Selasa, 28 Jun 2011

Enggang sama Enggang..Pipit sama Pipit

Pepatah: Sudah begitu adatnya dalam masyarakat
kita. Orang kaya kawen ngan orang kaya dan
sebaliknya..Bagai dalam filem Ibu Mertuaku..ala Kasheemm!

Kisahnya: Tapi memang itulah hakikatnya
Enggang sama Enggang...haha..

Sabtu, 25 Jun 2011

BMW X6M kat mana murah ek?

Jatuh Cinta: Sekali terpandang X6M dijalan raya memang
rasa mak aii..menatang apa ni?..
Mantap: Pergh...giler kentang sikit punya solid..
terasa betul kemewahannya walau
sekali pandang dengan rim 21' dan
dijana 555 kuasa kuda. Bayangla
kalau sekor kuda berlari..ini 555 ekor.

Mewah: Sesuailah kemahalan dengan
kelajuannya. Cakap pasal mahal berapa
harganya ek?

Survey: Sebelum beli baik aku survey dulu..haha
Beli konon..tapi kat mana murah ek?
Dengan bersemangatnya aku pun collect harga
setiap negara dengan carian google pastu convert
kepada Ringgit Malaysia (RM). Pastu convert to graf.

Result: Fuh..nasib baik aku tak beli kat Malaysia..
Mahal giler sampai sejuta..
Baik aku beli kat US atau UK..boleh
jimat sampai 800 ribu...haha

Khamis, 23 Jun 2011

Many moods of Shahrukh Khan

Hero: Kebanyakan filem Shahrukh Khan yang berjaya
dibantu lagu-lagu yang best. Suara Udit Narayanan  dan
Lata Mangheskar sudah tentunya menghiasi slot nyanyian
penuh emosi suka duka.

Filem: Selalunya filem yang lagunya best-best
syok untuk ditonton macam Dilwale, Mohabbatein dan
Kuch-Kuch Hota Hei.

Biografi: Terdapat biografi ringkas Shahrukh Khan dalam
album ini. Dilahirkan dalam keluarga Muslim Pathani
di New Delhi dan berkahwin dengan Gowri.

Lagu: 12 lagu dimuat dalam album ini dipetik dari
filem-filem lakonan Shahrukh Khan yang satu pun
bukan Shahrukh Khan nyanyi.
Album ni hadiah untuk Opismate yang akan berpindah
ke Opis baru. Semoga gembira dan ceria
selalu ditempat baru.

Selasa, 21 Jun 2011

Saman jangan tak saman...

Parking: Sibuk-sibuk time beli barang kat Segamat aritu
dengan tidak semena mobil ku telah disaman penguatkuasa
Majlis Daerah kerana gagal mempamer tiket paking.

5 Minit: Baru sekejap aku tinggal dah kena..very effective
betul pakcik-pakcik nih menjalankan tugas.

Settle: Nak settle camne nih ek..so tak lama tu nampakla
brother yang saman mobil aku tengah memerhati kawasan
berhampiran.
Aku pun datang dengan gaya Cool watak Malek dalam
KL Gangster lakonan Aaron Aziz..
"Salam Bang..saman ni camne nak settle ek.."
Brother tu pun jawab, "Boleh settle..tapi kena beli buku tiket
harga rm6 dulu"..sambil mengambil sesuatu dari beg sandangnya....""
"Macamana?".. tanya Encik tadi sambil menunjuk buku tiket.
Okeylah..jawab aku sambil menyeluk poket mencari
note rm5 dan seringgit.
Selepas harga dibayar, Encik tadi mengoyakkan
sekeping tiket dan lebihnya diberi kat aku.
Maka kejadian itu berakhir tanpa aksi-aksi dari filem
KL Gangster..haha.

Bagus: Aku sokong cara pendekatan seperti ini.
Jangan macam pihak lain yang kebulur sangat nak
makan duit saman..Motor EX5 parking depan
kedai mamak pukul 11 malam pun
ko saman?...what the...!

Isnin, 20 Jun 2011

Alam Sekolah = Alam Kerja?

Memori: Zaman persekolahan telah lama berlalu..sesekali
terlihat foto dulu-dulu maka terimbaulah suka duka
alam persekolahan.
Enjoy: Zaman dah dah lepas memang enjoy rasanya sebab
dapat habiskan masa tu dengan geng-geng yang best.
Attitude: Kekadang zaman sekolah juga boleh
membentuk attitude seseorang..kalau dia rasa best
masa sekolah, maka dia akan rasa best juga masa keje..
Pandangan: Aku selalu jumpa orang yang
memang membosankan bila buat kerja..kira ada je yang
tak kena..hah dalam  imaginasi aku dah terbayang..
mesti masa sekolah dulu dia ni jenis yang membosankan...
confirm..haha

Khamis, 2 Jun 2011

Telur Pindang - Resepi rahsia Cik Da

  
Resepi: Bagi 1st timer tengok atau rasa Telur Pindang
tentu persepsinya berbeza-beza. Ada suka ada yang
tak suka. Nih aku tunjukkan makcik aku punya
resepi..terbaik dari Felda Tenang.


Kaedah: Telur yang nak dimasak di alas dengan daun-daun
pelbagai jenis bagi menghasilkan aroma dan warna Telur
Pindang. Bahan-bahan lain seperti serbuk kari, jintan dan
lain-lain juga turut diletak bersama.

Masak: Setelah siap telur disusun, maka air diisi
penuh dan direbus selama 3 hari dengan api yang
kecil.

Terbaik: Air dalam periuk sekali-sekala dijenguk untuk memastikan
air tidak kering.
Proses perebusan diteruskan lagi sehingga hari yang ketiga.
Dah tengok cara Telur Pindang dihasilkan
lepas ni jangan takut-takut nak makan Telur Pindang..rasanya
memang terbaik.. :-)

Lampam Pasir Salak


JWW Birch: Kawasan di belakang Resort Pasir Salak ini
dipercayai tempat dimana JWW Birch telah dibunuh
menjadi lokasi memancing kali ini.

Umpan: Selepas sarapan aku terus pacak joran
guna umpan roti. Tiada hasil. Test pakai cacing hanya
dimain-main anak-anak ikan.

Sifu:  Sedang memancing, tak lama tu datang sorang
pakcik mencadangkan guna umpan sawit..
"Area sini elok pakai sawit buat umpan"..aku pun
bagitau "takpelah pakcik..saja-saja je ni.. 
Dah tak larat menunggu, aku handover kat adik
ipar yang dulu-dulu katanya gila memancing jugak.
Sambil tu aku pun berborak-borak dengan
pakcik nih yang menetap di Kampar dan sedang
bercuti bersama keluarga di resort ini.


Penganyir: Pakcik yang sentiasa senyum dan 'cool'
ini tak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman.
Apa saja soalan aku pasal memancing dia jawab
dengan penuh minat.

Change Strategy: Kisahnya dalam perjalanan ke resort
pakcik ni tak bawa alat kelengkapan mancing..tapi sempat
kutip buah sawit sebagai 'standby'. Buah sawit dipotong
dadu dijadikan sebagai umpan.

Hasil: Tak lama selepas itu joran ditarik dan dengan
tenang pakcik mengendalikan aksi tarik menarik
untuk mendaratkan ikan yang tersangkut pada kail.
Hasilnya Lampam lebih kurang 700-800 gram
berjaya didaratkan.
Puas: Macam tak percaya ikan makan sawit kan..
besar pulak tu. Begitulah pengalaman berharga yang
sempat dikongsi bersama pakcik yang ku kira 'Sifu'
dalam arena pemancingan ini.