Khamis, 29 Ogos 2013

Ujian Sikap Sosial

Selesai menjawab 46 soalan dan keputusannya adalah
seperti berikut. Bagi aku eloknya bersederhana
dalam politik. Selagi berpegang kepada Al-Quran
dan Sunnah manusia tidak akan sesat.















Link: Sosial Attitude Test

Sabtu, 24 Ogos 2013

Sekarang Kau Lihat Aku

Selesai nonton filem ini..memang mantap
jalan cerita dan watak-watak dalam filem ni.
Kisah pasal magic show je tapi dah ditambah
serbuk kari melayan tengoknya..

Bagi aku filem yang bagus bilamana kita tak
dapat jangka apa yang berlaku selepas itu..
barulah betul namanya cerita..
Kunci cerita ini adalah budak ni ha...

Khamis, 22 Ogos 2013

Petua Pilih Buah Tembikai Merah

Tembikai atau Semangka memang sangatla sedap
dimakan lebih-lebih lagi time cuaca panas.
Makan memangla sedap tapi cabaran semasa nak
beli buah tembikai adalah seperti berikut:

1. Harga
2. Berat nak dipikul
3. Isi dalam

Harga:
Tentulah nak murah kan..meh fokus kepada
tembikai bulat merah sahaja. Harga tembikai
merah dalam lingkungan rm1 ke rm3 sekilo.
Tesco kekadang jual sekilo rm1.19 kekadang
rm1.89..kalau kedai biasa dari rm2.50 ke rm3.
Ada juga gerai tepi jalan yang jual 3 biji RM10.
Tapi yang jadi pelik kalau gerai tepi jalan jual
tembikai sekilo rm3..hamboi ko pakai baja
taik burung flaminggo ke?

Berat:
Sebiji tembikai saiz S beratnya dah sekilo lebih
kalau takde troli janganla berangan nak cibit
plastik dengan tembikai 3kilo setengah kat dalamnya.
Baru tembikai, belum minyak masak, sabun basuh
hah tertonggengla laki bini nak ngangkut naik ke rumah
tingkat 15.

Isi dalam:
Part ni yang sangat subjektif tapi tips kat
internet yang aku cuba ada juga betulnya.
Kalau nak kulit yang nipis pilih pusat yang
sekecik yang mungkin.
Logiknya macam tiup belon. Bila belon dah
habis kembang punat kat hujung makin kecik
dan kalau tak habis tiub punatnya besar.
Samala macam tembikai..punat kecik logiknya
macam dah masak dan kulitnya nipis. Contohnya
macam kat bawah ni:


Dan hasilnya adalah seperti dibawah:

Selamatlah mencuba..jangan lupa baca bismillah..




Selasa, 20 Ogos 2013

Sabar dan Ikhlas itu Islam

Perkara paling susah untuk dilakukan dalam
dunia ini ialah sabar dan ikhlas.
Kemuncak kepada ibadah dan amal perbuatan
kita ialah akhlak. Tentunya akhlak yang baik cerminannya
adalah sifat sabar dan ikhlas.

Sekadar untuk renungan untuk melihat diri sendiri
masih adakah sifat sabar dan ikhlas bila diuji dengan
dugaan dan cabaran?

Sekiranya sifat sabar dan ikhlas itu tiada bagaimana
pula amal ibadah dan taqwa kita tidak mendorong
kita untuk bersifat sabar dan ikhlas atau amal dan
ibadah kita kurang atau tiada?


Isnin, 19 Ogos 2013

Skuad 12 Juta Piala Malaysia 2013

Piala Malaysia 2013 kembali lagi..berbekal
RM 12Juta yang diperuntukkan untuk membeli pemain,
maka inilah dia barisan terkuat pasukan Wehadjoy yang
akan mempamer aksi hebat diatas padang untuk kempen
Piala Malaysia 2013.

Laman: Fantasy arena

Ahad, 18 Ogos 2013

Pergolakan Dunia di Zaman Fitnah

Sedang saudara Islam kita berjuang untuk
mempertahankan kebenaran dibumi mereka
ada antara kita yang masih tak sensitif bila
melapor atau berkongsi cerita di laman sosial.

Sebelum nak share cuba pahamkan dulu:
1. Siapa 'pelampau' yang dimaksudkan?
2. Siapa sebenarnya yang mencetuskan perang?
3. Mandat kerajaan dari siapa?
4. Pendekatan keselamatan apa yang diguna pakai?
Bagi sesiapa yang masih tak tahu atau tak nak ambik
tahu atau memang tak tahu atau tak suka nak tahu
atau tahu tak tahu siapa yang bersalah dalam konflik
di luar negara: senang sahaja.

Allah berfirman:
Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja,
maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya,
dan Allah murka kepadanya, dan melakanatkannya serta menyediakan
baginya azab seksa yang besar.
(An-Nisaa' 4:93)

Saudara-saudari semua tengokla video-video yang dikongsi
di laman sosial pihak mana yang membunuh dengan sengaja.
Pastu pi solat sunat taubat atas ketidaktahuan dan solat sunat
hajat untuk kesejahteraan umat Islam seluruh dunia. Amin.

Selasa, 6 Ogos 2013

Memecah Gula-Gula Level 400

Sampai level 400 sudah dan buat kali pertamanya melepasi
friends-friends semua...yay
Selamat hari raya!




Ahad, 4 Ogos 2013

Sampul Duit Raya 2013

Macam biasa tiap-tiap tahun masa raya kenala
bagi duit raya. Salah satu tanda bersyukur kita
bersedekah kepada keluarga saudara mara dan
rakan kenalan serta jiran.
Untuk menyenangkan pembahagian selalunya
jumlah duit raya akan mengikut jenis sampul raya.
Lagi 'standard' sampulnya lagi banyakla kot..
Turutannya adalah dari atas dan ke bawah.









Memecah Gula-Gula episod 27 - Mr Guard










Sabtu, 3 Ogos 2013

Memecah Gula-Gula Episod 26 - Gumzilla











Jumaat, 2 Ogos 2013

Memecah Gula-Gula episod 25 - Mrs Baker



Khamis, 1 Ogos 2013

Candy Crush dan rakan baik syaitan



Ni fatwa baru ke hape?
Main candy crush jadi rakan baik syaitan?

Sila baca: