Beli hari sabtu lepas dan baru malam tadi (ahad) abis baca. Sangat
menarik bagaimana penulis menceritakan kisah dia ditahan dan
menjalani tahanan ISA selama 5 tahun.
Kassim Ahmad - Sebelum beli buku ni nampak je nama
Kassim Ahmad kat muka depan buku ni aku dah mula
tak suka. Sebelum ni kita dicanangkan yang Kassim Ahmad
ni ada something wrong berkenaan Islam.
Tapi aku pikir positif dan hanya nak melihat gaya
penulisan buku ini ala diari hidup seorang tahanan ISA.
Penulis tanpa selindung mengaku pernah mengagung
ideologi barat (sosialis) tapi semasa dalam tahanan
beliau telah kembali memegang ajaran islam yang sebenar.
Part yang menyentuh hati semasa beliau dibebaskan
selepas Tun Dr Mahathir sewaktu itu baru menjadi PM.
Beliau dibebaskan 2 hari sebelum Aidilfitri (27 Ramadhan)
bersamaan 29 Julai 1981 (Aku lahir hari tu).
Buku ini diterbitkan pada tahun 1983 dan penulis
telah meletak jawatan sebagai pengerusi Parti Sosialis
Rakyat Malaysia (PSRM).
Baca dulu buku ini dan baru kita boleh menilai
dakwaan-dakwaan yang tidak benar tentang penulis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan