Selasa, 21 Jun 2011

Saman jangan tak saman...

Parking: Sibuk-sibuk time beli barang kat Segamat aritu
dengan tidak semena mobil ku telah disaman penguatkuasa
Majlis Daerah kerana gagal mempamer tiket paking.

5 Minit: Baru sekejap aku tinggal dah kena..very effective
betul pakcik-pakcik nih menjalankan tugas.

Settle: Nak settle camne nih ek..so tak lama tu nampakla
brother yang saman mobil aku tengah memerhati kawasan
berhampiran.
Aku pun datang dengan gaya Cool watak Malek dalam
KL Gangster lakonan Aaron Aziz..
"Salam Bang..saman ni camne nak settle ek.."
Brother tu pun jawab, "Boleh settle..tapi kena beli buku tiket
harga rm6 dulu"..sambil mengambil sesuatu dari beg sandangnya....""
"Macamana?".. tanya Encik tadi sambil menunjuk buku tiket.
Okeylah..jawab aku sambil menyeluk poket mencari
note rm5 dan seringgit.
Selepas harga dibayar, Encik tadi mengoyakkan
sekeping tiket dan lebihnya diberi kat aku.
Maka kejadian itu berakhir tanpa aksi-aksi dari filem
KL Gangster..haha.

Bagus: Aku sokong cara pendekatan seperti ini.
Jangan macam pihak lain yang kebulur sangat nak
makan duit saman..Motor EX5 parking depan
kedai mamak pukul 11 malam pun
ko saman?...what the...!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan