Ahad, 24 Julai 2011

Malayan Tiger Vs Lion

Renung: Skuad Rajagobal kalah 3-6 ngan Liverpool,
Skuad Ong Kim Swee kalah 0-1 dengan Chelsea.
Nak dibandingkan lawan tentulah Chelsea lagi kuat.
Pertahanan Senior diketuai Hafiz Zamani Misbah berjaya
mengekang Striker antara yang terbaik dunia,
Drogba, Anelka dan Torres. Manakala perlawanan
terbaru menentang Singapura, pertahanan Malaysia
dan penjaga gol lagu tu jugak..macam tak bersungguh
je nak main. Striker Singapura tu dahla tua pastu gemuk
pun tak boleh nak jaga. Geleng kepala makcik Kiah wehhh..

Termenung: Kalau dilihat pasukan yang hebat..pertahanan
selalunya diketuai pemain yang ada karisma. Contohnya:
Barcelona: Puyol, MU: Ferdinand, Chelsea: John Terry,
AC Milan: Zambrotta dan lain-lain lagi.
Logiknya 'orang lama' boleh bagi arahan pada pemain
muda bagi mengawal situasi. Tapi bila dah sama-sama
muda masing-masing buat hal..ego..bila ego jadilah
aksi-aksi miscommunication hingga mendapatlah
lawan gol-gol 'buy 1 free 4"...

Harapan: Moga perlawanan timbal balik nanti
pasukan Malaya dapatlah menebus kembali
kehampaan peminat dan penyokong
pasukan Harimau Malaya pada perlawanan
yang lalu.

Ahad, 17 Julai 2011

You'll Never Walk Alone

Liverpool: Kunjungan pertama kali pasukan The Reds
ke Tanah Melayu ini sangatlah dinanti oleh penyokong
setianya. Walaupun Gerrard tak datang tapi muka
dia paling besar dalam poster. Tapi itu bukan masalah
bagi pasukan Burung (logo) untuk menundukkan
Sang Harimau tanpa kehadiran tunggak utamanya.

90 minutes: Seperti "Cakap serupa bikin" The Reds
telah membuktikan untuk 'bagi' lebih dari Arsenal
beri kat pasukan Harimau Malaya.
Keputusannya adalah seperti dibawah:

Final Score / Result : Liverpool vs Malaysia 6-3
27' [1 - 0] C. Adam (pen.)
 43' [1 - 1] Saffiq Rahim
69' [2 - 1] D. N`Gog
70' [3 - 1] D. N`Gog
75' [4 - 1] M. Rodriguez
 80' [4 - 2] Sali
82' [4 - 3] Sali
90' [5 - 3] M. Rodriguez
90' [6 - 3] D. Kuyt

Kelana Jaya LRT: 5.05 PM
Seorang pakcik India pakai jersey Liverpool
bertanya di kaunter tiket bagaimana nak ke Bukit Jalil
dari Stesen KJ sambil menyatakan dia first time
naik LRT. Brother tiket pun suruhla dia tukar tren
kat Masjid Jamek nanti dan ambil tren ke Bukit Jalil.

1st Time: Selepas tiket dibeli pakcik tadi pun
nak access ke ruang menunggu sambil
meletak tiket ke tempat 'touch n Go' dengan
harapan sekatan pintu akan terbuka.
"Sah, memang 1st time dia ni naik LRT.."
dalam hati aku..
Ringkas cerita aku pun suruh dia masukkan
kad tadi ke slot tiket.
Masa menunggu sekali pakcik tadi bertanya,
tren mana yang pegi Masjid Jamek.
Sebab KJ adalah last stesen jadi semua
tren akan ke Masjid Jamek.

Kisahnya: Suasana masa tu agak pelik sebab
jam dah pukul 5:10 petang dan Kick-off dijangka
5.45 petang. Rasa nak sampai on time ke stadium
memang tak dapatla pakcik. Lagipun dia sorang je
yang pakai jersey Liverpool. Aku pulak jadi risau
tengok pakcik tu gelisah je macam tak sampai
je dia ke stadium tu nanti.

Stesen Asia Jaya: Sekumpulan penyokong
Liverpool naik tren..dengan jersey dan gayanya
dah tentulah nak ke stadium dan stesen berikutnya
pun ada juga fans yang sama arah tujunya..
Lega kot pakcik tadi..just follow je la diorang..
Terpikir jugak aku..patutla motto Liverpool;

YOU'LL NEVER WALK ALONE!... 

Rabu, 13 Julai 2011

Malaysia vs Arsenal 2011

Live: Perlawanan Malaysia menentang kelab Arsenal
yang berlangsung di KL berakhir dengan pasukan
Malaysia dicincang sayur 4-0 oleh The Gunners.
Siaran Langsung yang memang jangan harapla nak
disiar di Tv1,2,3 lekok walaupun pasukan Malaysia
yang tercungap-cungap ngejor bola dihambat lawan
sampai tak nampak gol pasukan lawan yang bermain.

Pepatah: "Hujan emas di negeri orang, nak tengok
Live bayarlah wang!"...mungkin tak rasa ralat pun
tak tengok pasukan Malaysia main. Cuma teringin
nak tengok Van Persie, Arshavin dan Nasri tunjuk
skill.

TV Arab: Walaupun pengulas speaking Arab,
tapi aku pahamla bila dia sebut gollll... amik ko
Fahmie dapat bola chip..adoiii lompat tak sampai
pulak...
Next game Malaysia ngan Liverpool dan Chelsea.
Cam biasa tv arab sedia meyiarkan secara percuma.

Ahad, 3 Julai 2011

Sate Paling Sedap

Tag: Sedapkah Sate ini???..
Selalu orang akan tanya..kat mana ek Sate yang
paling sedap??

Penghubung Kasih: Agak peliknya bila lihat seseorang itu
order Sate kat kaunter dan makan sorang-sorang.
Sangatlah janggal dalam sosio budaya masyarakat
Malaya ini.
Kalau tanya aku Sate yang paling sedap;

Sate Paling Sedap masa: 
1. Abah beli Sate makan ngan adik-beradik
2. Gaji pertama beli Sate makan ngan family
3. Boss belanja staff makan Sate
4. Makan ngan kawan-kawan masa study
5. Makan dengan orang tersayang

Nostalgia: Sedapnya Sate bila kenangan
kenangan itu datang bersama.

Note: Sate Kajang lagi bagus dari Ampang, muktamad.