Jumaat, 31 Oktober 2008

Remove Bluetooth!

Teknologi bluetooth boleh menyelongkar isi handphone anda dari jarak 1KM! Percaya?
Notis diatas dikeluarkan pihak berkuasa luar negara agar tidak meninggalkan laptops
dalam kereta kerana ia boleh dikesan melalui gadjet Bluetooth.
Bila berada dikawasan orang ramai sila hide atau off bluetooth untuk mengurangkan
risiko terkena virus atau digeledah. Almaklumlah mana tahu ada ambik gambar seksi
sendiri simpan dalam handphone..hah jahanam satu Malaya tahu!

Khamis, 30 Oktober 2008

Pasaran Saham dan Krisis Kewangan

Krisis kewangan dunia turut menjejaskan pasaran saham di malaysia..
chewah ayat macam pembaca berita je..Sebagai rakyat Malaysia yang
prihatin kita mesti ambil tahu (bukan tauhu!) berkenaan pasaran
saham sekarang. Tengokla graf syarikat ni. Start bulan April mula
dah jatuh sampai sekarang dan aktiviti jual beli terhenti kerana
minat pelabur untuk melabur kurang. Iyela kalau kita pun nak
melabur mestila nak pulangan kalau melabur tapi rugi tak
berbaloi le..Syarikat bila tiada pelabur maka aktiviti perdagangan
terhadla berikutan bajet yang kurang. Mungkin krisis 98 dulu
menyebabkan kita kurang merasa kesan krisis sekarang ni.
Index komposit sekarang pun dah turun bawah 900 mata.
So aku advicele kalu sesapa ada duit lebih bolehla melabur sikit2
dalam pasaran saham sebab ada syarikat yang harga tengah
jatuh lebih 50%..InsyaAllah bila pasaran dah ok bolehla jual untuk
dapat profit. Bayangla kalau sekarang beli 1 saham 50c tahun
depan harga sesaham naik RM2..beli 10ribu unit pulak tu..
pergh lumayan....


Rabu, 29 Oktober 2008

Hujan Oh Hujan!

“... Dan engkau lihat bumi ini kering tetapi setelah kami turunkan air (hujan) padanya,
ia menjadi lembut dan subur dan menumbuhkan pelbagai macam tumbuhan dan
buah-buahan yang cantik dan lazat.” (Al-Hajj: 5)

Begitulah Maha Suci Allah menjadikan hujan untuk faedah manusia. Selalu kita
dengar orang merungut tentang hujan.."susahla camni nak gi keje hujan plak..!"..
"Hari2 hujan susahla macamni!"..Lebih kurang macamtula dialog yang selalu
kita dengar. Nauzubillah!..Hujan itu rahmat, elok kita berdoa semasa hujan
turun dan bayangkan pulak jika kita merungut, memaki..waktu itu.

Foto ni aku snap dari office. Cuma setempat je yang hujan kawasan lain masatu terang.
Macam air terjun!


Selasa, 28 Oktober 2008

Marryland Chicken - Chicken Chop

Sebelum balik singgah makan kat Kg Baru. Kalu turun Kl sure pi sini makan.
Tapi.. dulu Chicken Chop punya sos special skit kuah macam Chicken Chop KFC
tu tapi sekarang macam letak sos je..
Air mango pun kaler dah pudar je, jika nak dibanding dulu nampakla kuning
mango tu..(Rm2.50) Aku order Marryland Chicken lebih rm1 daripada
Chicken Chop. (RM9)..
Bro waiter tu inform bezanya cuma Marryland Chicken bahagian dada,
Chicken Chop part lain. Bila makan rasanya macam makan nugget cecah sos..sebijik!


Gadis di pinggir kali..

Dari carpark ke STAR Bukit Jalil ada sungai dan ramai juga fellas memancing dan ada juga yang menjala di situ.
Elok juga masa lapang dipenuhi dengan aktiviti berfaedah seperti ini. Daripada 'dating' perabis duit kat shoping complex baikla sekali sekala beriadah kan...sweet moment tu...huhu (sporting tu aweks ni ek!)

Testimonial - Gear baru!

Agak menawan juga output daripada gear baru ni..TTL Flash baru baca manual tapi yang tak tahan sebiji bateri AA RM22..2biji?? Rm44 hengget! Agak costly bila involve dgn photograhy ni. Tapi bagi aku "Something is better than nothing" mcm skill investing juga..Mungkin akan jadi sangat berguna pada suatu masa. Wat masa skrg aku dah invest banyak sektor..so Photography ni salah satu cabang investing..










Khamis, 23 Oktober 2008

DSLR MANIA!

Oh! Nafsuku tak terbendung lagi melihat Flash TTL itu lantas aku pun tanpa berfikir panjang terus je deal
angkat satu lagi DSLR. Jadi takde masalah nak tukar lens bila shoot..bawa sekali dua hahaha...Mula cadang
nak angkat Flash je..7rat-lebih..alang-alang menyeluk pekasam angkat sekali Body ngan Lens....
Weekend turun KL jalan-jalan testing kamera baru...haha