Ahad, 18 Januari 2009

Masjid Terapung Batu Feringghi

Lebih kurang pukul 6 petang aku berjalan-jalan tepi pantai cari kulit
kerang ngan siput berdekatan Masjid Terapung.
Moment tu tak dapat digambarkan best je..kat belakang tu ramaila
budak-budak kecik main pasir, apek tua cari siput Lala, orang memancing,
pakcik cuci bot, budak UTM posing amik gambar dan macam-macam
lagi. Sebabkan tajuknya Masjid Terapung so aku tak fokuskan diorang-diorang
tu. Ni kira time air tengah surut so dapatla jalan-jalan tepi pantai.
Next time aku nak bawa layang-layang pulak. Syok jugak cuti-cuti layan
santai tepi pantai..haha


Aquaria 2


Masuk minggu ke 4 suasana aquarium kat ofis aku lebih ceria
dengan kehadiran 2 ekor KELAH. Tahniah kepada aku yang
telah berjaya memancing Raja Sungai ni dan selamat dibawa
ke Ofis. Kira rekod baru pancing kelah guna umpan roti je..hehe.
Petang tu jugak aku pi kedai ikan survey harga kelah ni..
Rm220-Rm320 sekor ikut saiz. Perghhh!!!
Sambil survey harga aku pi beli pokok-pokok dalam air tu.
Malam tu jugak reconstruction. Petang tu juga cari kulit
siput untuk decor aquarium tu..Superb!
Sehingga pagi ni aku tengok ikan-ikan tu ok ke tak gaduh kira
boleh berkawan koi jepun ngan kelah melayu ni..
Fasa seterusnya aku nak hijaukan dasar aquarium ni
bagi nampak real macam dalam sungai.
Kredit: Tq kat Bob yang banyak consult & tolong maintain
Aquaria ni.

Khamis, 15 Januari 2009

Aquaria

Last week punya last week di tengahari Ahad yang suam-suam tergerak plak nak install
sebijik aquarium dalam opis aku. Kisahnya bermula pada malam sebelumnya..
Jeng..jeng..jeng...
Aku punyala khusyuk baca rencana ICMI - consultant untuk call center
tentang Abseenteism. Salah satu punca Absenteeism tinggi disebab
stress..so terpikirla kalau ada satu aquarium boleh lepak-lepak kat sofa
sambil tengok ikan berenang..
Tengahari tu jugak aku propose kat Boss melalui sms..Boss pun proceed
terus je aku menuju ke kedai ikan sekitar georgetown survey harga.

Fasa Pertama:

Kedai 1 (Simpang nak ke Jelutong) :
Aquarium 2'x1' (2nd hand) - Rm 20 -kira murah juga lepas amoi tu kena
ayat2 cinta aku hahaha...
Beli Filter - Rm24

Kedai 2 (Tingkat 3 Prangin Mall):
Tank Cover - Rm48
Anti Clorine - Rm1
Penyauk - RM 1.50
(Cukupkan Rm50 nak swipe..huhu)

Kedai 3 (Jalan Burmah):
Pokok - Rm3
Ikan - Rm8
Food - Rm1
Wheel - Rm3.4

So dah total-total = RM113.

Kira bujet murah jugak nak install sebiji Aquarium
kat ofis atau rumah. So jangan takut nak melabur
skit untuk aquarium. Nikmatnya tak terkata..hehe

p/s: Minggu lepas aku kaut batu ngan cengkerang kat
Batu Ferringhi. Minggu ni cadang-cadang nak cari tumbuhan
dalam air ngan kayu. Perggh aku dah terbayang saat indah
ikan berenang-renang dicelah kayu disekeliling tumbuhan
hijau..superb...!

Boikot.....


Salah satu azam aku tahun ni untuk Boikot makanan-makanan segera yang
seangkatan dengannya. Reason aku:
1. Setiap sen sumbangan kita akan digunakan untuk usaha menjahanam
umat islam.
2. Penyedia makanan ini walaupun islam tapi tidak sembahyang. (Surau?)
3. Resipi rahsia?
4. Mahal = Membazir
5. Kita pulak kena tolong bayar cukai dia..(apa kejadahnya).
6. Tukang masaknya sekarang ramai Bangla..
7. Bagusnya promosi untuk kanak2 mainan..tapi anak2 kat Gaza
'engkau' bagi mainan bom.
8. Banyak lagi..korang boleh renung-renungkan.

Seelok-eloknya makanan paling baik dari air tangan ibu dan isteri.
Dari pandangan sufi masakan dipengaruhi siapa yang masak.
Sekiranya ibu dengan penuh kasih sayang memasak untuk
keluarganya maka kasih sayang itu akan tercurah ke dalam
diri keluarganya. Bayangla kalau sebaliknya..Wallahualam.

Selasa, 13 Januari 2009

Mapley...Lepak jap..

Kekadang something yang kita plan tak datang masa kat ofis atau rumah.
Time santai camnila kekadang idea-idea tu datang. Masa yang sesuai lepak
cari idea ni lepas subuh la time tu org sikit kat Mapley..Ada satu teka-teki
pasal mapley nih..Apsal mapley tak dibenarkan main bola kat manchester?
Jawapannya: Sebab kalau dapat corner dia bukak kedai kat situ..
Tips nak makan kat Mapley bagi aku jangan ada patung dan make sure ada
jual kari lembu..pastu jumaat tutup waktu solat jumaat. sendiri mau ingat beb...hehe

Salam Maal Hijrah 1430 & Tahun Baru 2009

Tahun Baru datang lagi..awal tahun ni terpikir apala aku dah buat
setahun yang lepas..Mostly banyak pikir pasal kerja..Orang kata
keje takkan abis..memang tak abis kalau tak jadikan masa bekerja
tu sebagai medan pengalaman dan pengajaran.
Saje je aku tepek gambar anak buah..setahun sekali jumpa makin
beso..aku camni jugak tak kawin-kawin..haha.
Banyak benda pending nak masuk dalam blog ni..slow-slow aku akan
add kan..Wassalam.