Sedang saudara Islam kita berjuang untuk
mempertahankan kebenaran dibumi mereka
ada antara kita yang masih tak sensitif bila
melapor atau berkongsi cerita di laman sosial.
Sebelum nak share cuba pahamkan dulu:
1. Siapa 'pelampau' yang dimaksudkan?
2. Siapa sebenarnya yang mencetuskan perang?
3. Mandat kerajaan dari siapa?
4. Pendekatan keselamatan apa yang diguna pakai?
Bagi sesiapa yang masih tak tahu atau tak nak ambik
tahu atau memang tak tahu atau tak suka nak tahu
atau tahu tak tahu siapa yang bersalah dalam konflik
di luar negara: senang sahaja.
Allah berfirman:
Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja,
maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya,
dan Allah murka kepadanya, dan melakanatkannya serta menyediakan
baginya azab seksa yang besar.
(An-Nisaa' 4:93)
Saudara-saudari semua tengokla video-video yang dikongsi
di laman sosial pihak mana yang membunuh dengan sengaja.
Pastu pi solat sunat taubat atas ketidaktahuan dan solat sunat
hajat untuk kesejahteraan umat Islam seluruh dunia. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan