Ahad, 20 Oktober 2013

Proton Wak Segan

Pada tahun 2010 dahulu Proton dan Volkswagen
cuba untuk bekerjasama tapi tak tahulah kenapa
tak jadi.
Aku punya fikir kalau kerjasama strategik itu
menjadi tentulah design kereta proton sekarang
kearah Polo atau Golf. Enjin pakai Satria Gti
cukup..lagipun kat Malaysia ni bukan boleh bawa
kereta laju pun..
Copy paste sudah macam perodua yang pakai
design Daihatsu dan Toyota.
Aku boleh kasi gerenti Proton boleh beat Perodua
kalau pakai design Volkswagen guna enjin
Satria GTi atau Putra pastu harga lebih kurang
Myvi dan epik namanya Proton Wak Segan!



Jumaat, 18 Oktober 2013

Volkswagen GTi alkisahnya..

Sememangnya menjadi idaman sekian lama untuk
memandu kereta bertransmisi 7 kelajuan ini
dengan pecutan melebihi 200 Km/j
di jalanraya dengan bergayanya.
Itulah dia si seksi Golf GTi yang harganya
mencecah 220 ribu. ringgit Malaysia.

Foto ni aku snap masa autoshow kat Martrade 2 minggu lepas.
Bukan apa teringin nak tengok VIOS baru tapi yang peliknya 
Toyota tak join pulak autoshow ni..ish kepelikan disitu.
Layankan aje VW ni..memang terbaik..


Tapi yang tak bestnya banyak review kondem gearbox
VW ada problem..sebabnya suhu negara dan kesesakan
jalanraya di Malaysia yang tak sesuai dengan teknologi
eropah ni. Contoh review seperti dibawah:

Pengajarannya sebelum beli kereta elokla selidik
betul-betul dan baca review owner kereta.
Setakat tingkap tak boleh turun boleh maap lagi
tapi kalu gearbox yang meragam..menangis wak!


Isnin, 7 Oktober 2013

Pesanan Tegar untuk peminat di Malaysia

Pesanan budak 12 tahun kepada peminatnya di Malaysia.
Artis Pop Malaysia pun belum ada yang buat pesanan-pesanan
begini. Wallahualam...