Ahad, 15 April 2012

Kisah Banduan Lari Dari Penjara Shawshank

Shawshank Redemption (1994): Antara filem terbaik yang pernah
aku tonton masa zaman sekolah dulu dan kini dah keluar dalam
format HD. Tentunya tak bosan melihat lakonan mantap Freeman (Red)
sebagai pencerita tentang rakan sepenjaranya (Andy Dufresne) iaitu hero dalam filem
ini yang dipenjara akibat kesalahan membunuh isteri bersama kekasih gelap isterinya.

Era: Filem berlatar era 40an ini akhirnya membuktikan bahawa
Andy tidak bersalah setelah ada banduan baru yang masuk
menceritakan semula kisah kawannya yang telah membunuh
isteri Andy. Ceh..baru teringat cerita 'Juvana' lakonan botak
tiru jalan cerita filem ni...hampeh..


Happy Ending: Kesudahan cerita ini hero berjaya melepaskan
diri  setelah 20 tahun dalam penjara dengan membuat terowong
rahsia melalui dinding sel serta keluar dengan mencilok duit warden
yang jahat. Red dibebas setelah merengkok 40 tahun dalam penjara
dan bertemu Andy di Zihuatanejo.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan