Khamis, 30 Oktober 2008

Pasaran Saham dan Krisis Kewangan

Krisis kewangan dunia turut menjejaskan pasaran saham di malaysia..
chewah ayat macam pembaca berita je..Sebagai rakyat Malaysia yang
prihatin kita mesti ambil tahu (bukan tauhu!) berkenaan pasaran
saham sekarang. Tengokla graf syarikat ni. Start bulan April mula
dah jatuh sampai sekarang dan aktiviti jual beli terhenti kerana
minat pelabur untuk melabur kurang. Iyela kalau kita pun nak
melabur mestila nak pulangan kalau melabur tapi rugi tak
berbaloi le..Syarikat bila tiada pelabur maka aktiviti perdagangan
terhadla berikutan bajet yang kurang. Mungkin krisis 98 dulu
menyebabkan kita kurang merasa kesan krisis sekarang ni.
Index komposit sekarang pun dah turun bawah 900 mata.
So aku advicele kalu sesapa ada duit lebih bolehla melabur sikit2
dalam pasaran saham sebab ada syarikat yang harga tengah
jatuh lebih 50%..InsyaAllah bila pasaran dah ok bolehla jual untuk
dapat profit. Bayangla kalau sekarang beli 1 saham 50c tahun
depan harga sesaham naik RM2..beli 10ribu unit pulak tu..
pergh lumayan....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan