Selasa, 26 Mac 2013

Cinta Tali Raket Badminton

Kalau dah biasa main badminton ada perasaan
yang suatu masa kadang-kadang boleh rasa dan seterusnya
boleh menjangka apa yang akan berlaku seterusnya..

Perasaan itu datang bila...
1. bola 'Drop' tak jadi
2. Smash bola belon pun tumpul
3. backhand tak lepas
4. Rally out memanjang
5. bola net jadi belon
6. raket orang lain rasa best
7. shuttle jadi slow
8. Service madang short
9. baru main satu set rasa nak balik

Memang sahih dan nyata itulah tanda
tali raket nak putus!





Sabtu, 16 Mac 2013

Suara Panggilan Ku - Prebet Lapok



Lagu tema filem Prebet Lapok (1979) ini menyeru
para pemuda menyertai tentera untuk membanteras
komunis di Malaysia pada waktu itu.

Kassim Masdor sebagai pencipta lagu dan Yusnor
sebagai penulis lirik memberi kesan mendalam
dan semangat kepada pendengar.

Cara-cara video ini disunting:
1. Split video lagu dan tukar kepada format audio.
2. Potong bahagian-bahagian cerita yang berkenaan
dengan lagu.
3. Masukkan lagu dalam trek video.
4. Susun/trim video yang dipilih tadi mengikut
kesesuaian lagu.
5. Masukkan lirik



Selasa, 12 Mac 2013

Pembelian Novel Serang Hendap Ulu Legong Online



Novel sejarah Serang Hendap Ulu Legong sudah boleh
didapati secara online.
Harga senaskah rm20 dan harga pos rm6.50. Jika beli
dua buku harga posnya cuma rm8.
Klik disini untuk Pembelian Online



Rabu, 6 Mac 2013

Darah Satria - Gempur Wira



Ini adalah second editing untuk lagu tema
filem Darah Satria ini.

Editing sebelum ini agak meleret tapi kali ini
Filem berdurasi 1jam lebih ni diringkaskan
menjadi 3 minit lebih sahaja.