Ahad, 7 Ogos 2011

Jongkang - Jongket dalam Pesbuk

Selamat menjalani ibadah puasa..Semoga dibulan
yang mulia ini sama-samalah kita memperbanyakkan
amal ibadah.

Kisahnya: Terasa nak bercerita pasal Jongkang-Jongket..
Praktikalnya Jongkang-Jongket ni kalau nak main mesti
kena berdua,  kalau tak mana maunya..
Sama macam sesetengah orang yang menge'post'
kat Pesbook.. wah ayatnya mesti nak UP diri
sendiri..tak pun men'DOWN' kan orang lain..serupa
Jongkang-Jongket..haha..

Lapang Sasar: Dah jadi trend sekarang bila emosi
je terus 'shoot' dalam Pesbook..kononnya orang lain
tak tahulah sapa yang dah terlentang kena tembak tu..
Kalau main Jongkang-Jongket dah tentulah orang lain
tahu dengan sapa kita bermain iye tak???..tapi kalau
nak carut kat dinding Pesbuk pasal keeper Singapore
aritu yang main macam %&#@$' dipersilakan..haha

 Playsafe: Dok diam-diam sudah..haha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan