Selasa, 28 September 2010

Reunion 100









Selamat Hari Raya Aidilfitri buat warga reunion 100. Semoga dirahmati dan diberkatiNya.
Atas sebab blog limitation image diatas terpaksa dikerat 8 untuk dimuatkan dalam blog ini.
Untuk mendapatkan full version sila tinggalkan email kat comment.

Ahad, 26 September 2010

Selamat Hari Lahir Atuk!

Selamat Hari Lahir Atuk!.. Walaupun anak cucu berjauhan tapi dengan jalur lebar dan
aplikasi Skype hari jadi atuk dapat diraikan bersama. Jadi apa tunggu lagi..Langgan
broadband dan install Skype.

Aplikasi Skype boleh dimuat turun di: http://www.skype.com/go/downloading


Tulisan Gua (Writing Cave)


Tulisan gua atau writing cave adalah menjadi petunjuk tentang adanya kehidupan manusia zaman purba yang mendiami gua-gua sebelum pupus akibat hentaman meteor
atau berlakunya migrasi seiring perubahan cuaca dunia.

Pada zaman jalur lebar menuju status negara maju ini, tulisan gua ini masih
lagi wujud. Ini menunjukkan spesis manusia zaman purba ini juga masih wujud.

Kajian yang dijalankan baru-baru ini mendapati spesis manusia purba ini
tidak lagi menulis di gua-gua tapi menconteng di:
1. Lif yang tiada CCTV
2. Tiang-tiang
3. Tembok
4. Tandas awam
5. Telefon Awam
6. Hentian bas
7. belakang seat Bas

Jelas sekali manusia purba ini jenis yang suka-suka nak menconteng mana-mana tempat tanpa memikirkan kesan kepada orang sekeliling. Cuba bayang dalam lif tertulis perkataan lucah atau perkauman. Bila budak-budak mengeja lepas tu tanya kat mak dia apa itu "#&%$@8" ha siapa nak jawab...?
p/s: Contoh gambar diatas adalah Writing Cave yang tidak mengandungi perkataan lucah atau perkauman bagi menjaga sensitiviti pembaca.


Selasa, 21 September 2010

Almond London RM10



Seminggu lepas raya jalan-jalanla kat pasar malam
Jalan TAR. Takla crowded sangat macam sebelum raya.
Still lagi ada peniaga yang menjual kuih raya.
Tapi yang paling mencuri tumpuan aku adalah digerai
yang menjual semua biskut dengan harga rm10.
Kira murahla juga jika dibanding harga sebelum raya.

Kuih raya rm10 bukanla yang menghairankan..tapi yang
jadi pelik tinggal Almond London yang banyak..biskut
kacang, nestum cuma tinggal 2-3 bekas je.

Kenapa ek?.....

Sirih Junjung gaya moden

Sirih junjung dalam masyarakat melayu adalah sinonim dengan majlis pertunangan. Jadinya ia memang takkan dijumpai dalam majlis hari jadi atau berkhatan anak
jiran sebelah rumah anda.
Nak bagi lagi cantik gubahan, daun sirih ini perlulah yang segar dan lebar. Bukan macam yang si Amen ambik tu.

Daun berlubang-lubang pastu ambik beberapa helai boleh dikira dengan jari. So tukang gubah pun membebel sambil ketawa.."Kalau banyak ni
nak balut %^&$% kau bolehla"..haha (aku tumpang gelak..).
Alkisah..petang tu bapak Amen pulak bawakan daun sirih baru..banyak dan segar.
"Ha ini daun sirihnya..aku ambik kat umah Wak..aku panggil-panggil takde orang
menyahut..besoklah aku beritahu dia.." ujarnya..

Hah..ambik tak beritahu pulak dah..macam-macam..

Dalam kes nak buat sirih junjung ni ada request dari bakal petunang
supaya sirih junjung diletak dalam tapak yang disediakan ala-ala
piramid. So sebagai bekas 2-3 kali Juara menggubah Sirih Junjung peringkat
kampung maka si tukang gubah pun memulakan kerjanya.
Lipat punya lipat cocok punya cocok..akhirnya siapla gubahan Sirih Junjung
seperti yang dikehendaki.





Kill Ants Bait (Umpan bunuh semut)


Pening juga dibuatnya kalau rumah ada semut.
Paling tensen siap dok attack kat peti sejuk pulak.
Kalau tahu mana sarangnya senangla nak dikerjakan.
Ini tak tahu mana datangnya. Pantang lambat sikit
angkat gelas atas meja dah datang dah...


Dipendekkan cerita permasalahan telah dibentangkan
di Dewan ahli undangan majlis mesyuarat tingkap
dan dicadangkan oleh Cik Kiah untuk menggunakan
"Ubat Semut".

"Ko guna je ubat semut..umah aku dulu pun banyak
semut tapi lepas guna, semut dah takde lagi.." ujar Cik Kiah.

Puasla aku nak imagine rupa ubat semut tu..

sambung Cik Kiah.."Ubat tu ada dijual kat pasar malam ko cari je.."

Tak pernah aku dengar ubat semut inila first time..
Setakat ubat nyamuk pernahla tengok.

Setakat itulah ceritanya sehinggalah semasa membeli-belah tingkap
(Window Shopping) masa bercuti di kampung aku ternampak paket bertulis
"Kill Ants Bait" di sebuah kedai serbaneka.

"Soheh! inilah ubat semut yang Cik Kiah ceritakan dulu.." kataku dalam hati..

Ubat semut itu rupanya berbentuk serbuk berbau wangi sebiji macam horlick..taburla
sikit-sikit kat tempat-tempat strategik yang mana dipercayai tempat
laluan semut.

Tapi sebelum aku tabur ubat semut tu..aku dah perasan tak nampak
semut pun kat umah aku. Hasil survey selepas 2-3 hari selepas itu
didapati ubat semut tak terusik dan semut langsung takde..

Alamak macam misteri le pulak....huhu

Jumaat, 17 September 2010

Lukisan Cat Minyak diatas Kanvas

Seni itu indah,
Indahnya seni itu,
Aku ni orang seni,
Seniman agaknya...


Jalan-jalan kat pasaraya ada sale lukisan cat minyak..mula-mula ingatkan
lukisan print..tapi bila tengok betul-betul memang ori punya painting.
Lukisan ni just ada frame tapi takde cermin so boleh rasa ngan tangan tekstur
kalernya..
Macamanala karya seni ni boleh dijual kat pasaraya siap dengan diskaun
lagi tu..kesudahannya beli le dua...berbaloi-baloi..hehe... (< RM15)

Molly Norris dan publisiti murahannya...


Molly Norris seorang kartunis wanita yang mencadangkan di laman facebooknya 20 Mei sebagai "Hari semua orang lukis Muhammad" akhirnya menyembunyikan diri selepas dinasihatkan FBI (Biro Penyiasat Persekutuan) dan laman webnya juga telah ditutup. Dalam kenyataan yang lain dia memohon maaf dan meminta 'hari' itu dibatalkan.

Sejak dari zaman nabi dulu pun puak-puak kafir telah menyebarkan fitnah
terhadap nabi.

Firman Allah didalam Surah Al-Kauthar:

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). [1]
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). [2]
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). [3]

Rabu, 15 September 2010

Ketupat Kambing

Hari Raya bertambah meriah jika tetamu dihidangkan
dengan ketupat kambing ini..hihi..



Melentur buluh biarlah dari rebungnya..

Pohon buluh banyak didapati di paya-paya atau kebun di kawasan kampung.
Semasa zaman kanak-kanak dulu pokok ini kegunaannya untuk buat
batang joran, meriam buluh, batang jerat sembat, senapang terung pipit
dan lain-lain. Kegunaan lain di kampung untuk buat galah jolok kelapa,
batang lemang, lantai pondok dan banyak lagi.
Pohon multi-kegunaan ini terkenal dengan peribahasa yang dikaitkan
dengannya seperti "Kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya".
Bukanla bermaksud rebung tu boleh dilentur, kalau rebung yang dilentur
patahla jawabnya. Semasa pohon buluh sebesar ibu jari masa tu
pohon buluh ini senang untuk dilentur, kalau dah besar batang lemang
masatu nak lentur dah tak boleh kecuali ditebang sahaja.

Peribahasa melayu ini mengajar kita dalam mendidik anak hendaklah
dari kecil lagi. Perkara pokok adalah solat. Jika dari kecil diajar dan
dilatih untuk bersolat insyaAllah bila besar anak-anak itu akan terus
mengamalkannya. Wallahualam..

Rajin-rajinla check resit..

Kepada rakan pengguna sekelian. Dinasihatkan rajin-rajinkanlah diri
untuk memeriksa resit bayaran agar tidak berlaku kerugian akibat
kesilapan cashier seperti yang berlaku kepada aku baru-baru ini.
Kejadian berlaku di sebuah Pasaraya Besar.


Sekali imbas macam ok je..2 kali imbas nampak macam ada yang tak kena.
Sepatutnya Banana cake tu ada diskaun tapi tak ditolak dalam resit.
Nasibla terperasan dalam kereta lagi..pastu pergi kaunter customer service
minta penjelasan tentang resit dan tanpa banyak soaljawab petugas di kaunter
terus refund harga yang tidak ditolak
.

Sefamily Online Pesbuk..

Inilah rupanya ADSL Wireless Router. Sefamily boleh Online Pesbuk..hihi

Test speed..pakej basic dah memadai..

Kemain seronoknya cuti hari raya di kampung pada tahun ini.
Almaklumlah rumah di kampung sudah dilengkapi dengan jalur lebar
(Broadband) dengan serendah rm38 ringgit siap dapat netbook.
Dari anak sedara yang kecil sampaila kepada maknya..
semuanya mengambil kesempatan masa terluang terus meng'online'kan diri.
Pakej yang diambil cuma basic 384Kb..tapi puashati juga sebab
boleh guna Skype dan Wifi berjemaah.
Untungnya guna Streamyx ni takde nak had-had penggunaan
seperti perkhidmatan Wireless Broadband.
Bayangkan ada provider broadband yang bagi 1GB++ penggunaan dengan kadar
rm48-rm68 sebulan...alahai banyak manala 1GB tu..
Guna streamyx ni berbakul-bakul aku download mp3..senyum je hehe..hari hujan
pun maintain je speed..kalau wireless Broadband?...makan hati berulam jantungla..haha

Sabtu, 11 September 2010

Parking paling mahal...


Parking paling mahal?...
Argghh..kena lagi dah saman parking..update dari MYEG melalui email aku menyatakan jumlah saman ada 2 berjumlah rm140 yang perlu dijelaskan. Kalau aku parking dalam kompleks pun baru seringgit..parking tepi jalan rm70 maa…kira parking paling mahal dalam hidup aku le tu..
Apa nak dikata..bayar ajela..

Memetik laporan sebuah akhbar:
KUALA LUMPUR: Sejumlah 53 peratus atau 2,289,946 daripada keseluruhan 4,318,651 jumlah saman lalulintas yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahun lalu sudah selesai dibayar.
Terfikirlah aku..Dari 4 juta saman tu kalau ambik separuh daripadanya darab dengan rm300..maka:
2,000,000 X rm300=rm600,000,000. (Enam ratus juta)..
Itu jumlah tahun lalu..belum termasuk tahun lepas-lepas dan tahun akan datang…hasil saman je dah melebihi setengah billion…
Kisah saman aku tu bulan depan nak hidupkan roadtax motor dah tentulah nak kena settle dulu saman tu..diskaun pun dah takde…

Nota: Berhati-hati di jalanraya dan patuhi isyarat lalulintas. Keselamatan diri anda paling utama. Duit bukan segala-galanya..huhu
Lagi satu daftarlah saman alert yang disediakan MYEG ni..tidakla terkejut sangat
masa nak renew roadtax nanti.

Selasa, 7 September 2010

Perjuangan belum selesai..


Jam dah 6.30pm..keje tak siap lagi nih..report esok nak kena hantar.
raya pulak dah dekat..satu benda pun tak beli lagi..sebab gigih nak
menyiapkan monthly report ni..bbuka kat kedai mamak le nampaknya harini..
Tapi lepas baca tentang penyakit bawaan warga asing kat blog hanief
terus kembang tekak aku nak makan kat kedai mamak..emm..jalan sikitla
gi seberang jalan ada bazir ramadhan. Selamat bbuka puasa!

Ahad, 5 September 2010

Umur mengikut perkiraan tahun Hijrah

27 Ramadhan adalah hari lahirku mengikut perkiraan tahun islam.
Mak pun tak pernah beritahu yang aku dilahirkan 27 ramadhan.
Iyelah anak dah ramai-ramai manala nak ingat sorang-sorang.
Possibility hari itu ada LailatulQadar sangatla tinggi..berkat selamat.. :-)
Aku tahu pun bila check kat Dates Converter..

Dan bila dikira dalam pebezaan umur aku mengikut kalendar Hijrah
dan kalendar Gregorian bezanya adalah setahun!
Maknanya umur kita kita sekarang sebenarnya lebih setahun dari
kalendar yang kita ikut sekarang...insaf.. :-(

Sempena malam 7 Likur ini..Selamat beribadah..mudah-mudahan
kita dipertemukan malam 1000 bulan yang dijanjikan itu. Amin....


BLR punya hal..

Suatu pagi yang tak berapa indah aku terima SMS dari bank
maklum payment loan sangkut. Padahal tiap-tiap
bulan aku tak delay nak bayar. Adat meminjam
kenala pulangkan..pesan orang tua kita biar miskin harta
tapi kaya dengan budi..tapi pulang mestila lebih
sekali atau 2-3 kali ganda..tak percaya korang
kiralah sendiri guna loan calculator...Okeylah itu
bab lain. .

Tengahari aku gagahkan diri ke bank yang kononnya
nampak macam islamic sangat sebab mungkin tokeynya
orang arab. Customer tak berapa ramai so cepatlah aku
dilayan setelah ambil nombor giliran.

Pegawai bank wanita looks melayu dan freehair melayan pertanyaan
aku.

"Cik boleh checkkan payment loan saya nape sangkut ek?.." tanya aku
sambil cuba tersenyum..

"Bagi IC encik.." pintanya..

"Oo..ni sebab bayarannya tak cukup jadi sistem tak boleh deduct
dari akaun.." jawabnya.

"Macamana tak cukup sebab aritu suruh bayar sekian-sekian ni kata
tak cukup pulak.." tanya aku semula.

Pegawai bank tadi pun call someone untuk confirmation agaknya..
Masa tu aku terpandangla loket rantai salib yang dipakainya..emm ingatkan
islam..confuse jugak aku seketika..

"Encik..sebabnya BLR dah naik..jadi bayaran pun ikut naik so encik
kena tambah sebanyak ini untuk membolehkan bayarannya cukup
dan barulah sistem boleh deduct dari akaun..selagi tak cukup sistem tak boleh nak deduct..."
jelasnya..

Aku pun tanya lagi.."Cik, bank tak inform apa-apa pun kat saya pasal BLR naik..
kalau saya tak datang tanya memang tak tahula..salah saya ke kalau payment
sangkut...?"

Pegawai tadi terdiam sekejap..selepas itu menjelaskan.
"Memang mcmni pun setiap kali BLR naik bank akan ikut.."

Pendekkkan cerita setelah faham dengan penerangannya dan aku pun bagi
soalan penutup...

"Cik, kat sini boleh tukar duit raya tak.." tanyaku berharap.

"Maaf encik, duit kat sini yang lama-lama je.." ujarnya.

"Emm.. takpela kalau gitu..Ang Pow ada tak?.." tanyaku lagi.
tak dapat rotan akar pun berguna..takla aku balik kosong.

"Ada..ada.." jawabnya sambil membuka drawer mengambil AngPow.

Hehe..bolehla aku berlagak kat opis nanti dapat sarung Ang Pow free..

Pesanan: Untuk korang yang ada buat loan yang bersangkut dengan BLR untuk
2010 sahaja BLR naik sampai 3 kali..so kalau dah meminjam tu tak kiralah
naik camne pun siap sedialah membayarnya yek..

Rabu, 1 September 2010

Al-Quran format Flash



Email dari sahabat saya Khairul Aidi..sy forwardkan untuk rakan-rakan sekelian..


Salam untuk semua.
Ini adalah HADIAH & untuk tatapan saudara ku sekelian.
Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah. Kita boleh tengok Al-Quran, boleh pilih nak Al-Quran yg mana satu, boleh buka muka surat yg kita nak, memang boleh selak-selak mukasurat Al-Quran ni & siap ada kanta kalau nak besarkan ayat Al-Quran tersebut.
Cubalah tengok dulu & click kat url nie...semoga kita diberkati Allah SWT.KLIK DI SINI. http://www.quranflash.com/en/quranflash.html
Hadiah utk kamu semua. Tak payah beli quran. Tapi jangan langkah komputer ni.
Buatlah macam senaskah qura'an juga.Kalau pun malas nak ambil qura'an atau untuk kaum perempuan kalau yang datang haid tak menjadi masaalah..
Sekurang2 nya kalau di pc ni boleh klik saje.
Selamat membaca.
Kalau tidak keberatan fwdkan kepada kawan2 lain. Semuga yang mencipta QURAN FLASH ini mendapat pahala dan ganjaran dari ALLAH.