Khamis, 28 Mei 2015

Sungai Anugerah AlamTerindah

Sungai adalah anugerah alam yang tak ternilai harganya. Bagi kaki pancing tegar
khususnya, sungai ibarat sahabat sejati yang setia mengalirkan airnya mengikut pasang
dan surut. Indahnya sungai dengan kejernihan maka banyakla khazanah didalamnya dan sebaliknya, tercemar sungai maka terganggulah segala hidupan didalamnya. 
     Istilah membangau sangat sesuai digambarkan bilamana sungai airnya
keruh. Bila lalu di tali air sawah jika terlihat airnya keruh macam teh susu
eloklah batalkan sahaja niat nak memancing sebabnya air yang masuk ke tali air 
adalah datangnya dari sungai. Begitulah tips yang diberikan seorang kenalan
yang kerap kali menyapa aku ditepi sungai dan menjadi rakan diskusi tepi sungai.
Tambahnya lagi bilamana air sungai keruh ikan-ikan didalamnya seakan pasif
atau kata lain susah sangat nak makan umpan pancing. Tidak seperti masa-masa
air tidak keruh seperti warna bulu kera ikan-ikan lebih galak untuk memakan
umpan pancing.
   "Bukan takde ikan, cuba pakai roti..Patin ada time air keruh macamni"..begitu
pulak kata pakcik aku memberi semangat. Perkara yang aku perasan bila berbual
dengan kaki pancing tegar bila dengar ceritanya lima puluh peratus apa yang 
diceritakan macam cerita bohong. Mula-mula susah nak diterima akal tapi lama
kelamaan kita boleh menerima kebenaran cerita itu.
Contohnya umpan ikan guna sawit sebiji, naikkan tongsan 20kg guna tali 10paun,
joran patah tiga disentap Temoleh, pancing tak guna batu atau pelampung, joran
sembat naikkan Patin 10kg. dan banyak lagi kisah-kisah yang tak kurang seram
dan misterinya.

    Sesungguhnya sungai itu adalah indikator perlakuan manusia disekitarnya.
Cantik dan jernihnya sungai adalah refleksi kepada masyarakat yang
sentiasa menjaga kebersihan dan memelihara hutan yang menapis
dan membekal air yang bersih ke sungai dan begitu juga sebaliknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan