KeranaNya Kita Bertemu
Pertemuan di antara dua insan
Sering membuahkan kasih dan sayang
Ukhwah antara kita anugerah yang Esa
Menuju cinta yang abadi
Pencarian erti kasih dan sayang
Pastinya ada jiwa yang terkorban
Kerana dilanda dilema ditengah persimpangan
Cintakan Allah atau manusia
Percintaan itu fitrah manusia
Dipenuhi untuk mencari redha ilahi
Jika cinta tak berpandu ikuti hawa dan nafsu
Musnahlah bunga hiasan diri
Perpisahan sekadar menguji kita
Apakah kita tabah dengan ketentuanNya
Cintaku hanya yang satu kita pastikan bertemu
Kerana pertemuan dan perpisahan itu miliknNya sentiasa
Biar terpisah jika itu kehendakmu
Mendidik nafsuku menundukkan mazmumah
Janganlah ada walau secebis rasa
Perasaan ingin memiliki
Kerana itu hanyalah sifatmu
Menjauhkan daku dari sifat kehambaan
Pertemuan dan perpisahan bukannya milik kita
Bertemu dan berpisah hanya keranaNya
Cinta Ilahi itu yang abadi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan