Rabu, 11 April 2012

Daulat Tuanku

Menjunjung kasih: Alhamdulillah dibawah pemerintahan raja-raja
melayu, Malaysia aman damai dan dirahmatiNya. InsyaAllah.

Cuti Umum: Lega betul dapat cuti time keje tengah banyak
yang datang dari kiri,kanan,atas, bawah. Apa maknanya tu..?
Maksudnya masa makin pantas berlalu dan cuti umum ini
sangatlah bermakna bagi pekerja yang bekerja office hours.

Kenangan: Bila terkenang masa kat Shangri-La dulu time
orang cuti kita le sibuk kena kerja..job banyakla time
orang lain cuti. Paling tak lupa masa masa mesyuarat
raja-raja kat istana negara KL..aku kena serve dinner
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang kini menjadi
Agong ke-14 Malaysia di sebelah kanan dan permaisuri
Perak duduk di sebelah kiri.

Ketaq: Nak dicerita cawan ngan saucer kat istana memangla kaca
tapi ringan macam plastik. Ntah macamana boleh te'ketaq'
masa nak serve coffee tea, kuat pulak bunyi cawan ikut ter'ketaq'..
aduhai awatla buat perangai time-time macamni..masa serve 'main course'
mungkin tak ketara sebab plate berat.
Alhamdulillah, selepas tu semuanya berjalan dengan lancar..
Begitulah kenangan saya bersama tuanku. Ampun Tuanku!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan