Khamis, 2 Jun 2011

Lampam Pasir Salak


JWW Birch: Kawasan di belakang Resort Pasir Salak ini
dipercayai tempat dimana JWW Birch telah dibunuh
menjadi lokasi memancing kali ini.

Umpan: Selepas sarapan aku terus pacak joran
guna umpan roti. Tiada hasil. Test pakai cacing hanya
dimain-main anak-anak ikan.

Sifu:  Sedang memancing, tak lama tu datang sorang
pakcik mencadangkan guna umpan sawit..
"Area sini elok pakai sawit buat umpan"..aku pun
bagitau "takpelah pakcik..saja-saja je ni.. 
Dah tak larat menunggu, aku handover kat adik
ipar yang dulu-dulu katanya gila memancing jugak.
Sambil tu aku pun berborak-borak dengan
pakcik nih yang menetap di Kampar dan sedang
bercuti bersama keluarga di resort ini.


Penganyir: Pakcik yang sentiasa senyum dan 'cool'
ini tak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman.
Apa saja soalan aku pasal memancing dia jawab
dengan penuh minat.

Change Strategy: Kisahnya dalam perjalanan ke resort
pakcik ni tak bawa alat kelengkapan mancing..tapi sempat
kutip buah sawit sebagai 'standby'. Buah sawit dipotong
dadu dijadikan sebagai umpan.

Hasil: Tak lama selepas itu joran ditarik dan dengan
tenang pakcik mengendalikan aksi tarik menarik
untuk mendaratkan ikan yang tersangkut pada kail.
Hasilnya Lampam lebih kurang 700-800 gram
berjaya didaratkan.
Puas: Macam tak percaya ikan makan sawit kan..
besar pulak tu. Begitulah pengalaman berharga yang
sempat dikongsi bersama pakcik yang ku kira 'Sifu'
dalam arena pemancingan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan