Ahad, 17 Julai 2011

You'll Never Walk Alone

Liverpool: Kunjungan pertama kali pasukan The Reds
ke Tanah Melayu ini sangatlah dinanti oleh penyokong
setianya. Walaupun Gerrard tak datang tapi muka
dia paling besar dalam poster. Tapi itu bukan masalah
bagi pasukan Burung (logo) untuk menundukkan
Sang Harimau tanpa kehadiran tunggak utamanya.

90 minutes: Seperti "Cakap serupa bikin" The Reds
telah membuktikan untuk 'bagi' lebih dari Arsenal
beri kat pasukan Harimau Malaya.
Keputusannya adalah seperti dibawah:

Final Score / Result : Liverpool vs Malaysia 6-3
27' [1 - 0] C. Adam (pen.)
 43' [1 - 1] Saffiq Rahim
69' [2 - 1] D. N`Gog
70' [3 - 1] D. N`Gog
75' [4 - 1] M. Rodriguez
 80' [4 - 2] Sali
82' [4 - 3] Sali
90' [5 - 3] M. Rodriguez
90' [6 - 3] D. Kuyt

Kelana Jaya LRT: 5.05 PM
Seorang pakcik India pakai jersey Liverpool
bertanya di kaunter tiket bagaimana nak ke Bukit Jalil
dari Stesen KJ sambil menyatakan dia first time
naik LRT. Brother tiket pun suruhla dia tukar tren
kat Masjid Jamek nanti dan ambil tren ke Bukit Jalil.

1st Time: Selepas tiket dibeli pakcik tadi pun
nak access ke ruang menunggu sambil
meletak tiket ke tempat 'touch n Go' dengan
harapan sekatan pintu akan terbuka.
"Sah, memang 1st time dia ni naik LRT.."
dalam hati aku..
Ringkas cerita aku pun suruh dia masukkan
kad tadi ke slot tiket.
Masa menunggu sekali pakcik tadi bertanya,
tren mana yang pegi Masjid Jamek.
Sebab KJ adalah last stesen jadi semua
tren akan ke Masjid Jamek.

Kisahnya: Suasana masa tu agak pelik sebab
jam dah pukul 5:10 petang dan Kick-off dijangka
5.45 petang. Rasa nak sampai on time ke stadium
memang tak dapatla pakcik. Lagipun dia sorang je
yang pakai jersey Liverpool. Aku pulak jadi risau
tengok pakcik tu gelisah je macam tak sampai
je dia ke stadium tu nanti.

Stesen Asia Jaya: Sekumpulan penyokong
Liverpool naik tren..dengan jersey dan gayanya
dah tentulah nak ke stadium dan stesen berikutnya
pun ada juga fans yang sama arah tujunya..
Lega kot pakcik tadi..just follow je la diorang..
Terpikir jugak aku..patutla motto Liverpool;

YOU'LL NEVER WALK ALONE!... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan