Seluruh negara sedang sibuk untuk berhimpun..dataran,
stadium, tepi jalan dan ntah mana-mana lagi tempat dengan
agenda masing-masing tetapi objektif yang sama.
Dalam sibuk berhimpun sana-sini diingatkan perhimpunan
terbesar seluruh umat manusia akan berlangsung tak
lama lagi...
(Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada
hari perhimpunan (untuk menerima balasan),
- itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan (ingatlah),
sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh,
nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya
ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah
kemenangan yang besar. - (At-Taghaabun 64:9)
Jom semua kita mengimarahkan masjid dan beramal soleh
dengan tempoh waktu yang semakin sedikit ini. Mudah-mudahan
kita diselamatkan dari hiburan-hiburan didunia sehingga terlupa
persediaan untuk perhimpunan terbesar di akhirat nanti. InsyaAllah.
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia
dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih
baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
(Al-An'aam 6:32)
Nota Foto: Adik yang menjadi imam ini ku kira dalam belasan
tahun, semoga menjadi belia yang boleh memimpin masyarakat
di masa hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan