Jumaat, 18 Oktober 2013

Volkswagen GTi alkisahnya..

Sememangnya menjadi idaman sekian lama untuk
memandu kereta bertransmisi 7 kelajuan ini
dengan pecutan melebihi 200 Km/j
di jalanraya dengan bergayanya.
Itulah dia si seksi Golf GTi yang harganya
mencecah 220 ribu. ringgit Malaysia.

Foto ni aku snap masa autoshow kat Martrade 2 minggu lepas.
Bukan apa teringin nak tengok VIOS baru tapi yang peliknya 
Toyota tak join pulak autoshow ni..ish kepelikan disitu.
Layankan aje VW ni..memang terbaik..


Tapi yang tak bestnya banyak review kondem gearbox
VW ada problem..sebabnya suhu negara dan kesesakan
jalanraya di Malaysia yang tak sesuai dengan teknologi
eropah ni. Contoh review seperti dibawah:

Pengajarannya sebelum beli kereta elokla selidik
betul-betul dan baca review owner kereta.
Setakat tingkap tak boleh turun boleh maap lagi
tapi kalu gearbox yang meragam..menangis wak!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan