Khamis, 28 Mei 2015

Sungai Anugerah AlamTerindah

Sungai adalah anugerah alam yang tak ternilai harganya. Bagi kaki pancing tegar
khususnya, sungai ibarat sahabat sejati yang setia mengalirkan airnya mengikut pasang
dan surut. Indahnya sungai dengan kejernihan maka banyakla khazanah didalamnya dan sebaliknya, tercemar sungai maka terganggulah segala hidupan didalamnya. 
     Istilah membangau sangat sesuai digambarkan bilamana sungai airnya
keruh. Bila lalu di tali air sawah jika terlihat airnya keruh macam teh susu
eloklah batalkan sahaja niat nak memancing sebabnya air yang masuk ke tali air 
adalah datangnya dari sungai. Begitulah tips yang diberikan seorang kenalan
yang kerap kali menyapa aku ditepi sungai dan menjadi rakan diskusi tepi sungai.
Tambahnya lagi bilamana air sungai keruh ikan-ikan didalamnya seakan pasif
atau kata lain susah sangat nak makan umpan pancing. Tidak seperti masa-masa
air tidak keruh seperti warna bulu kera ikan-ikan lebih galak untuk memakan
umpan pancing.
   "Bukan takde ikan, cuba pakai roti..Patin ada time air keruh macamni"..begitu
pulak kata pakcik aku memberi semangat. Perkara yang aku perasan bila berbual
dengan kaki pancing tegar bila dengar ceritanya lima puluh peratus apa yang 
diceritakan macam cerita bohong. Mula-mula susah nak diterima akal tapi lama
kelamaan kita boleh menerima kebenaran cerita itu.
Contohnya umpan ikan guna sawit sebiji, naikkan tongsan 20kg guna tali 10paun,
joran patah tiga disentap Temoleh, pancing tak guna batu atau pelampung, joran
sembat naikkan Patin 10kg. dan banyak lagi kisah-kisah yang tak kurang seram
dan misterinya.

    Sesungguhnya sungai itu adalah indikator perlakuan manusia disekitarnya.
Cantik dan jernihnya sungai adalah refleksi kepada masyarakat yang
sentiasa menjaga kebersihan dan memelihara hutan yang menapis
dan membekal air yang bersih ke sungai dan begitu juga sebaliknya.

Ahad, 10 Mei 2015

Ku Cari Damai Di Hutan

Anak kampung alah biasa tegal biasa bab bab masuk hutan.
Sangat dekat kehidupan masa kecil dengan alam. Cuma bila dah menjengah
dewasa maka hubungan dengan alam semakin jauh.
Segar dan nyaman, tenang dan permai.Tiada masalah untuk difikirkan.
Selesai Isyak kami berempat menikmati makan malam ditepi sungai
dan selepas itu berborak kisah-kisah hutan dan pengalaman masuk
hutan yang lalu. Derai gelak tawa kami memecah keheningan hutan
sehinggalah pukul 12 tengah malam. Mata dah mengantuk tapi ajakan
dari pakcik yang paling Otai antara kami untuk masuk hutan disambut
dengan senang hati.
Pengalaman masuk hutan pukul 12 malam memang mendebarkan.
Menaiki bot menyusur sungai dan menjengah hutan waktu dinihari
menghilangkan rasa mengantuk untuk bersedia menghadapi sebarang
kemungkinan. Sehingga pukul 3 pagi kami melabuhkan tirai malam dengan
tidur lena dalam khemah.

Subhanallah segala puji bagi Allah yang telah menciptakan hutan dan segala isi
hidupan didalamnya. Gajah, harimau, badak, beruang, kancil, napuh, pelanduk,
rusa, kijang, segala jenis monyet, babi, ikan, seladang dan berbagai jenis flora
menghias pemandangan hutan.
Buah Sepang yang masak isinya seakan buah bacang tapi lebih serat dan
rasanya masam-masam manis. Pertama kali dalam hidup menikmati buah sepang
didalam hutan.
Kesempatan memanjat jeram sangat meyeronokkan. Bermula 9 pagi dan berakhir
di puncak jeram pada pukul 2 petang dan selepas itu turun semula mengikut laluan
darat. Penat untuk kaki melangkah tapi kedamaian hutan menghilangkan rasa penat
yang menongkah. Hasil dari treking kasut pun hancur. Tapi sangat berbaloi!.
Mana tak hancur setiap kolam yang terdapat di jeram habis di terjun bermandi
manda.
Keseronokan tak tergambar bila dihutan. Menghirup udara segar dan
menikmati kehijauan  hutan mendamaikan jiwa. Sangat mensyukuri nikmat
hidup kurnian ilahi. Mudah-mudahan hutan ini sentiasa terbela nasibnya
dari kerakusan pembalakan dengan alasan kemajuan agar generasi seterusnya
dapat menikmati kecantikan dan keindahan hutan yang mendamaikan.

Selasa, 14 April 2015

GST : GENG SOLAT TAHAJJUD

Salam..2-3 menjak bermula 1 April 2015, seluruh manusia yang ada kat Malaysia kalau nak beli apa-apa akan dikenakan cukai sebanyak 6%. Kelam kabut kacau bilau dibuatnya bila ramai orang bangkit untuk menentang atau menyokong perlaksanaan GST..Entah paham entah tidak apa yang ditentang dan apa yang dipertahankan nampak samar-samar.
Ada yang kata harga akan turun..ada yang kata rakyat akan lebih sejahtera, ada yang kata kita lawan je.. ada yang kata saya dapat pointer 4.3..dan bermacam-macam lagi cerita.
Bukan tak terkesan dengan kenaikan harga memang terasa. Just untuk peringatkan diri dan juga kawan-kawan. Kehidupan dunia ni memang nak bagi kita kalut setiap masa. Kalut tak memasal kebanyakkannya sehingga lupa perkara yang lebih penting.
1. Cukai 6% kita sibukkan jangan buat lupa Zakat yang wajib 2.5% tu dah ditunaikan ke belum.
2. Toksah marah sangat kerajaan tu sampai tak sedar yang mencukupkan rezeki hanyalah Allah S.W.T.
3. Bangun menentang GST nak membela nasib orang miskin yang ditindas cukai 6%..tokey yang kaya raya tak bayar sesen cukai (Zakat jauh sekali) senyum je dari jauh.
4. Sekiranya rasa teraniaya atau tertindas adulah padaNya. Jadilah ahli GST bermula sekarang..
Geng Solat Tahajjud!


Layan popia basah yang terbaik sedap ni...free GST.