Rabu, 30 Mei 2012

your face same like what when you angry?


This is a true story that happened when I was in elementary school.
In my village there is a group of teenagers who like to hang out and
do the 'Menurun' ceremony. The purpose is to asked the genie to enters
body after reading a few pieces of sentences.
It occurs after the verse that is used to 'Kuda Kepang' game was
misused for the purpose of fun.
At that time I could see the animal characters appear in
the possessed body.
Some of them act like monkeys, tigers, white herons, horses and they in unconscious condition were dancing and sometimes when disturbed they will chase  anyone who disturb.
Fun and fear makes it continuing to happened.
When they want  to make them realize, other partners will hold their body and meng 'Azan' to  his ears and they aware with tired conditions.
For reflection, self-anger will not be lost .. but can be controlled. Try to control the temper because for me from my experienced that if we start to angry then the genie with physically resemble the animals will get into our bodies.
Believe it or not I have met people who are angry such as baboon,
snakes, bears and other ..... God knows best.

Ahad, 27 Mei 2012

Himpunan seluruh umat manusia

Seluruh negara sedang sibuk untuk berhimpun..dataran,
stadium, tepi jalan dan ntah mana-mana lagi tempat dengan
agenda masing-masing tetapi objektif yang sama.
Dalam sibuk berhimpun sana-sini diingatkan perhimpunan
terbesar seluruh umat manusia akan berlangsung tak
lama lagi...

(Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada
hari perhimpunan (untuk menerima balasan),
- itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan (ingatlah),
sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh,
nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya
ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah
kemenangan yang besar. - (At-Taghaabun 64:9)

Jom semua kita mengimarahkan masjid dan beramal soleh
dengan tempoh waktu yang semakin sedikit ini. Mudah-mudahan
kita diselamatkan dari hiburan-hiburan didunia sehingga terlupa
persediaan untuk perhimpunan terbesar di akhirat nanti. InsyaAllah.

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia
dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih
baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
(Al-An'aam 6:32)


Nota Foto: Adik yang menjadi imam ini ku kira dalam belasan
tahun, semoga menjadi belia yang boleh memimpin masyarakat
di masa hadapan.



Sabtu, 19 Mei 2012

Cinta Pertama di e-Curve

Cinta: Apa itu cinta?..memang susah nak describe tapi
cinta itu sesuatu yang melekat dihati dan dizahir dengan
kata-kata dan perbuatan.

dan selepas itu bolehlah disambung  kepada
perkataan tertentu merujuk kepada perlakuan sifat
perkataan itu.
Nota gambar: Manis giler McFlurry Horlick tu..macamtu pun dah RM5.
Lepas makan check glukosa memang kantoi..taubatle!

Ahad, 13 Mei 2012

Percaturan Hidup

Renungan: Untuk memajukan diri kenalah bergerak. Bergerak
maju ke hadapan. Bidak yang menapak sehingga ke baris teratas
papan catur akan diberi kebebasan memilih 'jawatan' yang masih kosong.
Walau bagaimanapun risikonya tetap ada iaitu disingkir sekiranya tersilap langkah.



Pepatah: "Tanpa keberanian mimpi takkan menjadi kenyataan"..
Hari-hari yang sibuk pun telah melanda..dan untuk memotivasikan
diri ingatlah tentang kisah bidak yang sangat bernasib baik itu.

Selasa, 1 Mei 2012

baby blues bersih

Sultan Muhammad Al-Fateh: Rasulullah s.a.w bersabda: Kota Konstantinople akan
ditakluk oleh pemimpin terbaik yang memimpin askar yang terbaik dan rakyat yang terbaik.
Berpegang pada hadis ini maka Al-Fateh memimpin rakyat dan tentera sehingga
berjaya menakluk Konstantinople.

Bersih: Bersamaan dengan sabda Rasulullah seperti diatas bagi aku
pemimpin yang zalim akan memimpin pengawal yang zalim dan rakyat yang zalim.
Demonstrasi yang diadakan untuk menuntut pilihanraya yang bersih baru-baru ini
seperti dijangka bertukar menjadi ganas.
Maka kezaliman pun terdedah sana sini diakhbar dan media sosial tak dapat
disorok dari pengetahuan rakyat. Rakyat menuntut pemimpin tak zalim tapi
diri sendiri pun zalim camne? pemimpin suruh rakyat jangan zalim, diri sendiri?
Konteks zalim sangat luas, tak solat pun dah kira zalim..dah solat?

Solusi: Pemimpin perlu mendidik rakyat jadi orang yang baik. Ada negeri
yang kat Malaysia masih takde sekolah agama. Bila didikan asas yang wajib
tidak diberikan maka anak-anak ini akan membesar tanpa didikan agama.
Agama itu cara hidup jika cara hidup tiada maka berlakulah konflik dalam
masyarakat.

Baby Blues: Saya peminat baby blues..layan..