Hari perkahwinan sepupu di Segamat, Johor. DSLR aku sempat
merakam foto-foto famili untuk kenangan. Cuaca yang baik
membantu dlm mhasilkan foto2 yang baik. Basicly dalam
photography shutter speed, ISO, dan Fstop memainkan
peranan untuk mengawal kemasukan cahaya ke CCD atau CMOS
kamera. Bila hari terang xde byk masalah untuk pakai zoom
lens atau high speed shutter. (cheewah ckp mcm profesional je..haha).
Gambar pertama ni kalau kat Johor..khususnya kawasan
kejiranan dipanggil 'pakat' definasi kepada kumpulan yang akan
gotong-royong semasa kenduri kahwin.
Sehari sebelum hari kenduri dipanggil 'rewang'. Haritu ramaila
sibuk tengah basuh ayam, potong daging, siapkan rempah,
pasang pelamin, dan mcm2 lagi tugas supaya hari esoknya kenduri
berjalan dengan lancar. Tak lupa bunga 'manggar'mesti ada.
Acara paling last budak2 akan berebut nak amik bunga manggar tu.
Tak tau la kenapa..(macamla xpernah jadi budak2..haha)..
Anak sedara aku ni namanya Muhammad Hafiz..mak dia cakap dia ni susah nak makan nasi tapi kalau jumpa keropok tengoklah tu 2-2 tangan pegang keropok.
Gambar mempelai.. Inilah dia gambar kedua-dua mempelai. Gambar jadi cantik bila langit warna biru. Langit tu gambar kat tempat lain tapi aku sudah paste dalam foto ni..haha..Pandai amik gambar xcukup kena juga pandai oter.
Perjalanan balik kg aritu bermula dari Penang turun YongPeng pagi -> pi Hospital Sultanah Aminah JB ->pi Rumah Mak Utih /Lok Heng - -> Tanjung Balau, K.Tinggi..dan malam baru sampai umah.. Hari kedua baru pi umah mempelai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan