Khamis, 26 Mac 2009

Aquaria 6

Semalam datang keje pagi -pagi aku dah masukkan
Ornament dalam aquarium. Bolehla ikan-ikan tu
nak lepak-lepak dengan selesa kot..tadi pun dah
nampak ikan lepak dalam dalam. Mula-mula tak biasa
tengokla dah lama sikit nanti mesti penuh je dalam tu.



POPULAR Card Members' Preview Day

Balik keje semalam terus je pegi cari Midland buat
first time kalinya. Dari luar keadaan nampak sesak
dengan orang ramai. Wow..teruja..haha
Dalam pikiran aku, datang hari rabu orang dah
ramai macamni..kalau datang hari minggu entah
apalah yang tinggal. Dalam ramai-ramai tu nampakla
3-4 orang je bangsa aku..dari sini boleh measurela
tahap kesedaran orang kita tentang minat terhadap
ilmu. Ambik punya ambik (14 buku) so beraturla
nak bayar. 1jam++ beratur nak bayar je...
So kira punya kira dengan diskaun harganya
RM77++.
Kalau nak beli sebiji buku Statistic tu je
dah Rm70...Kira berbaloi tu!....











Isnin, 23 Mac 2009

Telur punya hal...

Ni kira tahap paling serius pasal telur ayam.
Aku nak beli burger terkejut tengok telur
yang penuh dengan taik ayam diletak depan
gerai. Aku tengok brader tu buat bodoh je
langsung tak sensitif isu najis ni..
Bayangle dia pegang telur penuh taik tu
pastu pegang pulak sayur, roti, daging untuk
customer lain. nak je aku cakap "Bro, sebelum
meniaga basuhla telur dulu!..."
Cuba korang perati telur paling atas tu..Uweeek!

The second university - Detention under ISA (Kassim Ahmad)

Beli hari sabtu lepas dan baru malam tadi (ahad) abis baca. Sangat
menarik bagaimana penulis menceritakan kisah dia ditahan dan
menjalani tahanan ISA selama 5 tahun.
Kassim Ahmad - Sebelum beli buku ni nampak je nama
Kassim Ahmad kat muka depan buku ni aku dah mula
tak suka. Sebelum ni kita dicanangkan yang Kassim Ahmad
ni ada something wrong berkenaan Islam.
Tapi aku pikir positif dan hanya nak melihat gaya
penulisan buku ini ala diari hidup seorang tahanan ISA.
Penulis tanpa selindung mengaku pernah mengagung
ideologi barat (sosialis) tapi semasa dalam tahanan
beliau telah kembali memegang ajaran islam yang sebenar.
Part yang menyentuh hati semasa beliau dibebaskan
selepas Tun Dr Mahathir sewaktu itu baru menjadi PM.
Beliau dibebaskan 2 hari sebelum Aidilfitri (27 Ramadhan)
bersamaan 29 Julai 1981 (Aku lahir hari tu).
Buku ini diterbitkan pada tahun 1983 dan penulis
telah meletak jawatan sebagai pengerusi Parti Sosialis
Rakyat Malaysia (PSRM).
Baca dulu buku ini dan baru kita boleh menilai
dakwaan-dakwaan yang tidak benar tentang penulis.

Aquaria 5

Perkembangan aquarium sangat menarik kerana
selepas sebulan air masih lagi jernih dan tak perlu
nak tukar, pokok-pokok pun subur je menghijau.
So aku masukkan sekor ikan laga biru nak bagi
berseri skit aquarium ni. Cadang nak beli
sekor lagi warna merah tapi risau depa bergaduh
pulak. Ikan laga ni spesis yang tahan lasak juga.
Habitat asal biasanya kat kawasan paya atau
parit tepi sawah atau kebun. Suka tempat yang
gelap dan pelahap. Kalau pi mancing senang nak
dapat ikan ni kalau kena tempatnya.



Ahad, 22 Mac 2009

Yahoo group...


Inbox mail aku dah cecah 6K..adus tak pernah pun join
group respek ni...baca 2 post aku terus delete yang
lain-lain tanpa perlu baca..buang karen je...
Hai sampai bilala orang kita ni abis bermusuh..
posting banyak je yang tak puas hatinya...
tak puas hati ngan orang tu, orang ini, yang takde
kena mengena pun tak puas hati..
Tak abis kutuk mengutuk..
Eloknya masing-masing baiki diri sendiri.
Masa sekolah rendah sempatla juga
merasa nyanyi lagu ni...lebih kurang
macamnila liriknya..
" Nenek moyang kaya raya,
tergadai seluruh harta benda,
akibat sengketa sesamala kita
bumi dipijak milik orang.."

Rabu, 18 Mac 2009

Pen dan Aquarium Ornament

Very nice..Thanks my dear for both of this gift.
bak kata orang pecah kaca pecah gelas..orang
dah bagi tak reti-reti nak balas..haha


Cenderahati 999 Alor Setar.

Sesampai je kat ofis nampak ada bungkusan like hadiah. Emm sapala punya
nak kata birthday lambat lagi. Oo rupanya hadiah cenderahati dari Team 999
Alor Setar sebagai kenang-kenangan sepanjang bersama mereka sebelum ini.
Cepat masa berlalu dan banyak memori tercipta. Terima kasih juga kepada
Kak Solehah yang memberi 100% komitmen sbg leader di sana. Terima kasih.

Selasa, 17 Mac 2009

USS New Orleans (LPD18)

First time tengok real punya kapal perang US. Masa mula-mula
nampak expect TLDM tapi rasa macam bukan sebab saiz kapal
ni besar dari kapal-kapal Destroyer TLDM. Esoknya baru paper maklum
tentang kapal USS New Orleans itu sedang dalam siri kunjungan
berjadual ke pelabuhan-pelabuhan dari San Diego dan pertama kali
berlabuh di luar Amerika itu mengadakan lawatan operasi ke
Pelabuhan Pulau Pinang.
Besar tak besar anak kapal je ada 1000 orang. Bayangle besar
mana kapal pengangkut pesawat US yang memuatkan 5000 staff.



Isnin, 16 Mac 2009

Jalan-jalan kampung ku

Balik ke kampung baru-baru ini sempat melihat kawasan
penternakan kambing under belia. Bersebelahan kandang adalah
kolam ikan dahulunya, sekarang tak tahula jadi kolam apa.
Aku just snap je pakai enpon tapi tak tahu apa yang Bro ni buat.
Seingat aku kayu tu sejenis kayu yang susah dah nak jumpa dah
sekarang ni. Orang tua-tua dulu guna kayu ni untuk buat perahu.
Kira cam artifak juga kot..lepas bersihkan bolehla jadikan barang
kraf dari kayu lama.




WSH

Balik dari Walimatulurus Kaie & Hasni kat Pearl Orient
ternampak VIVA plet KL WSH XXXX..Oh tidak!
Bukan apa teringat dulu masa zaman-zaman belajar nak
cari plet KL WSH stand for my name. Agaknya kawan aku
yang sama cita-cita nak dapatkan plet ni dah dapat agaknya.
update JPJ pada 16/03/09 plet KL sekarang WSJ7359.
Cepat je masa berlalu..

Ahad, 15 Mac 2009

Nik Nur Madihah - 20 As

Tahniah kepada pelajar cemerlang SPM 2008, Nik Nur Madihah.
Walaupun datang dari keluarga nelayan, kesusahan bukan penghalang untuk berjaya.
Senario yang berlaku sekarang bila result exam keluar media akan membincangkan
apakah ganjaran bagi mereka yang mendapat keputusan cemerlang, Maka terkeluarlah
soalan-soalan begini:

Soalan1. Apakah hadiah yang dijanjikan adik untuk keputusan cemerlang ini?
Anak orang kaya: Family saya janji untuk belikan saya sebuah kereta
dan melancong ke luar negeri.
Anak orang susah: Kejayaan ini adalah hadiah kepada penatlelah susah
payah ibuayah membesar dan mendidik saya.

Soalan 2. Apakah rahsia kejayaan adik sehingga berjaya mendapat keputusan cemerlang ini?
Anak orang kaya: Hasil usaha saya mengamalkan study berkumpulan dan tumpu
dalam kelas membantu saya mencapai keputusan cemerlang ini.
Anak orang susah: Alhamdulillah, Doa ibuayah serta tunjuk ajar guru-guru dan
mengamalkan solat Hajat adalah rahsia kejayaan saya.

Lebih kurang begitulah soalan dan jawapan yang biasanya kita dengar. Tak kiralah
kita ni datang dari keluarga yang susah atau senang yang paling penting kesedaran
dan usaha untuk berjaya mesti ada.