Selasa, 2 Disember 2008

Jalanjalan ke Tanjung Dawai

Jalanjalan ke Tanjung Dawai ini trip yang ke 2 kerana bulan
sebelumnya kami singgah waktu malam dan menyebabkan
sawah padi pun disangkakan pantai..
Trip ke dua ini juga kebetulan sahaja kerana tujuan nak
pergi kenduri kawin tapi disaat-saat genting jawatankuasa
mesyuarat ahli tingkap bersetuju dengan cadangan dari ahli
peringkat akar umbi untuk membuat lawatan sambil belajar
ke Tanjung Dawai.
Ketika ini kami di sempadan Penang dan Kedah. Nampaknya
trip kami ini mendapat sokongan dari padu dari iklan disebelah
signboard dengan isyarat bagus! menbuatkan kami bersemangat untuk
meneruskan perjalanan ini.



Bob dengan corak pemanduan ber'khemah' nampak agak excited untuk
sampai ke destinasi dengan memandu dilorong kanan sahaja.
Walaupun begitu jarak 2 saat antara kenderaan dipatuhi malah
Bob dengan sengaja menjadikannya 6-7 saat untuk lebih selamat lagi.




Pemanduan 6-7 saat tapi bertukar ke 2 saat apabila kereta dihadapan bergerak lebih perlahan dari kereta yang kami naiki. nampaknya pemandu dihadapan dengan sengaja
menunjuk-nunjuk kereta barunya. Kami tak kisah pun
kerana Aiman pun tak kisah..!


Adegan cucuk lubang ekzos tadi berakhir apabila kami memasuki Exit 173 menuju ke Gurun. Dipercayai kawasan gurun ini adalah yang paling lembab didunia kerana mendapat hujan sepanjang tahun dan kajian mendapati kawasan ini tidak terdapat pun unta atau kambing gurun.



to be continue...



Ahad, 30 November 2008

Buddies ~ TheStar 26/11/08

Untuk kali ke 2 gambar aku dipublish kat TheStar ruangan Thumbnail.
Setakat ni hanya naib johan je belum dapat emas lagi (rm50..).
Tak kisah pun asal foto aku publish kat paper tu kira oraitla.
Bayangle satu malaysia antar gambar so 5 gambar terbaik haritu dipilih..

Foto ni amik masa singgah Tanjung Dawai balik kenduri kahwin umah
Aiza. Byk kambing kat situ so tak semena ada plak gagak main mesra
gitew ngan kambing then my Oly with 150mm barrel terus shoot.

what a wonderful world...!

Tongkat Ali

Masa pi Taman Rama-Rama dulu aku jumpa pokok Tongkat Ali ni yang
ditanam dalam pasu. Agak-agak kalau dapat cabut akarnya rebus buat minum
ha celik je biji mata agaknya..haha
Agaknya dah persepsi orang kita bila sebut Tongkat Ali untuk orang dah
berkahwin je.. Tak semestinya..
Sajela aku testing..masa main bowling minum dengan main tak minum
ada beza juga.. Masa tak minum 3 game kira maksimumla tak larat nak campak
bola fokus pun takde..tapi bila minum 4 game pun rilek je..siap strike 2-3 kali.

Kesimpulannya bagi aku:

1. Minuman Tongkat Ali tin tu banyak gula pastu ada kafein tak mustahil bertenaga.
2. Sebelum main bowling pastikan dah makan awal dan tidak letih
~ tak perlu minum Tongkat Ali.
3. Minumla Tongkat Ali original yang direbus akarnya untuk diminum
~ tiada bahan pengawet / kimia.
4. kalu korang perasan tin minuman bertenaga ni semua pakai tin keras..nape??
~Bayangla perut korang yang nipis tu...
5. Untuk kuat tenaga zahir dan batin elokla berpuasa..sahur dan berbuka..InsyaAllah..


Sherlock Holmes Adventures


Buku ni kompilasi kisah penyiasatan Sherlock Holmes. Gaya penceritaan agak menarik
(sebelum beli dah belek depan belakang baca introduction..)
so tak boleh nak cerita banyak, sebab baru je baca sampai muka surat doblas..
(Tetido..huhu)..
Katun Conan pun inspire daripada kisah penyiasat terkenal Sherlock Holmes ni.
Merangkak jugakla nak paham certain istilah yang tak biasa kita guna.
Standbyla kamus kat tepi..
Buku ni baru semalam beli hehe..harap2 laratla nak perabis bacanya...kira invest
untuk diri jugak baca buku ni...layan...

Isnin, 10 November 2008

Badminton

Setahun dah keje kat Penang jumpa semula kawan serumah masa kat KL dulu.
So dia (Asri a.k.a Din) ajak join main badminton ngan geng tempat keje dia. Baru -baru main
kena belasah jela..tapi 3bulan pastu dah improve. Dari sebatang raket dah jadi
4 batang. Agak costly jugak main badminton ni. Sewa court, shuttle, string
raket putus. Selalu main kat Jubli Perak, Kompleks Permata, kadang-kadang Pisa,
Sg Ara, Sekolah Cina dekat Pisa tu..masa tu kemaruk la.
Tak lama selepas tu barula budak ofis mula bergiat dalam aktiviti badminton ni.
Oraitla masa tu aku dah terror...hahaha.
Time betul-betul fight kalau main dengan member tempat keje kawan aku..Pergh
confirm basah peluh 'semua'...

Ahad, 9 November 2008

Photo Editing


Belajar editing ni bukan terus boleh pandai sehari dua tapi kena selalu latihan.
Bermula basic touching sehinggalah ke peringkat high level. kadangkala foto
kita shoot tak dapat seperti yang kita hendak so editing memainkan peranan.
Paling penting belajar editing ni adalah minat..datang minat barulah tekun
nak belajar...Aku start belajar editing foto ni sejak tahun 2000..belajar sikit2..
Ni kira belajar tak formal. Belajar sampai bila-bila pun tak habis kan..layaann!

Highway Lamp Post

Agaknya kalau rosak lampu tepi highway ni camane nak ganti ek??....Hahaha
(Gelakkan korang pun tak tau..)

Selasa, 4 November 2008

Speedtest Broadband

Sesaje test speed broadband kat opis aku...result 57Mb / 7Mb pergh! Agak laju juga.
Tapi agaknya bila dah didistribute ke byk PC dapat sorang sikit kot..
Teringat zaman dulu2 pakai dialUp 54Kb kekadang dapat 28Kb jer..betapa sengsaranya
ketika itu..hehe
Zaman dah berubah dunia dah maju..!

Isnin, 3 November 2008

Teloq punya hal..

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik
dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu
ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Al- Baqarah: 168

Memang best weekend morning pekena teloq ayam 2biji separuh masak.(Tapi yang gelinya melekat lagi taik ayam kat kulit telur tu..Uweekk!)Ni nak peringat kepada penggemar burger atau roti canai. Perati sikit telur ayam kat gerai tu samada dalam bekas telur (belum dibasuh) atau dalam bakul(sudah dibasuh). Kebanyakan kedai yang aku perati banyak guna telur ayam yang tak basuh.Bayangkanlah dia pecah telur yang terlekat najis tu pastu tebar pulak roti canai yang korang order. Samala burger..Tangan tu yang pecah telur,kira duit dan tanpa dibasuh pegang pulak burger yang korang nak makan.kalau korang jenis tak kisah takpela tapi kalau nak anak2 cerdik,yang dengar kata ha..janganla makan benda2 yang najis. Belum kira taik ayam tu ada virus ke ha lagi haru tak pasal tidur hospital..

Jumaat, 31 Oktober 2008

Remove Bluetooth!

Teknologi bluetooth boleh menyelongkar isi handphone anda dari jarak 1KM! Percaya?
Notis diatas dikeluarkan pihak berkuasa luar negara agar tidak meninggalkan laptops
dalam kereta kerana ia boleh dikesan melalui gadjet Bluetooth.
Bila berada dikawasan orang ramai sila hide atau off bluetooth untuk mengurangkan
risiko terkena virus atau digeledah. Almaklumlah mana tahu ada ambik gambar seksi
sendiri simpan dalam handphone..hah jahanam satu Malaya tahu!

Khamis, 30 Oktober 2008

Pasaran Saham dan Krisis Kewangan

Krisis kewangan dunia turut menjejaskan pasaran saham di malaysia..
chewah ayat macam pembaca berita je..Sebagai rakyat Malaysia yang
prihatin kita mesti ambil tahu (bukan tauhu!) berkenaan pasaran
saham sekarang. Tengokla graf syarikat ni. Start bulan April mula
dah jatuh sampai sekarang dan aktiviti jual beli terhenti kerana
minat pelabur untuk melabur kurang. Iyela kalau kita pun nak
melabur mestila nak pulangan kalau melabur tapi rugi tak
berbaloi le..Syarikat bila tiada pelabur maka aktiviti perdagangan
terhadla berikutan bajet yang kurang. Mungkin krisis 98 dulu
menyebabkan kita kurang merasa kesan krisis sekarang ni.
Index komposit sekarang pun dah turun bawah 900 mata.
So aku advicele kalu sesapa ada duit lebih bolehla melabur sikit2
dalam pasaran saham sebab ada syarikat yang harga tengah
jatuh lebih 50%..InsyaAllah bila pasaran dah ok bolehla jual untuk
dapat profit. Bayangla kalau sekarang beli 1 saham 50c tahun
depan harga sesaham naik RM2..beli 10ribu unit pulak tu..
pergh lumayan....


Rabu, 29 Oktober 2008

Hujan Oh Hujan!

“... Dan engkau lihat bumi ini kering tetapi setelah kami turunkan air (hujan) padanya,
ia menjadi lembut dan subur dan menumbuhkan pelbagai macam tumbuhan dan
buah-buahan yang cantik dan lazat.” (Al-Hajj: 5)

Begitulah Maha Suci Allah menjadikan hujan untuk faedah manusia. Selalu kita
dengar orang merungut tentang hujan.."susahla camni nak gi keje hujan plak..!"..
"Hari2 hujan susahla macamni!"..Lebih kurang macamtula dialog yang selalu
kita dengar. Nauzubillah!..Hujan itu rahmat, elok kita berdoa semasa hujan
turun dan bayangkan pulak jika kita merungut, memaki..waktu itu.

Foto ni aku snap dari office. Cuma setempat je yang hujan kawasan lain masatu terang.
Macam air terjun!


Selasa, 28 Oktober 2008

Marryland Chicken - Chicken Chop

Sebelum balik singgah makan kat Kg Baru. Kalu turun Kl sure pi sini makan.
Tapi.. dulu Chicken Chop punya sos special skit kuah macam Chicken Chop KFC
tu tapi sekarang macam letak sos je..
Air mango pun kaler dah pudar je, jika nak dibanding dulu nampakla kuning
mango tu..(Rm2.50) Aku order Marryland Chicken lebih rm1 daripada
Chicken Chop. (RM9)..
Bro waiter tu inform bezanya cuma Marryland Chicken bahagian dada,
Chicken Chop part lain. Bila makan rasanya macam makan nugget cecah sos..sebijik!


Gadis di pinggir kali..

Dari carpark ke STAR Bukit Jalil ada sungai dan ramai juga fellas memancing dan ada juga yang menjala di situ.
Elok juga masa lapang dipenuhi dengan aktiviti berfaedah seperti ini. Daripada 'dating' perabis duit kat shoping complex baikla sekali sekala beriadah kan...sweet moment tu...huhu (sporting tu aweks ni ek!)

Testimonial - Gear baru!

Agak menawan juga output daripada gear baru ni..TTL Flash baru baca manual tapi yang tak tahan sebiji bateri AA RM22..2biji?? Rm44 hengget! Agak costly bila involve dgn photograhy ni. Tapi bagi aku "Something is better than nothing" mcm skill investing juga..Mungkin akan jadi sangat berguna pada suatu masa. Wat masa skrg aku dah invest banyak sektor..so Photography ni salah satu cabang investing..










Khamis, 23 Oktober 2008

DSLR MANIA!

Oh! Nafsuku tak terbendung lagi melihat Flash TTL itu lantas aku pun tanpa berfikir panjang terus je deal
angkat satu lagi DSLR. Jadi takde masalah nak tukar lens bila shoot..bawa sekali dua hahaha...Mula cadang
nak angkat Flash je..7rat-lebih..alang-alang menyeluk pekasam angkat sekali Body ngan Lens....
Weekend turun KL jalan-jalan testing kamera baru...haha

Jumaat, 26 September 2008

Memori Nadamurni

Penjejakian album-album nasyid Nadamurni. Sempena Aidilfitri ni aku bermalam-malam menerokai alam cyber nih mencari album-album ni..Dengar semula suara Munif-Hijjaz dan Asri-Rabbani masa muda2 kat Nadamurni.
Album Aidul Mubarak ni memang tak mengecewakan sesiapa yang mendengar...evergreen.....ada juga lagu seperti HARI RAYA HANYA DI SYURGA dinayanyikan semula tapi tak samala cam dlm album ni...
Kompilasi terbaik dari album-album aidilfitri dimuat dalam album ni..mungkin album ni diterbitkan semula pada masa tak berapa lama dulu..so bolehla cari2 di kedai jual kitab atau kaset,CD agama. Wallahualam..

Rabu, 24 September 2008

Base Jump KOMTAR 2008

Bangunan KOMTAR (Komplek Tun Abdul Razak) Pulau Pinang. Bangunan setinggi 65 Tingkat di Georgetown ini menjadi salah satu venue setiap tahun acara ini. So tahun ni dengan berbekal lens 150mm dengan speed yang tak berapa laju 3.5 aku pun mencuba try test kemampuan DSLR aku nih...
Petua nak shoot photo ni set focus kepada C-F, continous focus / servo dan Metering centre point. Shutter set 1/400 @ 1/500. Cuaca terang set je ISO 100 - 200. dan pastikan siap-siap adjust lens ke 145-150mm.
Angle ambik dari tempat terjun...InsyaAllah foto tak blur..lagi bagus kalau ada lens 300mm...next year kot!

Penerjun semua ni memang Pro..laluan ikut sama je..so cari je angle yang sesuai ha dapatla view from bottom nih..
Brother ni sempoi je nak pi terjun..siap bagi pose giteww..byk lagi foto yang menarik tapi tak larat nak merge jadi single photo..Apapun shoot pada pelbagai keadaan menjadikan kita bersedia untuk task yang berbeza-beza. Kawalan Lens,Fokus,ISO,Shutter, Metering adakala tak membantu untuk dapatkan foto yang menarik. Lebih mudah shoot masa cuaca panas pakai Program atau Auto lagi membantu!

Jumaat, 19 September 2008

EX5 - 2001

Ini kisah EX5-2001..banyak kisah ttg produk keluaran Japan ni. Memang diakui Made in mana membezakan jenis sesuatu produk itu. Japan, Korea, China, Thailand..First class tentula Made in Japan.
Pengalaman aku paling banyak dgn Ex5 ni masa balaja kat KL dulu. Balik kg pertama aku kena tinggal ngan kawan2 kat highway sebab barang masih standard lagi..balik kg kali kedua preparation just tukar spoket 17-34. Ha korang pulak kena tinggal..haha..dari Sg Besi keluar Tol Tangkak ambil masa 3jam. Apa taknya setiap kali balik throotle perah maximum out meter, berenti pun isi minyak kat ayer keroh. Seronoknya bila balik ramai-ramai. Accident pun sekali je masa kat Segamat lompat divider kena 5 jarum (koyak dagu) tapi Ex5 ni tak apa-apa2 pergh.
Sentimental Value...taklehla nak cite hahaha...(suci woiii)...petua nak jaga motor ke kereta ke bagi nampak ayu biar je standard jgn modified apa2 pastu pakai minyak enjin mahal skit..mesti nampak baru je..kalu dah 'usik' tak suci la beb...haha..brand Honda memag wa salute!!!

PW3 - Pendawai 3-Fasa


Lulus dgn jayanya..abis check semua ok, so team IKM nak clear board projek yang aku buat.. Kisahnya dah
nak tanggal projek baru teringat ada bawa kamera...so hanya dapat shoot scene ni je..huhu
Masa 6 jam, board kosong, conduit belum potong, trunking belum kerat, wayar masih bergulung..pergh..
dengan separuh mati aku mengerjakan benda-benda tu semua ikut kehendak soalan Suruhanjaya Tenaga.
Balik exam terus gi klinik sebab tapak tangan pecah masa potong trunking..hasil pengalaman selama
belajar bekerja dapatla sekeping sijil yang memperakui sbg Pendawai 3 Fasa (415V). Kesimpulannya tak rugi kalau buat kerja lebih kerana akan datang ia akan jadi berguna...

Isnin, 4 Ogos 2008

Hari ini kita berpisah



*Haiku ni untuk kawan-kawan masa hari-hari terakhir form 5 dulu. so sesuai ditujukan kepada Pu3, Maz, dan
Noraliza kawan baik yang telah berpisah (serentak pulak tu...haha)

Hari ini kita berpisah

Sampai bila-bila pun tidak berubah
Kita sebagai kawan
Hari esok kita menyaksikan
Jalan ke arah cita-cita

Seperti burung yang berterbangan
Kita hidup bebas di langit
Hari ini kita berpisah
Sehingga hari kita berjumpa lagi

Kegembiraan yang kita percayai
Jagalah baik-baik
Hari ini kita berpisah
Sehingga hari kita berjumpa lagi

Ahad, 3 Ogos 2008

Tilawah Al Quran TM Pulau Pinang


Pagi sabtu yang agak suam2 aku dikejutkan dgn panggilan telefon.."Shahrul, hang kat mana?.."
Adegan seterusnya tak perlula diberitahu..haha (terlajak plak..). Gambar sekitar Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat TM P.Pinang. Sampai sana adjust camera, pastu sarapan, pastu shoot mana yg patut. Foto diatas tu kalau real takde glass Sirim tu..dan aku masih lagi mengasah bakat memanipulasi foto dan surrounding.

Proud to be Malaysian!

Bulan Merdeka datang lagi..masa study dulu ada jugakla turun Dataran Merdeka atau KLCC..zaman
keje ni rasanya dah xde masa untuk semua tu. Teringat juga sajak kartunis Ujang tentang Hari Merdeka memang tak boleh lupa..

ATUK MERDEKA

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,

Aku ingin menjadi kayu.

Jika kau menjadi kayu,
Jadilah kayu golf,
Disebut kayu tetapi besi,
Diulit Dato', tauke dan menteri.
Jangan kau menjadi tunggul.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi pagar.

Jika kau menjadi pagar,
Jadilah pagar karan,
Dipicit suis power berjalan,
Dirempuh diusik, boleh pengsan.
Jangan kau jadi pagar makan padi.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila kau besar nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi mangkuk.

Jika kau menjadi mangkuk,
Jadilah mangkuk purba zaman batu,
Buruan ahli arkeologi setiap waktu,
Membawa bukti tamadun dan ilmu.
Jangan kau menjadi mangkuk hayun.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila kau dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi bintang.
Jika kau menjadi bintang,
Jadilah bintang di langit,
Tiada boleh ditukar wang ringgit,
Tidak boleh dijolok dikait.
Jangan kau menjadi bintang tiga.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi seluar dalam.

Jika kau menjadi seluar dalam,
Jadilah seluar dalam Superman,
Sarung di luar nampak gentleman,
Tiada manusia memberi komen.
Jangan kau menjadi seluar dalam model playboy.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin merdeka.

Jika kau ingin merdeka,
Lupakan tentang perarakan di Dataran Merdeka,
Simpanlah budget kereta berhias dan pentas lintas hormat,
untuk membeli kayu,
untuk membeli pagar,
untuk membeli mangkuk,
untuk membeli bintang,
untuk membeli seluar dalam,
untuk membeli MERDEKA.


UJANG K.Lumpur 92.
(Sajak ini pernah dideklamasikan sempena Malam Merdeka di UPM).

Rabu, 30 Julai 2008

Happy Birthday to Me..

Happy Birthday to Me...cepat masa berlalu usia makin bertambah..Melalui hari mendatang yang penuh cabaran hanya perlukan kesederhanaan...kena pikir camna nak kaya iman, harta, anak2..huhu
Terima kasih semua!
p/s: pagi tadi akak&anak buah nyanyi lagu birthday dalam telefon..pastu sorg2 wish birthday..huhu

Hadirah

latest anak sedara (girl)..hobinya suka didukung bw jalan2..tengoklah mata hitam dia..alahai suci je..

Anak Lembu

Anak lembu jantan ni berusia sebulan..tunggu setahun lagi besar mana agaknya..
masa beli ibunnya tengah bunting..ha tak sampai setahun dah kuar lagi sekor
sepuluh tahun lagi???...

Sukaneka Hari Peneroka Felda Tenang

Memang meriah acara sukaneka yang berlangsung. Kemuncaknya ialah acara tarik tali. Kategori lelaki dan wanita.
Meriah dengan penyertaan dan sokongan ramai memenuhi padang sekolah tadika Felda Tenang.



Sure punya kalah pasukan ni..biasanya susunan mesti berselang tapi ni sederet jek..tarik..tarik!








Hari Peneroka Felda Tenang 2008


Kesempatan balik kampung minggu lalu kebetulan berlangsung hari peneroka kat kampung. So dapatla
merasai susana itu setelah sekian lamanya berada ditempat orang. Acara pagi bermula jalan2 merentas desa dan sukaneka. Acara lain seperti pertandingan mewarna, gubahan, masakan, karaoke dll. Pameran dan jualan juga turut diadakan. Acara dirasmikan YB Parlimen Labis. cadangan pasni nak
create satu blog untuk Felda Tenang (on progress).

Jumaat, 18 Julai 2008

Bukit Bendera II

Second trip ke Bukit Bendera. Kali ni naik cable car.For this second trip objektif untuk ke titi gantung.Tapi yang tak seronoknya dari Stesen Cable Car menapak 2km pergi dan 2km balik dan seronoknya boleh shoot macam2 sepanjang perjalanan..






Khamis, 17 Julai 2008

My Gallery

Bermulanya aktiviti Freelance photographer sejak aku pakai compact vivitar 3.0 Mpixel. Kemarukla masatu shoot sana sini. Setiap event kat office aku shoot je. Masatu manala terpikir nak pakai DSLR. So nak dijadikan citer sebelum event pelancaran office aku tu Ketua Menteri nak melawat so HQ minta foto aktiviti, kebetulan masatu aku ada simpanan gambar semua tu..jadi banyakle foto yang diframe dan digantung di office cam galeri la...hahaha...

Selasa, 1 Julai 2008

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru - Shahanas & Shahafiz
Hari perkahwinan sepupu di Segamat, Johor. DSLR aku sempat
merakam foto-foto famili untuk kenangan. Cuaca yang baik
membantu dlm mhasilkan foto2 yang baik. Basicly dalam
photography shutter speed, ISO, dan Fstop memainkan
peranan untuk mengawal kemasukan cahaya ke CCD atau CMOS
kamera. Bila hari terang xde byk masalah untuk pakai zoom
lens atau high speed shutter. (cheewah ckp mcm profesional je..haha).

Gambar pertama ni kalau kat Johor..khususnya kawasan
kejiranan dipanggil 'pakat' definasi kepada kumpulan yang akan
gotong-royong semasa kenduri kahwin.
Sehari sebelum hari kenduri dipanggil 'rewang'. Haritu ramaila

sibuk tengah basuh ayam, potong daging, siapkan rempah,
pasang pelamin, dan mcm2 lagi tugas supaya hari esoknya kenduri
berjalan dengan lancar. Tak lupa bunga 'manggar'mesti ada.
Acara paling last budak2 akan berebut nak amik bunga manggar tu.
Tak tau la kenapa..(macamla xpernah jadi budak2..haha)..


Anak sedara aku ni namanya Muhammad Hafiz..mak dia cakap dia ni susah nak makan nasi tapi kalau jumpa keropok tengoklah tu 2-2 tangan pegang keropok.



Gambar mempelai.. Inilah dia gambar kedua-dua mempelai. Gambar jadi cantik bila langit warna biru. Langit tu gambar kat tempat lain tapi aku sudah paste dalam foto ni..haha..Pandai amik gambar xcukup kena juga pandai oter.
Perjalanan balik kg aritu bermula dari Penang turun YongPeng pagi -> pi Hospital Sultanah Aminah JB ->pi Rumah Mak Utih /Lok Heng - -> Tanjung Balau, K.Tinggi..dan malam baru sampai umah.. Hari kedua baru pi umah mempelai.

Jumaat, 16 Mei 2008

Pekan Rabu, Alor Setar

Pekan Rabu Alor Setar destinasi kali ini. Kesempatan berada disana dapat juga shoot beberapa foto untuk blog ini.

Semua foto ni speed shutter 1/400 keatas. Maklumlah nak lintas jalan manala sempat nak cari angle, agak2 ok shoot terus. Inilah salah satu kelebihan kamera DSLR, banyak benda boleh adjust. Foto dibawah ini cantiknya tang color..
Foto dibawah ini temanya 'Selamanya Merdeka'. Walaupun masa berlalu nikmat merdeka telah kita rasai dan seharusnya kita terus berusaha untuk mengekalkan kesejahteraan dan kemakmuran negara.


Promote skit bangunan baru..masa shoot ni Sultan Kedah mencemar duli merasmikan bangunan ni.

Touring dalam masa sejam ni jalan2 dan sempat pekena Teh Ais kat Starwalk..
Orang kata nak lagi seronok jalan-jalan kat Pekan Rabu masa weekend, bukan apa..
Jalan-jalan cari jodoh..hahaha