah bunyi kuat. Cam bunyi generator plak. Dan aircond dlm rumah tiba2 ada bunyi mcm kipas longgar bila on slps sy cuci jaring tu. kenapa ye?
BalasPadamMaaf saya tak boleh assume apa yang problem dgn compreesor dari hanya dengar bunyinya..tapi mungkin overpressure sbb ada blocking dalam sistem.(Compressor meneran). Kena check guna manifold. Kalau bunyi bubbling, buzzing atau clanking lain pulak ceritanya. Jangan biar lama takut compressor 'kong'.
BalasPadamPasal blower fan tu bunyi kipas longgar? Mungkin ada contact antara bilah dengan casing..macam something tak proper place..Tqs
Piping kat luar sejuk. Tapi kat indor tak sejuk.
BalasPadamMcm mna nak reset compressor aircond smart inveter
BalasPadamPaip kat outdoor sejuk berpeluh atau sejuk ais?..angin yang keluar dari kipas kondenser panas atau suam?..Berpeluh dan panas tanda compressor bekerja...
BalasPadamReset kat high/low pressure..tp inverter sy tak sure.Check error code kat remote.
Motor fan outdoor dan capasitor dh tukar baru. Aircond sejuk dalam 2 minggu, lepas tu dah tak sejuk. Bila monitor di kipas outdoor, kelajuan kipas tu bertukar kejap laju kejap perlahan (macam nak berhenti), berulang-ulang. Bila bertukar dari laju ke perlahan akan keluar bunyi yang kasar sikit. Any idea punca masalah? Thanks
BalasPadamCheck dan service contactor (dlm buku teks dipanggil "pemegang")..mungkin voltage yang keluar dari contactor tak cukup sebabkan ada habuk.
BalasPadamContactor recheck dan ok. Recheck semua part masa ganti motor dan capacitor. Lastly jumpa....skru ikat kipas longgar...ketatkan. Testing dan semua ok...air cond sejuk balik. Thanks bro sbb bg idea.
Padamaircond rumah ni meragam pulak. indoor unit tu ada bunyi bising mcm buzzing/hissing. tp masih lg sejuk. cuma bunyi bising tu agak mengganggu tidur...any idea apa masalahnya, bro? thanks
BalasPadamMaaf..saya tak berapa nak sure..rasanya kalau berdesir more kepada pressure..kena lepaskan sikit angin yang tersangkut tu..kasi adjust pressure bg normal semula..
BalasPadamaircond sy jenis inverter..suhu x sejuk.kt paip luar ada macam ais..apa masalah sebenarnya?
BalasPadamkalau satu paip icing biasanya samada gas kurang atau paip tersumbat sedikit...
BalasPadamkalau kompressor mcm xleh nak start(semput2 tapi xhidup pon) kompressor rosak la kan??
BalasPadamcheck dulu kapasitor...kapasitor kalau problem sama macam starter lampu rosak..lampu bkelip-kelip tapi tak nyala.
BalasPadammcm mana mahu check???
BalasPadamselalunya sy off aircond sebelah yg Ok pinjam kapasitor jap then test..ada pantang larang jugak nak cabut kapasitor kena
BalasPadamdischarge dulu..sila youtube maybe ada.
salam bang
BalasPadam1. saya plan nak cuci fin kat outdoor guna air sabun je, guna penyembur air (spray bottle). persoalannya , bole sembur gitu2 je ke,,,,tak de pe2 effect? takut gak ni, 1st time nak buat..
2. utk fin kat indoor pulak, ada ke cara terbaik nak cuci selain lap guna kain basah?
harap boleh bantu.....TQ
Salam,kalau fin dah berkarah biasanya kena spray ngan chemical khas dulu..dalam 5-10 minit baru tembak dgn water jet..sembur pakai getah paip pun boleh dan berus dengan air sabun..kalau spray bottle xtanggal habuk tu.
BalasPadamSy cadang panggil org yg mahir bukan apa sebab ada part-part
elektrikal dalam outdoor tu bimbang jika terdedah dengan air..kalau indoor just cuci filter je.
Salam bang...
BalasPadamSaya nak tanya...aircond saya bila first time on switch semua ok....tapi bila off dan on balik, unit luar dah tak berfungsi.....untuk pengetahuan aircond baru je dipasang oleh technician lepas pindah ke rumah baru....tapi jika tunggu 3 atau 4 jam then on balik, semua berfungsi macam normal balik....pening2....harap dapat membantu....
Salam,basic switch yg control compreesor ada 2, satu Hi/Low pressure switch dan satu lagi thermostat. Cuba masa nak ON semula set temperature paling rendah kpd 16.Jika sama 3-4jam baru compressor nak ON mungkin Hi/Low pressure switch yg tunggu pressure back to normal sebelum On semula.
BalasPadamto wehadjoy at march 11 2013, at 12.16 AM
BalasPadamterima kasih byk2 bang...
Brgds
salam, sy baru pindah rumah lebih kurang sebulan, aircond dari rumah lama pasang kt rumah baru, hari pasang aircond ingat tak sejuk tu biasa la, tp esoknye aircond tu mmg x sejuk, panggil balik technician check, dia kata ade minyak dlm piping aircond tuh, dia dh cuba keluarkan, tp still ader lg minyak katanye.. aircond still lagi x sejuk lepas dh keluarkan minyak dan masukkan gas hingga sekarang. Mohon pendapat ape yang boleh dilakukan. TQ
BalasPadamSaudara cuba perhati ada tak simptom lain cthnya compressor xOn,aircond On-off,icing,kipas x run dan sbgainya..
BalasPadamMinyak dlm piping biasa ada sikit2..tapi jika byk boleh tersumbat kapilari tiub..dah cuba keluarkan tu camana?..amalan yg baik kosongkan sistem,flush,pasang filter drier,ganti tiub kapilari dan recharge semula gas...
compressor on, aircond on, kipas on... icing tu macamne nk check..technician dh keluarkan, tak tau la camne dia buat.. dia masuk gas..pastu keluarkan gas tu balik...gas keluar dgn minyak skali..mcmane nk kosongkan sistem, flush, pasang filter drier dan ganti tiub kapilari tuh?????
BalasPadamJika semua tu technician dah buat sepatutnya takde masalah kecuali compressor yg ada hal..cuba tanya betul2 pada technician yg check aritu..apa masalah sebenar aircond saudara, mcmana minyak dr compressor boleh masuk semula dlm piping selepas dikeluarkan...
BalasPadamok. tq atas bantuan...
BalasPadamKnape air con jd xsejuk n kat outdoor suhu dia xpanas ...sejuk je...
BalasPadamhaaha
BalasPadamaircond bekerja dgn compressor mengepam gas R22 ke sepanjang saluran yg bertutup..haba yg panas dari dlm rumah (indoor) akan dibuang semasa melalui outdoor..sbb tu angin dari kondenser fan kat outdoor akan rasa sedikit panas..
BalasPadamJika aircond tak sejuk samada..compressor tak ON,fin berkarah,gas tak cukup..dr situ pecah lagi..kenapa compressor tak ON,gas kenapa kurang..dan sebagainya....
BalasPadamFLASHBACK......
Anonymous at February 2, 2013 at 2:49 PM
aircond sy jenis inverter..suhu x sejuk.kt paip luar ada macam ais..apa masalah sebenarnya?
Wehadjoy at February 4, 2013 at 12:10 AM
kalau satu paip icing biasanya samada gas kurang atau paip tersumbat sedikit...
ASSALAMUALAIKUM....
nak tanya sket...agak2 ...paip yang mana tersumbat...paip icing ke? camne nak buat kalau tersumbat?
Wslam..tersumbat kat tiub kapilari atau filter drier..amalan yg baik kosongkan sistem,flush,pasang filter drier,ganti tiub kapilari dan recharge semula gas...
BalasPadamAsalam..nk tnye klu on aircond,kpas kt outdoor x smpai 8 mnit mati sndri..of,on blik pn sme..tnggu 3,4jam on..kpas jln tp jd blik..ape msalah nya
BalasPadamSalam...nak tanya klu acon berair mcmna ek?
BalasPadamSalam..
BalasPadam1.Condenser Fan off selepas 8 minit - high/low switch cut off supply to compressor & Fan sebab pressure high. Sy tak sure keadaan aircond saudara camana..kena check pressure dulu untuk confirmakn.
2. Aircond berair kat mana?..kalau paip luar yang berair normal.
kat dalam umah..aircond da liking.da macam air terjun hehehe...air samsung 1.5hp
BalasPadamKalau bahagian indoor berair mmg normal camtu..Cuma Yang jadi air terjun tu ada sbb2nya.
BalasPadam1.gradient/levelling pemasangan paip untuk discharge air keluar tu xbetul.. Kecondongan tinggi dibahagian yang sepatutnya air nak ngalir. Jika aircond baru pasang dan yang pasang tu kawan, karate tengkuk dia sket.
2. Tersumbat ngan bendasing sekiranya sebelum ni xpenah berlaku.. Cicak/tikus lemas mampus dlm piping masa dia dahaga nak minum air yg sejuk. Pernah jadi kat aircond aku
Tq....da adjust level acon.skrg x liking lg hehehe....x dpt nak karate tengkuk sbb hr tu upah co bt.rugi i bayar tau
BalasPadamThank you for sharing...Sharing is caring :)
BalasPadamNak tanya, aircond satu bilik tu tak sejuk.rasa angin je. kipas outdoor jalan indoor pun jalan.masalahnya lepas 'on' beberapa minit dia off sendiri. saya tekan reset boleh 'on' balik..tak lama lepas tu dia off balik sendiri..sebab apa ye?
BalasPadamsalam..sy ade ac 2hp jnis casset.bru on tp comp xnk jln.blower je hdup..bunyi comp nk hdup tp nk xnk hdup.pastu body comp cpt pns wlaupun xnk jln...sy dh tkar capasitor bru tp ttp sme gak..tlong wt penjelasan yg lngkap ye
BalasPadam.
Salam,nak tanya aircond rumah saya pulak kejap hidup kejap mati dengan sendiri,kenapa ya.
BalasPadamSalam,nak tanya aircond rumah saya pulak kejap hidup kejap mati dengan sendiri,kenapa ya.
BalasPadamKalau aircond leaking kat indoor unit plk apa puncanye dan cara mengatasinya..blh tlg jlas kan
BalasPadamSalam....nak tanya,acon x blh on pas2 lampu timer kelip2. ..napa ek?
BalasPadamSlm bos...sy nak tnya..klu a/c kena petir kipas kdg2 on..kompres on tp bila uda on dlm 10 mint kipas off trus tk hidup n tk sejuk..so sekirany kapasitor yg rosak..ble tunjuk ajar cara tukar kapsitor
BalasPadamsalam bos nak tanya, kipas outdoor aircond de jual ke kat luar.sbb sy punya da patah satu bilah kipas.model york 1hp.berapa agaknya harga?
BalasPadam2. outdoor bunyi bising sebelum ni.lepas tu kipas terus xpusing.masalah motor or kapasitor yer? bape kos utk kedua2 brg.tq boss