Jumaat, 15 November 2013

Candy Crush Level 500

Aktiviti memecah gula-gula akan bersambung di lain
episod kerana kerja-kerja buat jalan sedang dilakukan
untuk destinasi seterusnya...haha



Ahad, 20 Oktober 2013

Proton Wak Segan

Pada tahun 2010 dahulu Proton dan Volkswagen
cuba untuk bekerjasama tapi tak tahulah kenapa
tak jadi.
Aku punya fikir kalau kerjasama strategik itu
menjadi tentulah design kereta proton sekarang
kearah Polo atau Golf. Enjin pakai Satria Gti
cukup..lagipun kat Malaysia ni bukan boleh bawa
kereta laju pun..
Copy paste sudah macam perodua yang pakai
design Daihatsu dan Toyota.
Aku boleh kasi gerenti Proton boleh beat Perodua
kalau pakai design Volkswagen guna enjin
Satria GTi atau Putra pastu harga lebih kurang
Myvi dan epik namanya Proton Wak Segan!



Jumaat, 18 Oktober 2013

Volkswagen GTi alkisahnya..

Sememangnya menjadi idaman sekian lama untuk
memandu kereta bertransmisi 7 kelajuan ini
dengan pecutan melebihi 200 Km/j
di jalanraya dengan bergayanya.
Itulah dia si seksi Golf GTi yang harganya
mencecah 220 ribu. ringgit Malaysia.

Foto ni aku snap masa autoshow kat Martrade 2 minggu lepas.
Bukan apa teringin nak tengok VIOS baru tapi yang peliknya 
Toyota tak join pulak autoshow ni..ish kepelikan disitu.
Layankan aje VW ni..memang terbaik..


Tapi yang tak bestnya banyak review kondem gearbox
VW ada problem..sebabnya suhu negara dan kesesakan
jalanraya di Malaysia yang tak sesuai dengan teknologi
eropah ni. Contoh review seperti dibawah:

Pengajarannya sebelum beli kereta elokla selidik
betul-betul dan baca review owner kereta.
Setakat tingkap tak boleh turun boleh maap lagi
tapi kalu gearbox yang meragam..menangis wak!


Isnin, 7 Oktober 2013

Pesanan Tegar untuk peminat di Malaysia

Pesanan budak 12 tahun kepada peminatnya di Malaysia.
Artis Pop Malaysia pun belum ada yang buat pesanan-pesanan
begini. Wallahualam...


Rabu, 11 September 2013

Susu S26 Naik Harga RM2

Susulan kenaikan harga diesel dan RON95
sebanyak 20sen yang lepas, menteri Pasola
menegaskan kenaikan harga barang tidak
akan berlaku..Sementara itu ulam masak
lemak (ulamak) kerajaan menyatakan bahawa
kenaikan harga adalah ketetapanNya..

Seperti dah sedia maklum dan dijangka
harga barang tetap akan naik. Contohnya
susu S26 ni..bukan 20sen-30sen naiknya..RM2..


Ahad, 8 September 2013

Impak minyak RON 95 naik 20sen

"Apala setakat 20sen minyak naik kan.."

Perghh..sangatla bongkak punya statement..
waima bapak kau ada telaga minyak kat belakang
rumah pun toksah le nak peleceh nilai 20 sen tu...

Bagi yang tak nampak nilai 20sen yang naik tu
secara senangnya meh sini aku tunjukkan..


Jadinya bersedialah nak menghadap kenaikan
harga barang dan caj perkhidmatan sebanyak 11%...
Pastu kat surat khabar pun bagitau harga rumah
akan naik 10%..eh logik apa...
Eh..tadi kata apa nak kecoh 20sen je....

Khamis, 29 Ogos 2013

Ujian Sikap Sosial

Selesai menjawab 46 soalan dan keputusannya adalah
seperti berikut. Bagi aku eloknya bersederhana
dalam politik. Selagi berpegang kepada Al-Quran
dan Sunnah manusia tidak akan sesat.















Link: Sosial Attitude Test

Sabtu, 24 Ogos 2013

Sekarang Kau Lihat Aku

Selesai nonton filem ini..memang mantap
jalan cerita dan watak-watak dalam filem ni.
Kisah pasal magic show je tapi dah ditambah
serbuk kari melayan tengoknya..

Bagi aku filem yang bagus bilamana kita tak
dapat jangka apa yang berlaku selepas itu..
barulah betul namanya cerita..
Kunci cerita ini adalah budak ni ha...

Khamis, 22 Ogos 2013

Petua Pilih Buah Tembikai Merah

Tembikai atau Semangka memang sangatla sedap
dimakan lebih-lebih lagi time cuaca panas.
Makan memangla sedap tapi cabaran semasa nak
beli buah tembikai adalah seperti berikut:

1. Harga
2. Berat nak dipikul
3. Isi dalam

Harga:
Tentulah nak murah kan..meh fokus kepada
tembikai bulat merah sahaja. Harga tembikai
merah dalam lingkungan rm1 ke rm3 sekilo.
Tesco kekadang jual sekilo rm1.19 kekadang
rm1.89..kalau kedai biasa dari rm2.50 ke rm3.
Ada juga gerai tepi jalan yang jual 3 biji RM10.
Tapi yang jadi pelik kalau gerai tepi jalan jual
tembikai sekilo rm3..hamboi ko pakai baja
taik burung flaminggo ke?

Berat:
Sebiji tembikai saiz S beratnya dah sekilo lebih
kalau takde troli janganla berangan nak cibit
plastik dengan tembikai 3kilo setengah kat dalamnya.
Baru tembikai, belum minyak masak, sabun basuh
hah tertonggengla laki bini nak ngangkut naik ke rumah
tingkat 15.

Isi dalam:
Part ni yang sangat subjektif tapi tips kat
internet yang aku cuba ada juga betulnya.
Kalau nak kulit yang nipis pilih pusat yang
sekecik yang mungkin.
Logiknya macam tiup belon. Bila belon dah
habis kembang punat kat hujung makin kecik
dan kalau tak habis tiub punatnya besar.
Samala macam tembikai..punat kecik logiknya
macam dah masak dan kulitnya nipis. Contohnya
macam kat bawah ni:


Dan hasilnya adalah seperti dibawah:

Selamatlah mencuba..jangan lupa baca bismillah..




Selasa, 20 Ogos 2013

Sabar dan Ikhlas itu Islam

Perkara paling susah untuk dilakukan dalam
dunia ini ialah sabar dan ikhlas.
Kemuncak kepada ibadah dan amal perbuatan
kita ialah akhlak. Tentunya akhlak yang baik cerminannya
adalah sifat sabar dan ikhlas.

Sekadar untuk renungan untuk melihat diri sendiri
masih adakah sifat sabar dan ikhlas bila diuji dengan
dugaan dan cabaran?

Sekiranya sifat sabar dan ikhlas itu tiada bagaimana
pula amal ibadah dan taqwa kita tidak mendorong
kita untuk bersifat sabar dan ikhlas atau amal dan
ibadah kita kurang atau tiada?


Isnin, 19 Ogos 2013

Skuad 12 Juta Piala Malaysia 2013

Piala Malaysia 2013 kembali lagi..berbekal
RM 12Juta yang diperuntukkan untuk membeli pemain,
maka inilah dia barisan terkuat pasukan Wehadjoy yang
akan mempamer aksi hebat diatas padang untuk kempen
Piala Malaysia 2013.

Laman: Fantasy arena

Ahad, 18 Ogos 2013

Pergolakan Dunia di Zaman Fitnah

Sedang saudara Islam kita berjuang untuk
mempertahankan kebenaran dibumi mereka
ada antara kita yang masih tak sensitif bila
melapor atau berkongsi cerita di laman sosial.

Sebelum nak share cuba pahamkan dulu:
1. Siapa 'pelampau' yang dimaksudkan?
2. Siapa sebenarnya yang mencetuskan perang?
3. Mandat kerajaan dari siapa?
4. Pendekatan keselamatan apa yang diguna pakai?
Bagi sesiapa yang masih tak tahu atau tak nak ambik
tahu atau memang tak tahu atau tak suka nak tahu
atau tahu tak tahu siapa yang bersalah dalam konflik
di luar negara: senang sahaja.

Allah berfirman:
Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja,
maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya,
dan Allah murka kepadanya, dan melakanatkannya serta menyediakan
baginya azab seksa yang besar.
(An-Nisaa' 4:93)

Saudara-saudari semua tengokla video-video yang dikongsi
di laman sosial pihak mana yang membunuh dengan sengaja.
Pastu pi solat sunat taubat atas ketidaktahuan dan solat sunat
hajat untuk kesejahteraan umat Islam seluruh dunia. Amin.

Selasa, 6 Ogos 2013

Memecah Gula-Gula Level 400

Sampai level 400 sudah dan buat kali pertamanya melepasi
friends-friends semua...yay
Selamat hari raya!




Ahad, 4 Ogos 2013

Sampul Duit Raya 2013

Macam biasa tiap-tiap tahun masa raya kenala
bagi duit raya. Salah satu tanda bersyukur kita
bersedekah kepada keluarga saudara mara dan
rakan kenalan serta jiran.
Untuk menyenangkan pembahagian selalunya
jumlah duit raya akan mengikut jenis sampul raya.
Lagi 'standard' sampulnya lagi banyakla kot..
Turutannya adalah dari atas dan ke bawah.









Memecah Gula-Gula episod 27 - Mr Guard










Sabtu, 3 Ogos 2013

Memecah Gula-Gula Episod 26 - Gumzilla











Jumaat, 2 Ogos 2013

Memecah Gula-Gula episod 25 - Mrs Baker



Khamis, 1 Ogos 2013

Candy Crush dan rakan baik syaitan



Ni fatwa baru ke hape?
Main candy crush jadi rakan baik syaitan?

Sila baca:



Khamis, 25 Julai 2013

Menghancurkan Gula-Gula Saga

Agak terlewat jugak terjebak dalam kegiatan
menghancurkan gula-gula ni.
Misi permainan ini sebenarnya adalah berkisah
seorang budak perempuan yang suka membantu
apa sahaja disekelilingnya yang dalam kesusahan
dengan cara menghancurkan gula-gula.


Pada episod di level 276 sehingga 290, budak
perempuan ni terjumpa gergasi yang terbaring
kesedihan sebabnya telah terjatuh dari istana di
kayangan. Jadinya budak ni tadi membantu
dengan memecahkan gula-gula akhirnya gula-gula
tadi dijadikan benih kacang ajaib dan gergasi
pun gembira sebab dapat panjat pokok kekacang
untuk balik ke istananya.

Setakat ini ada 5 orang lagi friends aku yang telah
mendahului. Paling dekat di level 305...
Tunggu aku potong kat korner nanti..haha..

Ramai juga Friends yang main permainan ni.
Walau guna 'cheat' pun tapi ada level yang
memang tak boleh nak cheat. Nasib-nasibla
cuba banyak kali...haha..

Okeylah, enjoy!

Isnin, 22 Julai 2013

Pilihan kehidupan

Lamanya tak menghapdate blog ni..pejam celik pejam celik
banyak juga kisah-kisah yang terlepas..
Dalam hidup ni kita diberi 2 pilihan..
Syurga...Neraka
Pahala...Dosa
Baik...Buruk
Rajin...Malas
Lapang...Sibuk

Tapi kekadang dalam nak membuat keputusan
pun ada ujian dan dugaannya..



Rabu, 1 Mei 2013

Rintihan - Suara Hati




Rintihan - Suara Hati
---------------------------------------
Oh Tuhan Aku pasrah padaMU...
Ampunkan segala dosaku..
Aku ini hanyalah hambaMu...
Yang lemah lagi hina...

Ku serahkan cintaku ini..
Hanya padaMU oh Ilahi...
Hati ini amat merindui..
CintaMU yang hakiki..

Tuhan dengarkanlah...
Rintihan hambaMu..
Yang amat mengharapkan..
Belaian RahmatMu..

Oh Tuhanku terimalah..
Tangisan dari taubatku..
Agar dapatku pasrah..
Hidupku kepadaMu..

Oh Tuhan..
Aku pasrah padaMu..
Ampunkan segala dosaku..
Aku ini hanyalah hambaMU..
Yang lemah lagi hina..

Ku merintih di malam hari...
Menangis seorang diri..
Hanya semata pengharapkan..
Keampunan Mu Tuhan..

Ku tadahkan doa..
Memohon dan terus meminta..
Agar KAU bisa terima..
Taubat dan pasrahku...

Hanya semata mengharapkan..
KeampunanMu Tuhan..
CintaMu yang hakiki..
KeampunanMu Tuhan...


Rabu, 24 April 2013

Restu Pilihanraya 2013



First time in my life aku akan turun mengundi pada
tahun ini. Sudah begitu lama tidak mengikuti perkembangan
politik semasa mungkin juga kerana sibuk dengan kehidupan
sendiri atau sudah mual dengan senario politik pada waktu itu.

Parti atau Individu?
Pada pilihanraya kali ini kriteria sokongan aku adalah
kepada calon seperti dibawah tak kira daripada parti
mana pun.
1. Beriman
2. Sederhana dalam perbuatan
3. Cantik
4. Pandai
5. Soleh / Solehah
6. Anak isteri /suami yang baik
7. Suka senyum
8. Semangat
9. Tidak sombong
10. Tidak rasuah

Aku percaya semua diatas ada pada Nurul Izzah
harapnya adalah parti politik yang akan meletakkan
calon dikawasan tempat aku mengundi nanti
dengan kriteria seperti diatas.

Bukannya apa, cuba tengok ni bila kriteria diatas dipenuhi:

Time marah cantik...time senyum apatah lagi...hehe



Jumaat, 19 April 2013

KeranaNya Kita Bertemu



KeranaNya Kita Bertemu

Pertemuan di antara dua insan
Sering membuahkan kasih dan sayang
Ukhwah antara kita anugerah yang Esa
Menuju cinta yang abadi

Pencarian erti kasih dan sayang
Pastinya ada jiwa yang terkorban
Kerana dilanda dilema ditengah persimpangan
Cintakan Allah atau manusia

Percintaan itu fitrah manusia
Dipenuhi untuk mencari redha ilahi
Jika cinta tak berpandu ikuti hawa dan nafsu
Musnahlah bunga hiasan diri

Perpisahan sekadar menguji kita
Apakah kita tabah dengan ketentuanNya
Cintaku hanya yang satu kita pastikan bertemu
Kerana pertemuan dan perpisahan itu miliknNya sentiasa

Biar terpisah jika itu kehendakmu
Mendidik nafsuku menundukkan mazmumah
Janganlah ada walau secebis rasa
Perasaan ingin memiliki

Kerana itu hanyalah sifatmu
Menjauhkan daku dari sifat kehambaan
Pertemuan dan perpisahan bukannya milik kita
Bertemu dan berpisah hanya keranaNya
Cinta Ilahi itu yang abadi

Selasa, 9 April 2013

I will marry you!

Layankan aje...part yang best

Fine! when you ask for some candy in my house
I'm gonna say no!





Isnin, 1 April 2013

Hobi memberi kucing makan Whiskas

Cara sebelum ini dengan memberi makanan berbentuk
palet agak kurang praktikal disebabkan susah untuk
dibawa dan tahap ketahanan makanan akan berkurang
oleh kerana sudah dimasuki angin..lemau!

Lebih mudah beli makanan kucing dalam bentuk
paket. Senang dibawa dan gerenti licin..
Harga sepeket Whiskas kat speedmart rm1.40 tapi kalau
ditempat lain beli sekotak mungkin dapat lagi murah.

Umpama kit kelaparan, jika terjumpa kucing ditepi jalan
yang kelaparan..nah memang terbaik pekena Tuna paket.