Ahad, 30 Disember 2012

Cukai Tanah - Jom Rampas

"JOM BAYAR CUKAI TANAH
sebelum Tanah Anda DI RAMPAS"

Bila baca amaran papan tanda ni 'feel'nya
macam hidup zaman dulu kala.
Tak bayar rampas!

Tak salah buat ayat macam tu tapi tengok
juga kawasannya..lebih-lebih lagi di kawasan
kampung yang rata-rata penduduknya melayu
dan petani. Elok ditukar kepada ayat yang
lebih mesra lagipun pilihanraya pun dah dekat.


Kamus Dewan Edisi Empat:
Rampas: berampas-rampasan saling me­ram­pas, bertarik-tarikan:
maka Dewa Per­kasa pun meronta, lalulah ~lah dgn pang­lima itu;
merampas 1. mengambil dgn kekerasan, merebut:
pergerakan sulit utk ~ kekuasaan negara; ~ kuasa mengambil alih
kekuasaan (negara) dgn kekerasan atau tidak mengikut perlembagaan;
2. menyamun, membegal, menjabal: wang gajinya habis dirampas
penyamun di jalan; 3. menyita: jika ia enggan membayar
hutangnya itu, hartanya akan dirampas; rampasan sesuatu
yg dirampas, hasil meram­pas: banyak beroleh barang ~; ~ kuasa;
perampasan perihal merampas (perebutan, penyamunan, penyitaan);
 ~ kuasa perebutan kuasa; perampas orang yg merampas.

Khamis, 27 Disember 2012

Sama tak serupa punya roti

Kisahnya berlaku di sebuah pasaraya yang paling ngetop di pinggir
ibukota cinta..

Sekali pandang roti ni macam Gardenia..belek punya belek
eh takde pulak tulis Gardenia..Baikla rajin nak perati..macam-macam hal..




Ahad, 16 Disember 2012

Harimau Malaya kalah pasal Kad Merah

Insiden kad merah yang diterima Fadhli Shas pada
hujung separuh masa pertama telah merencat
momentum Malaysia untuk melakar kemenangan
terhadap Thailand pada perlawanan separuh
akhir Piala AFF 2012.
Kad kuning kedua layak dilayangkan jika
pemain Malaysia tolak pakai tangan ke..
hantuk kepala ke..ludah phuuuiii ke..
berlaku kecederaan ke..iye tak?

Sabtu, 15 Disember 2012

Sedetik tak lebih 121212

Teruja nak print screen macam tunggu roket
nak berlepas ke bulan..
Setiap masa pun sangat berharga dan ia tak
menunggu kita..



Sabtu, 8 Disember 2012

Big Bad Wolf Books 2012

Istimewa tahun ini jualan buku ini dibuka 24 jam bermula
Jumaat 7 Dis sehingga 9.30 malam hari ahad 9 Dis..
Selepas itu sehingga 23 Dis dari 9 pagi hingga 9 malam.
Tak nak ketinggalan so pada hari sabtu jam 5.30 pagi
enjin kereta dah start untuk menuju ke Mines Convention Centre.
Sementara tunggu enjin panas set GPS menuju ke sana. Serius
tak tahu jalan nak kesana.

Trafik yang lengang membantu untuk sampai ke sana
kira-kira pukul 6 pagi. Eh..macam pernah je pergi sini..
Iyelah..zaman bercintun dulu pernah dating kat shopping
complex Mines sebelah ni.

Bayar parking rm3 dan solat subuh kat surau MIECC.
Suasana di tempat jualan sederhana ramai mungkin
pengunjung yang datang dari malam tadi.

Pusing punya pusing akhirnya 6 buku sahaja yang
berjaya dibeli dengan kos RM40.




Rabu, 5 Disember 2012

Kerjaya menoreh getah..ada berani?

Foto ini dirakam pada pukul 12:30 pagi di jalan Tenang -Labis.
Di kala 'kita-kita' tengah nyenyak tidur kat rumah, 'mereka' dah
gerak ke kebun untuk menoreh getah.
Pengalaman aku di kebun getah:
1. Masa tu kat kebun getah abahwe, lebih kurang jarak 10 meter
dari aku, harimau akar melintas..ekornya panjang ke atas, memang jelas harimau!
Abahwe tak jauh dari aku, so aku takla cuak sangat..

2. Masa tu kat kebun getah abah, kononnya nak tebas-tebas semak
kat tepi lereng bukit..tebas punya tebas dalam jarak 2 meter
baru ternampak tedung selar tengah melingkar..gila besar lengan
orang dewasa..warna kuning sisik timbul..hilang terus cita-cita nak
menebas!

So..aku respekle apek ni yang gigih nak menoreh getah tengah
malam..dengan nyamuk, agas, sarang labah-labah, lipan, belum campur
binatang-binatang dan hantu..seramnya!



Ahad, 2 Disember 2012

Mahali Jasuli bayangan Daniel Alves

Kemenangan Malaysia pada 2 perlawanan kelayakan
bola sepak Piala AFF menentang Laos dan Indonesia
boleh dikatakan hasil daripada permainan yang baik
ditunjukkan Mahali.

Teknik permainan macam Daniel Alves membantu
Malaysia bertahan dari serangan dan menyerang
apabila ada peluang.

Pemain penyerang Malaysia yang telah 'dikunci' oleh pertahanan
Indonesia memberi peluang pemain tengah menyusun
taktik menggempur kubu Indonesia hasil bantuan
dari pertahanan Malaysia.

Malaysia mampu mengatasi Thailand jika corak permainan
'Overlap' ditunjukkan kerana pihak lawan sukar
mengekang asakan dari penjuru yang tidak dijangka.



Selasa, 27 November 2012

Karangan kenapa Malaysia kalah dengan Singepo





Ahad, 18 November 2012

Harga bayar lebih dari tanda harga

Lumrah kalau beli barang di pasar raya akan
berlaku masalah tanda harga tak sama
dengan harga masa 'punch' di kaunter pembayaran.

Nasihatnya semasa membeli jangan main ambik
je seeloknya ingat harganya. Lagi satu pastikan
'Casher' punch barcode yang betul kalau tidak
jadila masalah dibawah. Casher punch harga
pada barcode diatas, sepatutnya ditepi.

Barcode diatas harganya RM13.99 dan
ditepi pula RM9.49. Beza RM 4.50.
Kalau beza 20-30sen boleh pejam mata lagi.
Dah sampai rumah baru perasan.
Apa nak dikata?

Khamis, 15 November 2012

Formula menaikkan ranking Malaysia

Ranking terkini Fifa sehingga 7 Nov 2012,
Malaysia di ranking ke 163 dengan 127 points
berkongsi tangga dengan Singapura.
Jurulatih Malaysia kata ranking tak penting, iyelah
nak penting macamana, dengan Hong Kong pun
tercungap-cungap nak menang (tak menang pun).
padahal HK ranking ke 172!.

Meh aku bagi formula segera untuk naikkan ranking
Malaysia jadi 2 angka dalam masa satu malam je.

Misi: Buat friendly game dengan Sepanyol dan pastikan
menang. Bila menang dapat 555 points. Ditambah dengan
points sekarang 127 + 555 = 682.

Result: Dengan points 682, ranking terbaru Malaysia adalah
37 dibawah Ireland.

Masalah: 
1. Sepanyol pun cerdik, takkanla nak lawan Malaysia
    jaga ranking maaa!
2. Main sampai kentut darah pun susah nak kalahkan
    Sepanyol tu.
3. Jurulatih dah cakap ranking tak penting..jadi apa
    sebenarnya matlamat ko main bola tu?

Ahad, 11 November 2012

Darah Satria (1983)

Filem Darah Satria yang diterbit pada tahun 1983
ini dibintangi Aman Shah dan Badul sebagai
teraju utama.
Filem ini berkisah tentang tentera yang berjuang
dimedan pertempuran demi mempertahankan
negara dari komunis.
Lagu tema Darah Satria ini liriknya ditulis oleh
Habsah Hassan dan penyanyinya adalah
Samad Haron.
Era sekarang filem hanya berkisar mat rempit,
bohsia, hantu, puaka, gangster 3 suku yang ntahapahapa.
Membesarla generasi sekarang ni sebagai yang disebut
seperti diatas.
Orang atasan sibuk mencanang "Budi bahasa budaya kita"
tapi dasar tak pula selari dengan perbuatan.


Sabtu, 10 November 2012

Kenapa Piya tak terpilih dalam skuad kebangsaan?

Mohd Badhri Mohd Radzi atau lebih dikenali 'Piya'
oleh penyokong fanatik Kelantan dengan nombor jersi 16
yang sama dengan idolanya Roy Keane (MU) telah
dibariskan oleh laman web Goal.com sebagai
Midfielder atau pemain tengah terbaik asia untuk 
bulan oktober 2012.


Kapten Kelantan ini yang membantu pasukannya menjuarai
3 piala pada musim lepas dengan aksi dominan yang ditunjukkan
semasa di final Piala Malaysia telah melayakkan
Piya dinobat antara pemain tengah terbaik asia.

Persoalannya kenapa Piya tak terpilih dalam skuad kebangsaan?



Ahad, 4 November 2012

Temoleh dan Patin Sungai Perak

Umpama dapat 'Piala' jika dah berjaya menaikkan
ikan-ikan kelas mega. Untuk mendaratkan saiz 5kg
punya ikan memang makan tahunla nak menyelami
ilmu-ilmu perikanan.
Foto dibawah adalah gambar pakcik aku
yang dah taraf sifu dalam arena pemancingan ini.
Lokasi di Sungai Perak.
Bak kata orang "Learn from the best" aha semestinya
akan aku korek-korek segala rahsianya.

Temoleh ~ 8Kg

Patin ~ 8kg



Jumaat, 2 November 2012

Hubungan Abuya Ashaari dan Anwar Ibrahim

Media massa pada hari ini melaporkan terdapat usaha-usaha
menghidupkan Al-Arqam.
Bagi aku jasa Al-Arqam di Tanah Melayu dalam usaha dakwah
sangatlah besar dan tidak boleh dipertikai.
Dihukum 'sesat' sebab faktor politik bukannya sesuatu pelik
di Tanah Melayu ini. Banyak lagi gerakan sesat yang 'halal' di
Tanah Melayu ini tapi disebabkan 'pemikiran sealiran' maka
nampak murni je depa ni.

Apa hubungan Abuya dan Anwar Ibrahim?
Jawapannya dibawah, baca dan kaitkan.

1. Metamorfosa Abuya
2. Al-Fatihah buat Abuya




Ahad, 28 Oktober 2012

Ibadah Qurban setiap tahun!

Selamat Hari Raya Aidil Adha..Allahu Akbar!

Dalam perjalanan pulang dari tempat kerja,
sehari sebelum bercuti untuk hari raya AidilAdha
di corong radio ada ceramah berkenaan Qurban.
Part yang paling menyentuh sanubari aku ialah
apabila Ustaz itu menyebut:

"Jika kita boleh bayar rm500 hingga rm1000 sebulan untuk
kenderaan didunia, mengapa tidak boleh berQurban
sekadar satu bahagian sebanyak rm280 sekali setahun
untuk kenderaan kita diakhirat???...


InsyaAllah, marilah kita sama-sama berazam untuk
melaksanakan ibadah Qurban setiap tahun mulai
tahun hadapan dan disertakan sedekah dan jariah
bekalan untuk hari kemudian.



Isnin, 22 Oktober 2012

Servis Minyak Enjin

Time nak tukar minyak ada bengkel yang
masih guna cara zaman dulu dengan buka
skru kat bawah enjin dan dengan harapan
minyak hitam mengalir keluar dengan daya
graviti yang menjimatkan..

Keburukan: Lama-lama lubang skru boleh 'loose'
dan tak tahu berapa banyak minyak yang keluar dan
yang tinggal kat dalam.

Pilihan yang ada pergila ke bengkel yang guna
alat penyedut ni. Tak perlu buka skru, dan minyak
yang disedut nampak jumlahnya. Caj pun lebih
kurang sama je.



Ahad, 21 Oktober 2012

Status Pesbuk yang tersurat dan tersirat



Setiap insan punya pemikiran dan pendapat yang berbeza.
Oleh itu apabila sesuatu pandangan/cadangan/idea yang
dilontar tak menepati sasaran maksudnya, maka bahagian tersirat itulah
yang lebih tertonjol..

Berikut adalah status Pesbuk biasa kita terbaca:


1. Top gun @ hbo hd...evergreen...x jemu tgk walaupun crita dh lama...
     huhuhu...layan siut... 
<Tersirat: Nak cakap rumah ko ada Astro Beyond dengan pakej HBO kan?>

2. Mmg tgn aku ni kdg2 cuai mnggunakn hp..tp kali ni aku harap s3 ni akn kekal 
    lama di tgn aku ni..buat masa ni masih ok lg..huhu
<Tersirat: Nak cakap ko dah pakai S3 pastu rasanya macam nak tukar yang lain..
kiranya ko byk duit kan?>

3. Orang lain duk ber'gol' aku duk mengarang assignment.. :)
<Tersirat: Nak cakap ko ni golongan ilmuwan dan sambung buat PJJ?>

4. Badan berpeluh baru balik dari pasar malam.....
<Tersirat: Ni takde tersirat..sengal namanya kan?...>

5. tido hotel malam ni..huhuhu
<Tersirat: Nak cakap sedihnya konon tidur hotel tapi sebenarnya gembira
nak mampus kan? #Jakun>

6. Hujan pada mlm minggu????
<Tersirat: Nak beritahu setiap kali hujan pasti ko berjimak kan?>

7. malas nak tengok bola malam ni....hubby pun jgn tgk ye... 
    kita tgk dvd yang baru kita beli ye...
<Tersirat: memang ko pemalas bukan takat tengok bola je kan?>

Kesimpulannya janganla marah bila orang komen
macam-macam kat status tu..yang tak komen hanya
nak jaga hati korang je..hahahaha..


Sabtu, 20 Oktober 2012

Tanah Melayu yang miskin


Negara Tanah Melayu atau Malaya atau sekarang Malaysia
terkenal sejak dari zaman dahulu kala dengan kekayaan hasil bumi
dan pertaniannya. Minyak, Bijih Timah, Sawit, Getah dan
lain-lain lagi sehingga pernah digelar 'Suvarnabumi' atau
Bumi Emas.

Dulu: Sayugia itu penjajah sangatlah menghendaki bumi bertuah  ini.
Portugis, Belanda, British, Jepun telah menjajah dan memungut
hasil-hasil negara ini.

Kini: Melihat keadaan kabinet pengagihan kuasa TNB diatas
tertanya-tanya dalam hati, teruk sangat ke tahap kemiskinan
negara Tanah Melayu ini?

1. Besi penutup sambungan dicuri (Miskin sampai mencuri?)
2. Iklan kredit pinjaman bersepah-sepah (Rakyat miskin sampai sanggup
    pinjam duit dari 'Along' walau tahu akibatnya?)
3. Syarikat TNB miskin takde duit nak ganti penutup yang hilang?
    (Bayangkan jika anak-anak kecil main disitu dan terkena renjatan 415v?)
4. Dah tertulis amaran "Dilarang menampal iklan" tapi tampal juga iklan?
    (Miskin ilmu tak paham bahasa ke?)



Are you Unified yet?


Keputusan saya untuk melanggan UNIFI adalah disebabkan:
1. Rumah takde Astro, Unifi bagi IPTV
2. Panggilan telefon talian rumah percuma
3. Kelajuan download stabil walaupun rumah ditingkat 11. (spt diatas)
4. Tiada masa menunggu untuk Youtube

Khamis, 4 Oktober 2012

Sejambak Al-Fatihah untuk Abahwe tersayang


Pada hari ini telah selamat bersemadi jasad datukku yang senang
kami panggil Abahwe di tanah perkuburan Felda Tenang.
Ciuman terakhirku kepada Abahwe selepas dikafan dan pelukan
terakhir semasa menyambut jenazah diturunkan ke liang lahat adalah
detik-detik terakhir kami bersama.

Rancangan pada pagi tadi adalah jenazah hendak disempurnakan
dirumah tapi bekalan air tiada kerana berlaku kebocoran paip besar.
Maha Suci  Allah, jenazah telah dimandi, dikafan dan disembahyang
dimasjid berhampiran dimana disitu Abahwe semasa sihat bersembahyang
berjemaah pada setiap waktu sembahyang. Hikmahnya Allah telah
menjemput Abahwe untuk disempurnakan jenazahnya dirumahNya,

Kasih Sayang dan semangatnya telah membesarkan kami menjadi
orang yang berguna. Semoga Abahwe gembira disambut anak-anak
yang telah pergi dahulu sebelumnya disana.

Al-Fatihah kepada Tn. Hj. Wasal Bin Omar, semoga Abahwe ditempatkan
dikalangan orang-orang yang beriman. Amin..

Ahad, 30 September 2012

Marilah menuju kejayaan

Selawat dan salam untuk Rasul junjungan dan para sahabat.
moga iman dan akidah kita dilindungi selamanya.

Luar negara: Yang kafir tu terang-terang menentang Islam menggunakan
media filem..yang mengaku islam pun nak buat juga filem
yang salah satu wataknya sebagai Nabi..tak lama lagi
keluarlah filem tu..jangan terperanjat dengan negara tu
kononnya Islam tapi mengkafirkan sahabat.


Lihatlah (wahai Muhammad) bagaimana mereka menyifatkan engkau
dengan yang bukan-bukan,  maka dengan sebab itu mereka sesat,
sehingga mereka tidak dapat mencari jalan kebenaran.
(Al-Israa' 17:48)

Foto: Masjid As-Salam, Puchong

Selasa, 25 September 2012

Charlie gigit jari saya lagi..

Hit untuk video ini telah melebihi  480 juta.
Aku sorang je menyumbang lebih 10 kali hit.
Kelakar lihat gelagat 2 beradik ni..
Fitrah manusia sukakan kebaikan begitulah
sikap yang ditunjuk abang kepada Charlie ni..
paling geram bila Charlie gelakkan abangnya..
So sweet..!


Sabtu, 22 September 2012

Karaoke dari Youtube

Lama betul tak berkaraoke..zaman bujang-bujang
dulu memang kegemaran menyanyi lagu-lagu cinta
rock kapak nih..
Masa berlalu dan kesempatan memang tiada maka
apa yang boleh ialah sedut je video karaoke dari
Youtube pastu karaoke le dalam hati..haha
Tips sebelum sedut ialah dengar dulu lagu
melalui headphone dan suara penyanyi di sebelah
kanan atau kiri sahaja.



Layannnn.....



Sabtu, 15 September 2012

Cendawan Peliaq Hanjen..

Cendawan ni namanya agak lucah sedikit,
Cendawan Konek Anjing..kalau tak paham
dalam bahasa british "Penis Dog Mushroom"
Nama cendawan ni pun dah busuk, baunya jangan cakap le..


Last sekali aku jumpa real depan mata cendawan ni
masa ikut abah tebas hutan, zaman tu aku kecik
lagi baru darjah 3 atau 4..
Tebas semak tak heran..ni tebas hutan..
Merasa betul kesusahan abah masa tu..kalau
aku tak teman memang sorang-sorang le abah
menebang pokok pakai parang pulak tu, redah paya lagi..
Lopak tapak kaki gajah tepi parit tempat main aku je...tapi masa tu
memang takde perasaan takut..
Masa main-main kat belukar itulah pernah pergelangan
tangan aku tercucuk buluh runcing dan betis koyak tersangkut dahan jambu
tajam masa turun dari pokok adalah antara luka yang parutnya masih
ada sampai sekarang..
cara rawatan..kunyah daun jambu pastu tepek kat luka..
ntah sapa ajar..sendiri pandai..
Zaman adik-adik tak merasa apa yang aku rasa cuma
yang sangat terkesan kegigihan abah mencari rezeki
untuk membesarkan kami adik-beradik dengan titik peluhnya..

Rabu, 12 September 2012

Budak Kebal

Bila terbaca laporan Harian Metro ni first yang terlintas
difikiran aku ialah kisah Nabi Ibrahim yang telah dibakar
oleh kaumnya yang ingkar untuk menyembah Allah setelah diseru,
tapi Allah telah menyelamatkan Nabi Ibrahim dengan menjadikan
api itu sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim.

Kisah 'Budak Kebal' ini mengandungi tanda-tanda yang
membuktikan kekuasaan Allah depan mata kita.
Subhanallah, Allahu Akbar!.

Firman Allah didalam Al-Quran:
Kemudian, seruan Nabi Ibrahim tidak dijawab oleh kaumnya melainkan 
dengan kata-kata (tentangan yang keras):

"Bunuhlah dia atau bakarlah dia". Maka Allah selamatkan Nabi Ibrahim dari api 
(yang disediakan oleh kaumnya). Sesungguhnya peristiwa yang demikian, 
mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum 
yang (mahu) beriman.
(Al-'Ankabuut 29:24)

Hikmahnya adik ni memang rajin membantu ayahnya dibengkel
maksudnya berbakti kepada ibubapa walaupun kerja itu agak
berat. Keikhlasan adik tu dibalas Allah dengan kelebihan yang
tidak diduga.

Pengalaman aku dulu pernah tolong abah tolak batu bata
dari bawah ke atas bukit masa nak renovate rumah.
Masa tu form 3. Penuh satu kereta sorong tolak naik
atas bukit. Memang meneran-neran amik lajak.
Hasilnya?..dada kembang siap ada kepak..urat tangan
timbul..tak payah gi gym. Masa form 4 kat asrama member
tegur..pergh.banggala sekejap.
Bila dada dah kembang wakil sekolah main bola jadi
defenderla sesuai..kena tolak memang tak jatuh..haha

Ahad, 9 September 2012

Fenomena Ustaz Azhar Idrus

Nak jadi pejuang agama perkara pokoknya kena bercakap
benar tentang hukum Allah.
Halal tetap halal dan haram tetap haram.
Susahnya nak jadi pendakwah jika takut untuk
bercakap benar bagi melindungi kepentingan sesiapa.

Takut miskin, takut hilang harta dan takut mati. Banyak
sekali jenis ketakutan jika nak bercakap benar.

Gambar dibawah diambil dari 'Youtube'..adakah beliau
Ust. Azhar Idrus? Wallahulam..

Bagi aku orang yang pergi berjihad akan dimuliakan didunia
dan akhirat.
Tokoh jihad yang telah lama meninggalkan dunia
tapi subur namanya sehingga hari ini. Khalid Al-Walid, Salehuddin
Al-Ayubi, Tariq dll...juga nabi junjungan kita.





Rabu, 5 September 2012

Subaidah sama tak serupa

Subaidah: Ada sentimental value 'Subaidah' ni dalam
hidup aku.

Kedai makan pertama kami geng teruna FMCC Ipoh
jejaki sewaktu sesampai di Penang tahun 2005 dulu dan
juga port wajib lepas abis main futsal dan macam-macam
port lagi.
Apepun foto diatas kat cawangan Kota Damansara..
emm..kita pernah dating ke kat sini?..hihi..
Foto tu sama tak serupa..perasan tak?



Ahad, 2 September 2012

Yee Sang Hari Raya

Lokasi di kedai makan Jalan Segamat, Labis lebih kurang 2 pagi pada
hari raya ke-5.

Alhamdulillah, petangnya geng-geng datang rumah beraya dengan
masing-masing bawa isteri. Bila dah beristeri bukan senang nak
lepak-lepak macam zaman bujang. Hari raya je dapat jumpa.

Biasanya topik gelak ketawa akan mengisi perbualan
Teringat masa zaman budak-budak memang banyak
peristiwa kelakar tak kurang sadisnya.

Kami ni umpama generasi terakhir yang pernah merasa
Meredah paya, kebun, parit, kolam, belukar,
belakang rumah orang untuk melastik burung,
memancing ikan. Menembak ikan. Menjerat Wak-wak, berkubang,
dan lain-lain lagi.

Walaupun masing-masing sibuk dengan kerjaya dan
rumah tangga masing-masing tapi kenangan zaman budak-budak
kami sentiasa diingatan.

Roslan-Grandbank, P.Gudang
Rizal-Industrial, P.Gudang
Khider-TNB, Melaka
Nizam-Kem. Kesihatan M'sia.

Rabu, 29 Ogos 2012

Sajian Pulut Periuk Kera

Masih terbayang-bayang kesedapan makan pulut Periuk Kera
pada hari raya yang lalu.
Paling best bagi aku jika dimakan dengan rendang.
Harga periuk kera kosong biasanya dijual 20sen sebiji.
Penyediaannya, bahagian dalamnya dicuci terlebih dahulu dan
selepas itu beras pulut beserta santan dimasukkan dan dikukus.
Selamat mencuba!




Isnin, 27 Ogos 2012

Serang Hendap Ulu Legong - Al-Fatihah untuk Pak Andak

Al-Fatihah: Sempena Syawal dan bulan kemerdekaan ini
tidak dilupa doa serta Al-Fatihah kepada arwah
Pak Andak (Mazlim hj Wasal) yang telah terkorban
di Ulu Legong akibat diserang hendap oleh komunis.

Sejarah ini telah dibukukan untuk menjadi pembakar
semangat generasi baru bagi mempertahankan agama,
bangsa dan negara.

Memori: Masa abis SPM aku tolong atuk kat kebun..
sambil menunggu atuk habis menoreh nenek pun
bercerita pasal arwah  Andak.
Nenek yang ku panggil 'MakWe' bercerita selepas
arwah Andak diterima memasuki tentera beliau
berkata kepada nenek akan menghantar Atuk dan nenek
pergi Haji ke Mekah.
Selepas tragedi yang menyayat hati ini berlaku
Atuk dan nenek mendapat sumbangan daripada
Angkatan Tentera dan duit itu digunakan untuk pergi
Haji ke Mekah.
Semoga arwah Andak ditempatkan dikalangan
para syuhada. Amin..

Pautan:
1. Sejarah 22 RAMD - Peristiwa Serang Hendap Ulu Lenggong
2. Blog penulis




Ahad, 26 Ogos 2012

Riang Ria Aidilfitri 2012

Alhamdulillah, Syawal tahun ni aku dah naik pangkat jadi bapa orang.
Anak kesayangan yang lahir pada Ramadhan yang lalu menghadirkan
satu lagi episod ceria dalam hidup.
Tahun ni baby dah dapat duit raya. Terima kasih TokMak/Abah,
Pakcik/Makcik, Sedara mara dan rakan yang menziarahi.
Sampul duit raya hari pertama diterima baby seperti dibawah.
Not nya boleh tahan 'kasar-kasar'. Cadangannya akan dimasukkan
kedalam ASB.





Jumaat, 17 Ogos 2012

Checklist DSLR untuk Hari Raya

Pernah terjadi masa ada event dulu bersemangatla
bawa DSLR dengan tujuan untuk bergambar sakan.
Dengan bateri dah lip-lap bukala beg untuk cari charger..
seluk punya seluk tak jumpa..baru teringat charger tertinggal
kat KL..gelap sekejap dunia..
Checklist untuk pulang ke kampung:
1. Kamera (Body)
2. Lens standard 14-35mm
3. Lens Zoom 40-150mm
4. Charger & Bateri
5. TTL (Flash)
6. Bateri AA
7. Card reader
8. Penyedut habuk
9. Berus & kain pengelap
10.Lens cap/cover

Muat dalam satu beg sling je..senang dibawa kemana-mana.. Selamat Hari Raya..





Rabu, 15 Ogos 2012

Hobi memberi kucing makan dan makanan kucing terhebat!

Bersedekah sangatlah digalakkan dalam Islam.
Amalan tolong-menolong dan bantu membantu orang
yang kesusahan seharusnya jadi amalan.

Tidak semestinya kepada manusia, haiwan juga
patut dibantu. Amalan memberi kucing makan
sebenarnya dari pengalaman-pengalaman rakan-rakan
akan memurahkan rezeki si pemberi dan akan
memupuk perasaan kasih sayang dan belas terhadap
manusia dan haiwan.

Cara yang paling mudah ialah membawa makanan kucing dalam 'portion'
yang sedikit yang mana boleh diletakkan dalam beg atau kereta sebagai
'standby' jika terjumpa kucing-kucing terbiar di tepi jalan untuk diberi makan.

Makanan kucing yang paling kucing tak tahan nak makan
seperti dibawah. Serius kucing takkan malu dan segan bila
diberi makanan ini. Korang akan dapat rasa perasaan kucing yang
sangatla gembira yang tak pernah korang lihat..kelakar pun ada.
Keterujaan macam budak darjah 4 nak pergi rombongan ke Melaka
pada esok hari..ha camtula perasaan kucing bila diberi makanan ni.
Aku beli kat speedmart..1/2 kilo rm3.20.


Sekiranya tak mampu nak bela kucing, cubalah
hobi baru yang berfaedah ini. InsyaAllah murah
rezeki korang. Amin..

Isnin, 23 Julai 2012

Awan Naga

Subhanallah..melihat langit dihiasi awan-awan yang menyerupai
naga. Umpama layar yang besar mementas panorama indah alam
melupakan sekejap kebingitan kotaraya dan kesesakan menuju
ke tempat kerja.
Lokasi foto: Bandar Utama.



Selasa, 17 Julai 2012

Penang di senjakala

Tema foto ini ialah pertemuan dan perpisahan..
Berlatarkan Jambatan Pulau Pinang dan Bangunan Komtar
dimana pertama kali aku menjejak kaki ke Penang bersama
rakan-rakan yang merempit dari Ipoh seawal 3pagi pada waktu itu.
Seorang demi seorang rakan-rakan yang merempit bersama telah
meninggalkan Komtar dan terakhir sekali ialah aku..


Rabu, 11 Julai 2012

Hari Belanjer Sedunia

Pagi: Suatu pagi yang indah di awal purnama sedang kala fikiran
berfikir kesana dan kesinun memikir banyak benda yang
perlu diberi perhatian maka sayugia rakan sekerja pun
menaja secawan kopi yang berharga sebelas ringgit???
Tak kesahlah kan orang belanjer..


Petang: Kala petang dapat jemputan makan malam pula di TGI Friday's.
Wah belanjer lagi..Mat Salleh yang belanjer..apa ada hal gaji depa pound sterling
setakat Tennessee Steak yang harganya 59 hengget apa la sangat..haha..







Ahad, 8 Julai 2012

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Hayati dan renungi khutbah terakhir Rasulullah ini.
Semoga belum terlambat untuk kita kembali kepada
Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.


Rabu, 4 Julai 2012

Sepanyol @ Barcelona Juara Euro 2012

Tepat: Sudah ku bilang tentunya Sepanyol menang Euro tahun ni.
Silapnya tidak berjumpa Jerman di perlawanan akhir ataupun
Jerman bijak sikit taknak berjumpa Sepanyol di perlawanan
akhir ekoran untuk mengelak di'sayurkan' Sepanyol seperti
dialami Itali ibarat mimpi ngeri bolos 4 gol dengan jaringan padang.

Iniesta dinobatkan pemain terbaik dan Torres dapat kasut emas
sebagai penjaring terbanyak yang mana kedua-duanya adalah pemain
Sepanyol. Melihat susuk tubuh pemain Sepanyol rata-rata biasa je
macam pemain bola sepak Malaysia tapi kenapalah pemain Malaysia
tak boleh nak kawal bola serupa pemain Sepanyol.

Ranking FIFA Sepanyol ditempat pertama dan pemain Sepanyol
dari penjaga gol, pertahanan, tengah dan penyerang adalah berada
di ranking top player dunia. Bagi aku istimewanya diorang ni walaupun
Star tapi low-profile dan merendah diri. Lihatlah cara mereka meraikan
kemenangan bersama keluarga dan anak-anak, sangatlah 'so sweet!'.

Khamis, 21 Jun 2012

Winner for Euro 2012 is Spain

Euro 2012 is now being in semi-final stage. On paper Spain are expected to play in final against Germany. I don't think there are relation between Champion League and Euro 2012 whereby Barcelona & Real Madrid (Spain) was defeated by Chelsea (England) & Bayern Munich (Germany).
Spain played without Striker in first match and draws with Italy. Next game i don't think they have problem to score the goal. Just put Torres and Pedro as a striker then problem to score the goal will be settled. Spain vs Germany play in final like happy ending story..





Isnin, 18 Jun 2012

Lost Voices of The Royal Air Force

Last saturday i had buy a book with a title "Lost Voices of the Royal Air Force". This book was first published in UK in 1993 and this edition published in 2005. This story is based on experience of the pilot since 1918 until this book is written.



The best part is their experience during duty in Malaya at 1950 and we can proud for their comment about Malaya and especially Malays.

"Malaya was an unforgettable flying experience for me. A beautiful place, and i enjoyed working with the Malays, I found them splendid chaps. I learned the language, a very easy language which has no grammar; you string words together like beans on a string. I came back a much richer person for that experience.
- Flight Lieutenant John Dowling


Sabtu, 16 Jun 2012

Mee Siput Johor


Mee Siput is the one of my favourite food during i'm in Religion School.
In Johor, it like to obligation to send your child to Religion School, after morning session primary school. This is one factor, why Johorian are loyal to their king. The Religion School in Johor is under state goverment and not all the state in Malaysia have a Religion School. Correct me if i'm wrong..



Actually, Mee Siput become my favourite because it is cheap and easy to eaten in the classroom.haha.. When you want to eat, just use both of your hand to crumpled the plastic. Mee and condiment will mixed then it is ready to eat.


Now i think no one to sell Mee Siput like the past. Thanks to my auntie, Cik Da, recently when i back to my hometown, she has prepare the Mee Siput. Its a long time not eat Mee Siput or the time passes very fast.

Isnin, 4 Jun 2012

Letter to Mesralink

Subject: Urgent: Petronas 14Kg cylinder gas defects
to: mesralink@petronas.com.my


Hi, my name is shahrul and would like to make a report regarding
the Petronas cylinder gas.
I had buy the LPG gas Petronas 14Kg from the shop near my block.
Regret to inform that when i plug the the regulator to the cylinder then
i hear the sound a gas spray out, it seem like the connection not properly
and in immediately i pull out the gas regulator.
i assume it maybe problem by gas regulator. Then i buy a new stove
and gas regulator with Sirim approval.
When i plug the gas regulator and the problem still happened.
i informed this problem to the shop owner then he refused to change
with the other and only give me the rubber from the gas cylinder which
has been used and asked me to replace at the mentioned cylinder.
Is this the right procedure?
Even now i didn't know what the right procedure should i do,
then i write this email with hope your side can take action immediately
to replace a new cylinder or take it for investigation, since i feel unsafe to
keep this cylinder in my house.

My address is: -----. My phone number ---------.
Hope your can call me first if you want come in or need the detailed info.
Appreciate your feedback on this matter.

Thanks in advance.

Yours product customer,
Shahrul.

Chronology:
Sat   11:40 PM : Send  email to Mesralink
Mon 08:42 AM : 1st call from Mesralink to verified the report and gave the report number.
Mon 12:29 PM :  2nd call from technician for verification & appointment.
Mon 12:51 PM :  3rd call from other technician for appointment confirmation
Mon 06:25 PM :  Petronas Home Delivery staff came and replace to a new gas cylinder.
Tue  17:05 PM :  4th call for resolved verification
Tue  17:14 PM :  5th call for final verification before closed the report.

Thanks to Mesralink, you did a excellent good job!


Sabtu, 2 Jun 2012

Plate number for my father

Lately, malaysian people was busy to talking about plate number.
Even my friend also was fighting in facebook due to want voiced up
their stance about that.
Updated in JPJ webpage, the latest plate number as at 2nd June.


I just interested on penang plate number, the latest now are PKQ.
Then let we think,who's the owner of the PKR1 plate number?
So interesting because i just imagine that Nurul Izzah will tender that number for her father, DS Anwar Ibrahim as a gift in his birthday..wow so sweet...

i also have a same dream but someone was take it my dream. haha..