Ahad, 24 Julai 2011

Malayan Tiger Vs Lion

Renung: Skuad Rajagobal kalah 3-6 ngan Liverpool,
Skuad Ong Kim Swee kalah 0-1 dengan Chelsea.
Nak dibandingkan lawan tentulah Chelsea lagi kuat.
Pertahanan Senior diketuai Hafiz Zamani Misbah berjaya
mengekang Striker antara yang terbaik dunia,
Drogba, Anelka dan Torres. Manakala perlawanan
terbaru menentang Singapura, pertahanan Malaysia
dan penjaga gol lagu tu jugak..macam tak bersungguh
je nak main. Striker Singapura tu dahla tua pastu gemuk
pun tak boleh nak jaga. Geleng kepala makcik Kiah wehhh..

Termenung: Kalau dilihat pasukan yang hebat..pertahanan
selalunya diketuai pemain yang ada karisma. Contohnya:
Barcelona: Puyol, MU: Ferdinand, Chelsea: John Terry,
AC Milan: Zambrotta dan lain-lain lagi.
Logiknya 'orang lama' boleh bagi arahan pada pemain
muda bagi mengawal situasi. Tapi bila dah sama-sama
muda masing-masing buat hal..ego..bila ego jadilah
aksi-aksi miscommunication hingga mendapatlah
lawan gol-gol 'buy 1 free 4"...

Harapan: Moga perlawanan timbal balik nanti
pasukan Malaya dapatlah menebus kembali
kehampaan peminat dan penyokong
pasukan Harimau Malaya pada perlawanan
yang lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan