“... Dan engkau lihat bumi ini kering tetapi setelah kami turunkan air (hujan) padanya,
ia menjadi lembut dan subur dan menumbuhkan pelbagai macam tumbuhan dan
buah-buahan yang cantik dan lazat.” (Al-Hajj: 5)
Begitulah Maha Suci Allah menjadikan hujan untuk faedah manusia. Selalu kita
dengar orang merungut tentang hujan.."susahla camni nak gi keje hujan plak..!"..
"Hari2 hujan susahla macamni!"..Lebih kurang macamtula dialog yang selalu
kita dengar. Nauzubillah!..Hujan itu rahmat, elok kita berdoa semasa hujan
turun dan bayangkan pulak jika kita merungut, memaki..waktu itu.
Foto ni aku snap dari office. Cuma setempat je yang hujan kawasan lain masatu terang.
Macam air terjun!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan